Malaysia Mungkin Tenggelam
Kesedaran terhadap wujudnya risiko banjir di suatu kawasan terutamanya kawasan penempatan seharusnya menjadi penggera amaran kepada usaha meminimumkan impak banjir.
Ketua Program Bencana Geologi, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Lim Choun Sian berkata demikian ketika diminta mengulas tragedi banjir buruk yang ‘menenggelamkan’ Taman Sri Muda pada Disember tahun lalu.
“Apabila kita sedar bahawa sesuatu tempat berisiko untuk banjir, langkah seterusnya adalah memikirkan bagaimana mahu mengurangkan impak banjir dari segi kerugian, atau kematian dan juga kekerapan banjir untuk berulang,” ujar Choun Sian kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, tragedi banjir di Taman Sri Muda berlaku disebabkan kawasan terbabit sememangnya kawasan rendah yang terletak berhampiran dengan sungai.
“Kawasan seumpama itu memang mengikut tabii alam akan mudah banjir dan ia disokong dengan sejarah beberapa kali kejadian banjir sebelum ini seperti yang berlaku pada tahun 1995. Malahan pada waktu biasa pun paras air sungai cuma beberapa meter bawah paras tebing,” katanya lagi.
Ujar pakar geologi terbabit, faktor hujan lebat luar biasa di kawasan Taman Sri Muda dan kawasan hulu serta keadaan paras air laut tinggi disebabkan kejadian air pasang menyebabkan air dari hulu dan kawasan sekitar tidak dapat dialir keluar ke laut menambah kepada keseriusan banjir.
Beliau menjelaskan terdapat tiga jenis banjir yang kerap berlaku Malaysia iaitu pertama, banjir kilat yang lazimnya terjadi di kawasan bandar disebabkan sistem saliran yang kurang efisien.
“Kebiasaannya banjir jenis ini surut selepas beberapa jam. Kedua, banjir fluvial atau sungai boleh terjadi di kawasan rendah sekitar sungai dan surut setelah beberapa jam atau hari.
“Ketiga, banjir pesisir pantai di kawasan pantai akibat air pasang dan luruan ribut biasanya surut selepas beberapa jam atau hari,” katanya lagi.
Hakikat bahawa kejadian banjir besar kini bukan sahaja berlaku di pantai timur seperti kelaziman tetapi juga di kawasan pantai barat termasuk kawasan bandar besar menimbulkan persoalan adakah terdapat kemungkinan Malaysia bakal tenggelam dalam jangka masa 10 tahun akan datang?
Menurut Choun Sian, kemungkinan tersebut boleh terjadi hanya sekiranya trend peningkatan paras air laut disebabkan kesan pemanasan global masih berterusan dan kita tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengurangkan ancaman bahaya banjir yang mendatang ini seperti pengurangan risiko, mitigasi dan pemuliharaan alam sekitar.
Malaysia mungkin tenggelam?
Baca Artikel Menarik:
Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
Poster man UMNO, awalkan PRU15
Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman
Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina
The post Malaysia mungkin tenggelam? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/21/malaysia-mungkin-tenggelam/