Malaysia Pernah Buat Vaksin Nipah Kenapa Tidak Bangunkan Vaksin Covid



Kelemahan program pendaftaran vaksinasi Covid 19 agak serius berikutan 1.4 juta warga yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dilaporkan sebagai ‘tidak lengkap’ dan mungkin menimbulkan kesukaran mencapai angka 80% imunisasi kelompok (herd immunity) dalam tempoh setahun.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kelemahan itu diperbaiki segera bagi menggalakkan semua rakyat Malaysia mengambil vaksin.
“Menteri bertanggungjawab iaitu Khairy Jamaluddin menyatakan terdapat 1.4 juta warga yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera tidak mendaftarnya dengan lengkap.
“Kita juga membaca laporan atau celoteh warga di ruang maya terdapat segelintir yang terpaksa mendaftar berkali-kali sebelum proses pendaftaran mereka itu disahkan di dalam sistem. Justeru, apa langkah kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini?
“Selain itu, apa yang telah dilakukan kerajaan dalam meyakinkan gerombolan anti-vaksin (agar mengambil vaksin) memandangkan ianya tidak wajib?
“Sudahkah kerajaan mengenalpasti atau memikirkan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang vaksin dan juga isu keselamatan vaksin, memandangkan terdapat kumpulan yang mempunyai kegusaran terhadap vaksin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Di samping itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga mempersoalkan mengenai ketelusan dalam pemerolehan vaksin yang sehingga kini masih tidak dijelaskan.
Katanya, parameter yang digunapakai bagi pembelian vaksin perlu diberitahu kepada rakyat kerana jenama vaksin yang berlainan mempunyai keberkesanan berbeza dalam melawan virus Covid 19
“Setakat ini, kerajaan belum menjawab tentang masalah ketelusan dalam mendapatkan vaksin. Sejumlah RM3 bilion wang negara telah dibelanjakan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin. Apa parameter yang digunapakai dalam membuat keputusan bagi mendapatkan pelbagai jenis vaksin ini?
“Misalnya, berapakah jumlah komisen yang dibayar pada Pharmaniaga bagi mendapatkan vaksin Sinovac? Selain itu, terdapat beberapa laporan yang menyatakan tentang keberkesanan vaksin buatan Rusia iaitu Sputnik V yang jauh lebih murah. Namun, ia tidak diberi perhatian oleh kerajaan.
“Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa kerajaan India menawarkan untuk memberi vaksin secara percuma kepada beberapa negara. Adakah Malaysia ditawarkan vaksin percuma tersebut?” tanyanya.
Anwar turut mempersoalkan mengenai perkongsian teknologi yang dijanjikan oleh kerajaan akan berlaku di antara pengeuar vaksin dan negara pembeli.
Beliau juga tertanya-tanya mengapakah pakar dan penyelidik tempatan tidak dilibatkan dalam pembangunan teknologi vaksin sedangkan Malaysia mempunyai pengalaman membuat vaksin menentang virus maut Nipah pada 1990an lalu.
“Kerajaan pernah menyatakan pengeluar-pengeluar vaksin perlu berkongsi pengetahuan terkait pembuatan vaksin, sekiranya pengeluar-pengeluar vaksin ini mahu bekerjasama dengan Malaysia. Penting untuk rakyat dan negara tahu berapa cepatkah fasiliti pengeluaran vaksin ini akan dibangunkan?
“Mengapakah universiti-universiti tempatan serta badan-badan penyelidikan tidak berada di barisan depan dalam mengkaji serta membangunkan vaksin?
“Kita punyai pengalaman dalam membangun penawar bagi virus Nipah sebelum ini, dan ia membuktikan kita punyai keupayaan bagi mengkaji, menyelidik dan membangunkan vaksin,” katanya lagi.
Biar pun dilingkari pelbagai kelemahan, Presiden KEADILAN itu pada prinsipnya menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 dan menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri dalam program vaksinasi, agar majoriti rakyat imun terhadap virus Covid dan ekonomi serta sektor sosial boleh dibuka kembali seperti biasa pada tahun hadapan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31750

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

Dap Mahu Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Menerima Vaksin Covid 19 Sebelum Pru 15

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Parti Tindakan Demokratik menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke 15 sehingga lebih 70 peratus rakyat Malaysia menerima vaksin COVID 19 Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Agun...
Hingga 21 Maret 2021 5 533 379 Sudah Disuntik Vaksin Covid 19

Hingga 21 Maret 2021 5 533 379 Sudah Disuntik Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 280 hits
Hingga hari ini sudah ada 5 533 379 orang sudah disuntik vaksin pertama dan 2 301 978 orang menerima suntikan kedua
Idi Sebut Belum Ada Penelitian Pengaruh Vaksin Covid 19 Bagi Ibu Hamil

Idi Sebut Belum Ada Penelitian Pengaruh Vaksin Covid 19 Bagi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 256 hits
Pertimbangan etika menjadi alasan hingga kini pakar belum melakukan penelitian mendalam terhadap pengaruh vaksin Covid 19 pada ibu hamil dan bayi yang dilahirkan
Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 446 hits
PUTRAJAYA Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid 19 sebanyak RM500 000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba b...
Saifuddin Ingatkan Media Hati Hati Buat Laporan Isu Vaksin Covid 19

Saifuddin Ingatkan Media Hati Hati Buat Laporan Isu Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 368 hits
Pengamal media diingatkan supaya berhati hati dalam membuat laporan berhubung pemberian vaksin Covid 19 kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Beliau berkata laporan yang tidak tepat boleh memberi impak terhadap Program I...
Vaksin Covid 19 Buatan Vietnam Dijangka Siap Suku Ke 4

Vaksin Covid 19 Buatan Vietnam Dijangka Siap Suku Ke 4

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 237 hits
March 17 2021 3 53 Vietnam bergantung kepada vaksin AstraZeneca setakat ini sejak pelancaran vaksinasi minggu lalu HANOI Vaksin pertama Covid 19 yang dikeluarkan Vietnam sendiri Nanocovax dijangka siap pada suku keempat tahun ini dan mula d...
Vaksin Covid 19 Memahami Kitaran Vaksin

Vaksin Covid 19 Memahami Kitaran Vaksin

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 407 hits
Dr Giri Shan Rajahram Konsultan Penyakit Berjangkit Hospital Queen Elizabeth II SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK ht...
Suntikan Vaksin Covid 19 Tidak Batalkan Puasa

Suntikan Vaksin Covid 19 Tidak Batalkan Puasa

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 302 hits
17 3 2021 17 11Update 17 3 2021 17 34 Singapura KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Suntikan vaksin COVID 19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada Ramadan akan datang Ini kerana ia bukan membabitkan rongga terbuka mahupun jenis mak
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023