Malaysia Perlukan Arkitek Kintsugi


ULASAN
Anwar, Husam bersama Allahyarham
Haji Abdullah Lubuk Tapah.MALAM tadi telah berlangsung satu dialog atau wawancara bertema Malaysia Baru yang dihostkan oleh Senator Husam Musa. Kerana ada urusan lain saya tidak sempat mengikutinya. Cuma baru sekejap tadi saya membaca rumusan ataupun intipati wawancara berkenaan yang dicatat oleh Dr Hafidzah Mustakim
 Dalam catatan itu Dr Hafidzah membahagi kandungan atau segmen wawancara Husam itu kepada tiga bahagian besar, Cabaran Malaysia, Malaysia Baru, dan Langkah Ke Hadapan. 
Seperti mana catat Dr Hafidzah, bagi Husam cabaran besar dihadapi Malaysia kini ialah kekosongan kepimpinan baik dalam negara maupun parti selepas berlakunya krisis dalam PH sehingga runtuhnya kerajaan berkenaan. 
Risiko atau bahana itu mengundang cabaran untuk membina semula Malaysia. Sehubungan itu Husam mengemukakan pandangan agar Malaysia ini diserahkan kepada kepimpinan baru yang lebih terarah kepada khususnya dari kalangan generasi muda yang lebih berintegriti dan bersemangat. 
Beliau menyebut kepimpinan sebelum ini dibawah Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjamin kesuksesan membina Malaysia baru kerana stail autokrasinya yang sudah gagal. Bahkan kehancuran kerajaan PH disebabkan oleh stail kepimpinan lama beliau itu yang bersifat diktator demokrasi. Dr Mahathir menyimpan dua wajah dalam satu batang tubuhnya, diktator di malam hari dan demokrasi di siang hari. Huhss..

Bagi Husam kepimpinan gaya Mahathir adalah tidak menyumbangkan kepada perdamaian dan kemajuan negara bila mana bekas PM dua kali itu lebih suka bergaduh daripada mencari perdamaian dan keharmonian. Husam menyebut bagaimana Dr Mahathir tidak pernah berhenti daripada bergaduh sejak dulu hingga sekarang.
Justeru Malaysia Baru akan dibina oleh generasi baru, kepimpinan bentuk baru dengan mengetengahkan corak kepimpinan perdamaian yang menjadi kontra dengan gaya Dr Mahathir Mohamad itu. Kepimpinan perdamaian ini menurut Husam ia boleh dipanggungi oleh Anwar Ibrahim berdasarkan karektornya yang mana lebih terbuka, sedia memaafi sesiapa sahaja. 
Beza kepimpinan Mahathir dan Anwar.Husam menyebut dan membandingkan sikap kepimpinan Mahathir dan Anwar yang sangat berbeza. Mahathir suka cari gaduh berbeza dengan Anwar yang boleh memaafkan sesiapa sahaja. Sebagai bukti walaupun Anwar teraniaya, terseksa sampai di penjara di era Mahathir tetapi beliau (Anwar) boleh memaafkan Mahathir demi rakyat apabila sanggup untuk menerima Mahathir untuk bersama PH dan kemudian dipersetujui diangkat pula menjadi perdana menteri

Dalam era melangkah ke Malaysia baru ini, menurut Husam ia juga memerlukan kepada konsolidasi politik. Konsolidasi ini penting ia merupakan kerjasama bukan sahaja di kalangan individu politik tetapi mencakupi parti-parti politik juga. Dalam hambatan dengan berbagai cabaran ini bagi Husam konsolidasi ini sangat bermakna. Sebab itu beliau bukan sahaja menjadi perundingan kepada "perdamaian" antara Anwar dengan Mahathir tetapi juga mencadangkan perdamaian dengan Pas, dimana Pas perlu memikir sama kepentingan konsolidasi ini demi pengukuhan politik Melayu dan Islam. 
Bagaimana pun beliau menyebut rupa konsolidasi itu bukan seperti mana yang hendak atau dianjurkan oleh ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang kini "dijualjaja murah" akan jadi perdana menteri interim. Konsolidasi Tengku Razaleigh itu lebih untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan

