Saifuddin Ingatkan Media Hati Hati Buat Laporan Isu Vaksin Covid 19



Bernama
Pengamal media diingatkan supaya berhati-hati dalam membuat laporan berhubung pemberian vaksin Covid-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata laporan yang tidak tepat boleh memberi impak terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan bagi memutuskan rantaian pandemik itu.
"Bunyi cerita macam senang tetapi kesan kepada masyarakat itu besar. Kita tidak boleh gagal berkenaan pemberian vaksin ini, ia melibatkan usaha ramai pihak dan pasukan yang besar. Selain pihak media cetak, elektronik, televisyen serta radio, organisasi dan pemimpin juga diminta berhati-hati.
"Pastikan kesahihan sesuatu perkara, isu berkaitan vaksin dan kesannya sangat sensitif dan kalau ia disebar dengan berita tidak sahih atau palsu boleh menimbulkan kerisauan dan gangguan kepada proses pemberian vaksin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Erat Kasih bersama Penduduk Perkampungan Cenderawasih dan Taman LKNP di Kuantan, Pahang hari ini.
Saifuddin berkata demikian ketika disoal berkaitan tajuk laporan media tempatan mengenai vaksin yang telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada petugas barisan hadapan dan warganet.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata setakat ini, dua kes melibatkan penyebaran berita palsu mengenai vaksin sedang dalam pemerhatian pihaknya.
"Satu kes telah melibatkan tangkapan untuk siasatan manakala satu lagi kita sedang perhatikan dengan serius dan berkemungkinan kedua-dua kes ini akan menjadi yang pertama dikenakan tindakan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No 2) 2021 yang berkuat kuasa pada 12 Mac lepas," katanya tanpa memperincikan butiran kes terbabit.
Beliau juga berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk meningkatkan kesalinghubungan Internet di pusat pemberian vaksin bagi fasa seterusnya.
"Apabila masuk fasa seterusnya, klinik dan hospital tidak mampu jadi pusat pemberian vaksin… tempat awam misalnya dewan atau institusi lain akan dijadikan tempat pemberian vaksin yang mungkin melibatkan kawasan capaian Internet kurang baik.
"Justeru, kita sedang usaha untuk pastikan semua tempat di mana proses vaksin diberikan mempunyai capaian Internet secukupnya kerana proses merekod melibatkan kegunaan Internet, kita akan bantu supaya tidak ada gangguan," katanya.
Saifuddin juga berkata inisiatif subsidi pembelian telefon dan MyBaikHati yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) baru-baru ini dilihat bertepatan bagi menyokong agenda pendigitalan negara.
Mengulas program hari ini, beliau berkata lebih 60 penduduk yang terdiri daripada golongan B40 diberikan bantuan wang tunai dan bakul makanan.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/saifuddin-ingatkan-media-hati-hati-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iklan Jual Vaksin Covid 19 Kkm Ingatkan Jangan Percaya

Iklan Jual Vaksin Covid 19 Kkm Ingatkan Jangan Percaya

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 267 hits
Oleh Iklan jual vaksin COVID 19 yang dijelaskan palsu oleh KKM ADA dijual di Shopee Ikutkan memang ada iklan jual vaksin COVID 19 di platform tersebut Harganya pula tak sampai RM100 Namun jangan pula ada yang percaya Bukan sahaja menghabisk...
Penerima Vaksin Covid 19 Terima Suntikan Di Fasiliti Kesihatan Swasta Tidak Dikenakan Sebarang Caj

Penerima Vaksin Covid 19 Terima Suntikan Di Fasiliti Kesihatan Swasta Tidak Dikenakan Sebarang Caj

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 354 hits
Penerima vaksin yang dijadualkan menerima suntikan di fasiliti kesihatan swasta tidak perlu membayar sebarang caj Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata caj itu sebaliknya akan ditanggung oleh ker...
Kecoh Di Media Indonesia Rupanya Ada Benda Yang Tak Puas Hati

Kecoh Di Media Indonesia Rupanya Ada Benda Yang Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 339 hits
Nampaknya video lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila masih tular sehingga mendapat perhatian media dari negara seberang Meskipun sudah beberapa hari berlalu namun sehingga kini berita perkahwinan mereka masih diperkatakan ramai Hm apakah ...
Huma Toksah Takut Dengan Vaksin Covid 19 Azeezrahim

Huma Toksah Takut Dengan Vaksin Covid 19 Azeezrahim

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 373 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1 Apa khabar semua Saya doakan semua berada dalam keadaan yang sihat khususnya rakyat Baling yang sangat saya kasihi Pada pagi ini saya telah menerima vaksin untuk kali kedua di Pusat Pemberian Vaksin Dew...
6 389 837 Orang Telah Disuntik Vaksin Covid 19 Dosis Pertama

6 389 837 Orang Telah Disuntik Vaksin Covid 19 Dosis Pertama

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 264 hits
Sementara orang yang mendapatkan vaksinasi dosis ke dua bertambah sebanyak 231 471 jiwa atau total menjadi 2 941 016 jiwa Adapun target sasaran vaksinasi sebanyak 40 349 051 orang
Jumlah Vaksin Covid 19 Terbatas Warga Balikpapan Diminta Sabar

Jumlah Vaksin Covid 19 Terbatas Warga Balikpapan Diminta Sabar

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 318 hits
Wali Kota Balikpapan Rizal Effendi meminta warga Kota Minyak yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid 19 agar bersabar karena adanya prioritas berdasarkan golongan pekerjaan dan usia
Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

Rm500 000 Jika Mati Hilang Upaya Akibat Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 492 hits
PUTRAJAYA Bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid 19 sebanyak RM500 000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid 19 Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba b...
Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

Lebih 290 000 Orang Sudah Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 393 hits
Memasuki hari ke 19 pelaksanaan Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas seramai 292 104 individu menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumka...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsert Legasi P Ramlee Merentas Masa Menyatu Generasi Seni

Ben Gvir Marah Perintahkan Tangkap Pengunggah Video Kehancuran Israel

Budak 9 Tahun Tulis Ayat Quran Cantik Macam Pakar Khat Minat Salin Ayat Al Quran Sejak Kecil

Anak Boleh Pandai English Dari Rumah 5 Cara Ibu Ayah Boleh Praktik Hari Ini

Gusi Bengkak Kumur Dengan Air Garam Berkesan Ke Tak

The Unspoken Burden This Is What I Ve Learned From Being A Woman In Marriage