Isu Semasa Apung Harga Minyak Jejas Nasib B40



Peneraju pemikiran lateral, Edward de Bono, mengajar agar idea dicetus harus dikembangkan dengan memikirkan pelbagai kemungkinan solusi.

Ini bermakna solusi tidak harus difikirkan hanya dalam kotak benar atau salah. Menurut de Bono, jika kita bertegas dengan fikiran bahawa solusi kita adalah benar, kita akan berasa selesa dan tidak lagi mencari kemungkinan kewujudan solusi lain. Ini membantutkan kreativiti.

Berikutan itu, kita harus elak daripada berfikir hanya ada two sides of the coin (dua sisi pada syiling), malah wujud six sides of the dice (enam sisi pada dadu) atau lebih.

Hujah harga minyak rendah bantu B40

Baru-baru ini, kita banyak mendengar hujah bahawa penurunan harga minyak akan meringankan beban sara hidup rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah atau B40.

Rata-rata melihat penurunan harga bahan api itu di bawah sistem apungan harga, adalah solusi tepat kepada masalah peningkatan kos sara hidup.

Benarkah ia begitu? Di bawah sistem apungan ini, Jumaat pertama dan kedua tahun ini menyaksikan kerajaan menurunkan harga runcit minyak susulan jatuhnya harga semasa minyak mentah dunia.

Misalnya, RON95 diturunkan kepada RM1.92 berbanding RM2.20 pada awal tahun.

Sistem apung harga minyak ini dimulakan zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, diwarisi Datuk Seri Najib Razak dan sekarang diteruskan Pakatan Harapan (PH).

Walaupun beberapa perubahan dibuat, sistemnya sama, iaitu harga diapungkan. Di bawah sistem ini, harga bahan api itu diturunkan apabila harga minyak dunia susut dan jika ia naik semula, dipertahankan pada satu tahap yang ditetapkan.

Langkah mempertahankan tahap siling ini membabitkan subsidi kerajaan yang ikut rancangan akan lebih tersasar pada masa depan, iaitu hanya dinikmati golongan B40.

Namun, apa yang kita lihat apabila harga minyak turun, harga umum barangan lain tidak pula ikut turun.

Apabila harga minyak naik kelak, agak pasti peniaga bertindak menaikkan harga dengan alasan minyak adalah komponen utama kos pengeluaran mereka.

Jika fenomena turun naik harga minyak ini berterusan untuk tempoh bertahun-tahun, lambat- laun kita akan menyaksikan harga barangan umum menjangkau pada paras yang mungkin menghimpit semua golongan.

Kenaikan harga barang

Memang benar golongan B40 akan dilindungi harga siling, namun apakah subsidi diberi kelak mencukupi untuk menampung jumlah keseluruhan kenaikan harga barang.

Jadi, jika tidak sistem apungan, apakah sistem lebih baik? Seperti dicadangkan de Bono, kita tidak harus mengikat diri dengan satu solusi, tetapi memikirkan pelbagai kemungkinan lain.

Salah satu kemungkinan solusi ialah menetapkan harga minyak runcit pada satu tempoh yang lama, seperti dilakukan pada zaman pentadbiran pertama Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Sistem harga tetap ini seharusnya ditentukan parasnya oleh saintis aktuari bukan ahli politik atau penasihat kerajaan akan melenyapkan alasan bagi peniaga untuk menaikkan harga barangan semata-mata, berdasarkan turun naik harga minyak.

Berikutan itu, harga barangan secara umum akan lebih stabil untuk tempoh panjang.

Betul ia turut membabitkan subsidi, tetapi hanya jika harga minyak naik pada paras ditetapkan.

Jika harga minyak turun di bawah harga tetap, kerajaan akan mencatat lebihan dalam akaunnya, kerana tidak perlu turunkan harga di bawah sistem harga tetap ini.

Niat baik namun solusi tidak lengkap

Perkara ini berlaku seketika dalam tempoh sebelum harga minyak diturunkan baru-baru ini dan ia mencetuskan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan mengaut keuntungan.

Sebenarnya soal itu tidak timbul kerana wang lebihan itu dimasukkan terus ke dalam akaun kerajaan yang kelak digunakan untuk rakyat juga.

Bagaimanapun, bukankah lebih elok wang lebihan itu dimasukkan ke dalam satu dana khas yang diurus dan dikembangkan menerusi pelaburan.

Dengan itu, kerajaan tidak lagi perlu ‘mengorek tabung’ untuk membayar subsidi kerana tanggungjawab itu sudah jatuh kepada dana khas berkenaan.

Menerusi kaedah ini, harga tetap minyak dipertahankan, dana kerajaan tidak terjejas dan harga barangan distabilkan untuk melindungi B40.

Pelajar B40 tolak tawaran akibat tak mampu

Kelonggaran diberi kepada pelajar daripada B40 untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berpotensi menjadi satu game changer atau pengubah nasib bagi golongan itu.