Tengku Razaleigh menurut Husam sanggup dan sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir dan meninggalkan Anwar Ibrahim dan cara itu tidak tepat. Sebaik-baik konsolidasi kata Husam yang terarah kepada kekuatan atau membina ekonomi negara daripada kepentingan kuasa. Tengku Razaleigh perlu membawa Malaysia keluar daripada kemelut ekonomi sekarang ini menggunakan kepakaran yang ada

Prinsip Kintsugi.
Dalam banyak mauduk dibawa Husam dalam wawancara itu paling menarik gesaannya agar rakyat negara ini khasnya orang politik melihat kepada prinsip Kintsugi yang menjadi amalan orang-orang Jepun. Menerusi prinsip ini macam mana orang Jepun berjaya memperbaiki sesuatu (barangan tembikar) yang sudah retak dan pecah dicantumkan semula sehingga menjadikan ia bernilai tinggi

Cerita Husam orang Jepun tidak membuang barang-barang tembikar terpakai atau yang sudah pecah begitu sahaja, sebaliknya mereka akan ambil dan cantum semula. Cantuman itu penuh kreativiti dibuat begitu indah dengan menggunakan emas sebagai bahan pencantum. Setelah ia siap bekas cantuman itu akan terserlah benang emas yang indah, menyebabkan barang itu bernilai lebih mahal daripada yang sedia.
Husam sewaktu diwawancara. 
Nah, kata Husam negara ini sedang mengalami perpecahan dalam segala hal; kemasyarakatan,
kepimpinan, politik, agama dan sebagainya yang mana kerana perpecahan ini menjadikan Malaysia parah. Perpecahan ini juga dikeranakan oleh kegilaan manusia politik kepada kuasa. 
Beliau memberi contoh apa yang berlaku di Sabah, kerana orang politik khasnya perdana menteri Muhyiddin Yassin mahukan kepada kuasa, menjamin kekuatannya, kerajaan Warisan di Sabah diganggu sehingga menyebabkan terpaksa diadakan Pirane - pilihan raya negeri. Natijah daripada itu apa yang berlaku kini, Sabah dibaham Covid yang parah mencatat jumlah kes tertinggi dalam beberapa hari ini. 
Dari pemikiran dan prinsip Kintsugi tadi Husam yakin perpecahan dan keretakan yang berlaku dalam serba aspek kini dapat dibaikpulihkan dan ia akan kembali meletakkan Malaysia di panggung kecemerlangan seperti dahulu

Apa yang menjadi persoalan kini, siapakah sedia mengamalkan prinsip Kintsugi itu? Siapakah arkiteknya? Atau siapakah yang memiliki seni kemahiran dan kreatif Kinsugi yang hebat itu? Pemimpin-pemimpin sebelum ini (yang jadi PM), tidak seperti kurang memiliki seni kemahiran berkenaan kerana itu negara di bawah mereka berpecah dan bercemperaian.  
Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad dan kini Muhyiddin Yassin seperti tidak memiliki bahkan tahupun mengenai prinsip canggih dan indahnya seni Jepun itu. Kalau Muhyiddin mengetahuinya pasti beliau tidak akan memecahkan kerajaan PN sebelum ini. Begitu juga dengan Najib jadi pemecah sampai kerajaannya berusia 61 hancur lebur. Dr Mahathir kerajaannya berusia 22 bulan tumbang dan kini kerajaannnya PN sedang menanti hari untuk binasa

Sekali lagi, ditanya siapakah kini mempunyai prinsip seni Kintsugi itu? Saya tidak nampak ada sesiapa yang boleh mewarisi dan menghayati prinsip Kintsugi itu buat masa ini melainkan dua orang sahaja, Anwar Ibrahim dan Husam Musa sendiri. Ciri-ciri ini terserlah kepada iltizam dan nawaitu mereka, mencintai bangsa, benci perpecahan dan berusaha mendamai dan menyatukan ada kepada Anwar. 
Begitu juga dengan Husam apabila beliau tahu dan arif bercakap mengenai prinsip Kintsugi itu, bercakap mengenai ruginya politik perpecahan dan merindui politik penyatuan, maka sudah tentu beliau ada keazaman dan iltizam tinggi untuk mempraktikannya. Husam mempunyai imbauan yang tinggi untuk kebaikan negara sehingga melupai sempadan sengketa. 
Makanya, apa salahnya kalau kita memberi harapan dan meletakan impian ini mereka berdua. Biarlah mereka berdua mengutip, mengumpul serpihan perpecahan yang berlaku kini kemudian mereka disatukan menerusi prinsip Kintsugi itu, dengan itu Malaysia nanti akan kelihatan indah dan nilainya lebih mahal daripada sebelum ini. [wm.kl. 4:45 pm 20/10/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/10/malaysia-perlukan-arkitek-kuntsugi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlukan Hadi Untuk Bina Malaysia

