Malaysia Lebih Besar Daripada Mahathir



SHAH ALAM - Langkah pembubaran Parlimen adalah jalan terbaik untuk menentukan kepimpinan negara dan pembentukan kerajaan baharu berasaskan prinsip demokrasi.

Penganalisis politik bebas, Dr Jeniri Amir berkata, beliau bersetuju dengan pandangan kepimpinan Muafakat Nasional menuntut keputusan pembubaran Dewan Rakyat dengan syor berkenaan telahpun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Menurutnya, rakyat Malaysia adalah entiti paling layak menentukan kepimpinan kerajaan baharu kerana negara bukan hanya milik 222 ahli Parlimen semata-mata.

“Kita tidak mahu pembentukan kerajaan baharu dipengaruhi percaturan politik ahli-ahli Parlimen yang sesetengahnya mempunyai agenda peribadi dengan sebahagian rundingan antara mereka dibuat membabitkan habuan tunai dan kes mahkamah dihadapi diselesaikan secara ‘tutup buku’.

“Saya berpandangan pembentukan kerajaan baharu perlu memiliki legitimasi dari segi perundangan dan moral sekiranya negara mahu sistem demokrasi diamalkan dihormati rakyat dan dunia,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Jeniri berkata, konflik peralihan kerajaan ketika ini tidak mewajarkan mana-mana pemimpin politik membuat percaturan belakang tabir dengan memanipulasikan kuasa dimiliki mereka sekali gus mengenepikan suara rakyat.

Katanya, negara adalah jauh lebih besar daripada mana-mana tokoh kepimpinan politik dengan rakyat sebenarnya merupakan penentu utama survival negara.“Ia bukan lagi soal (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) dan Tun Dr Mahathir Mohamad dan saya percaya kita mempunyai lebih ramai pemimpin lebih baik daripada itu.

“Saya percaya Yang di-Pertuan Agong memiliki kebijaksanaan untuk memutuskan perkara terbaik kepada rakyat bagi mengelakkan mereka berasa muak dengan politik tidak berkesudahan dan merasakan keputusan pilihan raya umum tidak bermakna,” katanya.

Sementara itu, pandangan berbeza pula disuarakan penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang menjangkakan sebuah kerajaan minoriti akan terbentuk susulan keputusan terkini kepimpinan Muafakat Nasional semalam.

Menurutnya, pembentukan kerajaan minoriti adalah langkah terbaik kerana kerajaan baharu yang akan terbentuk itu tanpa penglibatan parti politik.

“Sekiranya penarikan sokongan pemimpin Muafakat Nasional terhadap kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri benar-benar berlaku, Dr Mahathir masih boleh membentuk kerajaan minoriti.

“Sifat kerajaan minoriti adalah pembentukan Kabinet kerajaan tidak lagi mempertimbangkan kuota parti dan senario ini pastinya akan membolehkan Dr Mahathir memilih pemimpin dalam kalangan ahli politik berwibawa,” katanya.

Beliau berkata, pembentukan kerajaan minoriti bukan merupakan satu perkara janggal kerana ia merupakan amalan kebiasaan negara seperti Denmark dan Republik Czech.

Katanya, kerajaan minoriti juga akan bersifat lebih bebas membuat keputusan dan tidak terikat dengan fahaman mana-mana parti.

“Dengan cara ini, Dr Mahathir akan mempunyai keupayaan memilih mana-mana pemimpin menyokong beliau yang mempunyai ketelusan berkhidmat kepada rakyat, berbanding bersikap tangkap pukal.“Sekiranya Dr Mahathir berjaya meraih sokongan majoriti menjadi Perdana Menteri, langkah terbaik adalah memerintah negara menerusi kerajaan tanpa parti sehingga pilihan raya umum ke-15.

“Bagaimanapun, pembentukan kerajaan minoriti masih dianggap relevan dan menjamin keutuhan negara sekiranya itu pilihan terakhir yang tinggal,” katanya.

MR :  Jangan kena 'game' oleh orang tuan itu.. MN mesti ada cara tersendiri..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/malaysia-lebih-besar-daripada-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

Perutusan Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 296 hits
Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada MalaysiaTerkesan aku membaca perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia selepas beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh Aku bayangkan kalau lah be...
Sebab Mahathir Meletak Jawatan Pm Malaysia 2020

Sebab Mahathir Meletak Jawatan Pm Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 511 hits
Hebat Dalam masa 2 tahun politik Malaysia berkecamuk semula Perkara ni berlaku secara tiba tiba dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai PM dan Pengerusi Bersatu Menambahkan rencah politik Malaysia apabila Bersatu mengumumkan keluar dari ...
Wan Azizah Disebut Sebut Bakal Gantikan Mahathir Jadi Perdana Menteri Malaysia

Wan Azizah Disebut Sebut Bakal Gantikan Mahathir Jadi Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 383 hits
Wakil Perdana Menteri Malaysia Wan Azizah Wan Ismail disebut sebut bakal menjadi perdana menteri perempuan pertama negara itu menggantikan Mahathir Mohamad yang hari ini mengajukan surat pengunduran diri kepada Raja Malaysia
Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

Pm Malaysia Mahathir Mohamad Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 150 hits
Mahathir menjabat pada Mei 2018 untuk kedua kalinya sebagai perdana menteri Dia telah lama melengkapi panggung politik Malaysia
How A 7 Billion Dispute Helped Topple Mahathir S New Malaysia

How A 7 Billion Dispute Helped Topple Mahathir S New Malaysia

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 175 hits
The failed deal highlighted a series of policy disputes that eventually brought down the coalition showing that the differences in Mahathir s government extended far beyond when he would cede power to Anwar Ibrahim his long time rival In th...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 567 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
There Is Only One Way Now For Malaysia And Mahathir Must Take It

There Is Only One Way Now For Malaysia And Mahathir Must Take It

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 207 hits
There is only one way forward for Malaysia this Friday after a full week of political turmoil and heart stopping drama featuring King Lear moments on the part of two older party leaders prompted by a desperate Iago who planned to move in sm...
Kadir Kerajaan Perpaduan Jadikan Malaysia Lebih Demokratik

Kadir Kerajaan Perpaduan Jadikan Malaysia Lebih Demokratik

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 295 hits
Datuk A Kadir Jasin berkata kerajaan perpaduan boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik Foto BernamaKUALA LUMPUR 28 Feb Kerajaan perpaduan yang dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud perdana menteri sementara mahu menjadi dik...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin

Catat Nekad Berhaji Tanpa Visa Haji Bisa Dideportasi Dari Arab Saudi

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom

Aktivis Gagal Rayu Mohon Cabar Keputusan Ag Tak Dakwa Muhammad Zamri Vinoth Dan Firdaus Wong

What Are The Chances That Anwar Will Honour His Promise To Raise The Salary Of Civil Servants

Is The Government Getting Paranoid About The Media

Bila Rakyat Kurang Faham Jangan Kata Lantaklah Ka Siong