Sebab Mahathir Meletak Jawatan Pm Malaysia 2020
Hebat!!! Dalam masa 2 tahun, politik Malaysia berkecamuk semula. Perkara ni berlaku secara tiba-tiba dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai PM dan Pengerusi Bersatu.
Menambahkan rencah politik Malaysia apabila Bersatu mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan
Menambahkan masin lauk, 10 ahli PKR telah mengumumkan keluar dari parti dan menjadi blok bebas
Dan sebelum kes-kes ini timbul, kecoh apabila pemimpin Melayu iaitu PAS, UMNO dan Bersatu secara khususnya berjumpa secara terbuka
Dalam masa tak sampai 2 hari, meletup Malaysia dengan pengumuman Mahathir
Tapi hal-hal ni aku dah jangkakan tapi jangkaan aku ialah melihat Bersatu sebagai kuasa politik Melayu yang besar. Namun tekaan aku meleset
Walau apapun aku melihat percaturan politik Malaysia semakin advance. Sampai sekarang agak sukar nak tahu apakah penggerakan seterusnya.
Terdapat beberapa pandangan melihat kepada tindakan Mahathir ini.
Pandangan PertamaPada pandangan aku, UMNO, PAS dan Bersatu akan menjadi satu pakatan atau sekarang ni mereka gelarkan Muafakat Pakatan
Tujuan pakatan baru ni adalah menidakkan kuasa politik PKR dan DAP dalam memimpin negara ni dan mengukuhkan martabat politik melayu semula
Jika dikira, semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan negara, ramai orang melayu resah melihat kerakusan dan kesombongan mereka
Isu bahasa jawi, isu tambah kuota bukan bumiputra dalam MRSM/UITM dilihat untuk mematikan orang melayu. Dan dilihat kes LTTE yang dimasuhkan secara tiba-tiba oleh peguam negara serta pemandu mabuk yang melanggar orang melayu yang mati katak. Semuanya menjurus kerisauan kepada orang melayu.
Sebenarnya inilah permainan Mahathir, menyatukan semua melayu. Dan untuk aku demi survival melayu mahu tak mahu terpaksa menyokong semua parti komponen Melayu termasuk UMNO walaupun pemimpinnya yang masih tak ubah lagi..huhuhuhu.
Semua pihak boleh mengatakan aku rasis tapi jika anda berada ditempat aku mungkin agak takut melihat apakah yang akan terjadi pada generasi akan datang jika satu bangsa itu memegang ekonomi dan politik. Jadi Singapura ler...
Pandangan Kedua
Tindakan oleh Mahathir kerana bosan dengan ahli PKR yang kerap mendesak beliau meletak jawatan dan hingga ada ugutan oleh pihak-pihak tertentu akan membuat piket jalanan agar Tun Mahathir melepaskan jawatannya kepada Anwar.
Mahathir melihat PKR dan DAP seolah-oleh mahu menikamnya dari belakang dan segala tindak tanduk mereka baru-baru ini agak melampau. Mereka melihat parti Bersatu pimpinan Mahathir ini kecil kerana jika dilihat Pakatan Harapan jumlah kerusi terbanyak ialah PKR dan DAP.
Mahathir dilihat sebagai boneka sahaja dan kawalan mereka ke atas kerajaan semakin kukuh dan tak perlu Mahathir lagi. Mereka gunakan melayu bodoh PKR untuk menentang Mahathir. DAP senyap sahaja dan tepuk tangan penyokong Anwar beria-ria melawan Mahathir.
Atas kebosanan itulah Mahathir ajar DAP dan PKR dengan meletak jawatan sebagai PM tetapi mereka tidak sangka Mahathir membawa keluar Bersatu dan 10 ahli PKR.!!! Dan desas desus Mahathir telah mengatur pakatan baru dengan PAS dan UMNO.
Akhirnya DAP dan Anwar merayu agar Mahathir tarik balik peletakan jawatannya sebagai PM dan terus memimpin negara ini. Tapi dah terlambat sebab peel semua orang tua kalau dan merajuk susah nak pujuk.Tu ler cari pasal dengan orang tua..hehehehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2020/02/sebab-mahathir-meletak-jawatan-pm.html