Anwar Perlukan Hadi Untuk Bina Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 279 hits
MINDA SABTUTokguru jadi timbalan macam mana TIBA TIBA sahaja perhatian umum kini tertumpu kepada Selasa depan 13 Oktober dimana hari yang diuar uarkan Anwar Ibrahim dikatakan akan diterima menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah ...
China Akan Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

China Akan Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit Malaysia Sehingga 2023

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 295 hits
China menyatakan komitmennya untuk membeli 1 7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian pada sidang akhbar bersama susulan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatanny...
Huawei Matebook 14 Soon Joins The Huawei Matebook Family In Malaysia

Huawei Matebook 14 Soon Joins The Huawei Matebook Family In Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 358 hits
HUAWEI has continuously brought in a series of laptops tailored to every kind of consumer in Malaysia The range includes the HUAWEI MateBook X Pro MateBook 13 and MateBook D 14 and D 15 At HUAWEI there is always one for you And at the end o...
Mydigitalmaker Mendorong Rancangan Malaysia Untuk Sentiasa Bersedia Secara Digital

Mydigitalmaker Mendorong Rancangan Malaysia Untuk Sentiasa Bersedia Secara Digital

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 205 hits
Pada 5 hingga 11 Oktober 2020 yang lalu Malaysia Digital Economy Corporation telah menjalankan acara tahunan MyDigitalMaker mereka secara maya buat kali pertama Acara ini bertemakan Digital Skills Today Workplace of Tomorrow yang mana ia me...
Anti Migrant Sentiment Fanned On Facebook In Malaysia

Anti Migrant Sentiment Fanned On Facebook In Malaysia

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 232 hits
As coronavirus infections surged in Malaysia this year a wave of hate speech and misinformation aimed at Rohingya Muslim refugees from Myanmar began appearing on Facebook Alarmed rights groups reported the material to Facebook But six month...
Bengkel Cikgootube Bersama Guru Guru Hebat Dari Seluruh Malaysia Di Ipg Kampus Sultan Mizan

Bengkel Cikgootube Bersama Guru Guru Hebat Dari Seluruh Malaysia Di Ipg Kampus Sultan Mizan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 316 hits
Rezeki seminggu ni dapat berkumpul dengan rakan2 guru hebat dari seluruh Malaysia kecuali Sabah Sarawak Kepandaian dan kemahiran video tu ikut gaya masing2 tapi tujuan semuanya sama Iaitu nak bergabung bawah satu payung untuk sama sama bant...
Imf Expects Malaysia S Gdp To Increase 7 8 Next Year

Imf Expects Malaysia S Gdp To Increase 7 8 Next Year

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 248 hits
The IMF says Asian advanced economies are projected to have somewhat more moderate downturns than those of Europe KUALA LUMPUR The International Monetary Fund expects Malaysia s real gross domestic product to rise by 7 8 next year However t...
Pertemuan Dua Hala Malaysia China Bawa Manfaat Besar China Setuju Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit

Pertemuan Dua Hala Malaysia China Bawa Manfaat Besar China Setuju Beli 1 7 Juta Tan Minyak Sawit

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 311 hits
Oleh Amin Adnan KUALA LUMPUR Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata negara China bersetuju menandatangani memorandum persefahaman Pasca COVID dan berkongsi vaksin COVID 19 Jelas beliau pertemuan dua hala antara beli...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza

Makan Kenduri Kahwin Anak Bongsu Sis Lin

Japanese Cucumber Salad