Dalam lebih sedekad lagi, pelajar ini akan muncul sebagai profesional, akademik dan usahawan, sekali gus melonjak mereka dan keluarga keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Namun, usaha murni itu tercalar pula dengan berita ada dalam kalangan pelajar daripada keluarga B40 terpaksa menolak tawaran ke MRSM.

Kelonggaran bayar yuran

Alasan mereka ialah keluarga tidak mampu membiaya yuran yang perlu dibayar. Semalam kerajaan mengumumkan kelonggaran bagi pembayaran yuran terbabit.

Apa yang kita tidak faham bagaimana Kementerian dan MARA membuat tawaran sebelum ini tanpa memikir segala aspek keperluan dan kemampuan pelajar daripada keluarga B40.

Pegawai dan penasihat menteri harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini. Mereka harus mengamalkan pemikiran lateral seperti dianjurkan de Bono, menawarkan menteri solusi yang lengkap kepada masalah dihadapi.

Perkara ini tidak seharusnya berulang kerana yang akan dipersalahkan rakyat kelak adalah kerajaan sendiri.

Penulis adalah Pengarang Kumpulan Berita Harian

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2019/01/isu-semasa-apung-harga-minyak-jejas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pdam Jumpa Pm Lahir Kebimbangan Isu Harga Minyak

Pdam Jumpa Pm Lahir Kebimbangan Isu Harga Minyak

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 289 hits
Kepimpinan dan wakil Persatuan Pengusaha Pengusaha Stesen Minyak Malaysia hari ini bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung kebimbangan persatuan itu berkaitan isu harga minyak Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul...
Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

Isu Duit Minyak Tak Jejas Kempen Ph Kata Manogaran

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 330 hits
PRK CAMERON l Calon Pakatan Harapan M Manogaran berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memanggil seorang wanita berbaju PH yang didakwa mengagihkan wang kepada sukarelawan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands untuk mer...
Semasa Bn Buat Perbandingan Harga Minyak Dulu Dikecam Sekarang

Semasa Bn Buat Perbandingan Harga Minyak Dulu Dikecam Sekarang

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 407 hits
SHAH ALAM Pengusaha stesen minyak di negara ini dikatakan dipaksa memaparkan perbandingan harga bahan api di negara negara Asean di premis perniagaan masing masing Ia susulan gambar sepucuk surat yang dimuat naik Ahli Parlimen Rembau Khairy...
Kabinet Belum Putuskan Isu Harga Minyak Sumber

Kabinet Belum Putuskan Isu Harga Minyak Sumber

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 254 hits
Diterbitkan Hari ini 9 36 pagiKabinet belum mendapat kata putus mengenai harga petrol dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam Tiada keputusan dibuat semalam kata sumber yang enggan namanya di...
4759 Harap Kerajaan Tak Sorok Isu Harga Minyak Sinar Harian 4 1 19

4759 Harap Kerajaan Tak Sorok Isu Harga Minyak Sinar Harian 4 1 19

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 346 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak kerajaan segera mengumumkan harga minyak baharu bagi meredakan tanda tanya orang ramai Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata isu minyak ini adalah per...
Minyak Turun Pun Tak Guna Kalau Harga Barang Naik

Minyak Turun Pun Tak Guna Kalau Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 529 hits
Orang ramai memberikan pandangan berbeza beza berhubung langkah kerajaan yang mengumumkan harga bahan api secara mingguan bermula malam ini Bagaimanapun rata rata penguna yang ditemui Malaysia Gazette menyifatkan ia sebagai satu langkah yan...
Harga Minyak Minggu Lalu Turun 1 Sen Minggu Ni Naik 6 Sen Ron95 12 Sen Diesel

Harga Minyak Minggu Lalu Turun 1 Sen Minggu Ni Naik 6 Sen Ron95 12 Sen Diesel

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 318 hits
HARGA runcit petrol RON97 RON95 dan diesel masing masing dinaikkan enam dan 12 sen seliter mulai tengah malam ini untuk tempoh 19 hingga 25 Januari ini Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata harga bahan api bagi RON97 dinaikk...
Minyak Turun Harga Bawah Rm2 Untuk Ron95 Tapi Ini Komen Ahmad Maslan Tentang Minyak Tengok Apa Dia Makan Tu

Minyak Turun Harga Bawah Rm2 Untuk Ron95 Tapi Ini Komen Ahmad Maslan Tentang Minyak Tengok Apa Dia Makan Tu

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 388 hits
Minyak Turun Harga Bawah RM2 Untuk Ron95 Tapi Ini Komen Ahmad Maslan Tentang Minyak Tengok Apa Dia Makan TuMinyak Turun Harga Bawah RM2 Untuk Ron95 Tapi Ini Komen Ahmad Maslan Tentang Minyak Tengok Apa Dia Makan Tu
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu