Malaysia Kekal Komited Reformasi Ekonomi Kata Tpm


 
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dalam ucaptama pada Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, bawah kepimpinan berwawasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Malaysia kini memulakan agenda transformasi ekonomi yang dipacu oleh prinsip kerangkuman, inovasi dan kemampanan.
“Teras kepada wawasan kita ialah BRI (Inisiatif Jalur dan Laluan), yang membuka peluang kepada kerjasama antara Malaysia dan China dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan infrastruktur, ketersambungan, kemudahan perdagangan serta pertukaran rakyat dengan rakyat.
“Dengan memanfaatkan sinergi antara ekonomi kita dan kuasa transformatif BRI, kita mampu membuka laluan baharu bagi pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat kita,” katanya dalam ucaptama pada Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong, Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao serta Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Fadillah berkata, di tengah-tengah hubungan dua hala Malaysia-China terdapat kerangka perdagangan dan pelaburan teguh yang menjadi asas bagi kerjasama ekonomi kedua-dua negara.
Beliau berkata, pada 2023 China terus menjadi rakan perdagangan terbesar Malaysia dan kekal begitu selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009, menyumbang sebanyak 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan negara.
“China juga adalah sumber import terbesar Malaysia iaitu menyumbang sebanyak 21.3 peratus daripada jumlah keseluruhan import. Import dari China berjumlah RM258.63 bilion dengan import utama terdiri daripada produk E dan E (elektrikal dan elektronik), jentera, peralatan serta alat ganti selain bahan dan produk kimia,” katanya.
Fadillah, yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air, berkata Malaysia komited sepenuhnya untuk mempromosi tenaga hijau dan kelestarian alam sekitar sebagai komponen penting dalam agenda pembangunannya.
Beliau berkata, Malaysia dan China juga bersedia menerajui usaha dalam mempromosi tenaga hijau dan sumber boleh diperbaharui dengan kedua-dua negara komited untuk melabur dalam teknologi tenaga bersih seperti solar, angin dan kuasa hidroelektrik.
“Melalui jalinan kerjasama dan inisiatif perkongsian ilmu, kami berhasrat untuk memanfaatkan potensi besar tenaga hijau untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan kesan buruk perubahan iklim serta mewujudkan masa depan yang lebih mampan untuk planet kita.
“Dengan mengutamakan inovasi serta pembangunan mampan dalam semua sektor tenaga, Malaysia dan China bukan sahaja menyumbang kepada usaha global dalam memerangi isu perubahan iklim malah membuka peluang baharu bagi pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/malaysia-kekal-komited-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerugian Akibat Banjir Dianggar Hampir Rm1 Bilion Kata Tpm

Kerugian Akibat Banjir Dianggar Hampir Rm1 Bilion Kata Tpm

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 298 hits
Jumlah kerugian banjir kali ini dianggarkan termasuk kerosakan prasarana seperti jalan persekutuan dan jalan di luar bandar kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi DUNGUN Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim...
Jangan Bergantung China Malaysia Perlu Ada Pelbagai Rakan Dagang Kata Penganalisis

Jangan Bergantung China Malaysia Perlu Ada Pelbagai Rakan Dagang Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com 17 Mar 2024 08 00 AMCollins Chong berkata Putrajaya mesti mengambil pendirian tegas terhadap sikap mengganggu Beijing di Laut China Selatan Pada 2023 nilai eksport negara ke China RM192 2 bilion manakala import bernila...
Draf Perjanjian Kerajaan Pembangkang Tak Wujud Kata Tpm

Draf Perjanjian Kerajaan Pembangkang Tak Wujud Kata Tpm

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 175 hits
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata tiada perbincangan mengenai suatu perjanjian dalam pertemuan dengan ketua pembangkang pada 19 Mac lepas PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata draf perjanjian yang diper...
Atvsi Buka Puasa Bersama Dpr Hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis Walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja

Atvsi Buka Puasa Bersama Dpr Hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis Walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 240 hits
ATVSI Buka Puasa Bersama DPR hingga Kemenkominfo Tv Indonesia Masih Eksis walau Ekonomi Tak Baik Baik Saja
24 3 24 Sanusi Gagal Jaga 24 Orang Timb Menteri Ekonomi Dr Gps Puad Ka

24 3 24 Sanusi Gagal Jaga 24 Orang Timb Menteri Ekonomi Dr Gps Puad Ka

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 154 hits
Sanusi gagal jaga 24 orang macam mana nak jaga 2 2 juta orang Puad kata Rafizi dan Padu gagal Soalannya Puad jugak gagal sebagai kerajaan Timbalan Menteri ekonomi adalah Ahli parlimen GPS Mengapa tidak mendapat penjelasan Timbalan Adakah ti...
Sekolah Vernakular Serlah Potensi Ekonomi Tiga Budaya

Sekolah Vernakular Serlah Potensi Ekonomi Tiga Budaya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 230 hits
Sekolah vernakular mempunyai kepentingan kepada negara bukan sahaja sebagai lambang kemajmukan pendidikan pelbagai kaum bahkan pada era kebangkitan ekonomi Asia ini sekolah jenis itu menyerlahkan potensi bakat dari 3 kaum berbeza Ketua Pene...
Jihad Sering Disalahpahami Untuk Kepentingan Politik Dan Ekonomi

Jihad Sering Disalahpahami Untuk Kepentingan Politik Dan Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 238 hits
Islamophobia juga bisa disebabkan oleh propaganda media yang bertujuan membuat kerusakan
Kapolri Sebut Ekonomi Indonesia Membaik Gara Gara War Takjil Alhamdulillah Tuhan Sayang Pada Bangsa Kita

Kapolri Sebut Ekonomi Indonesia Membaik Gara Gara War Takjil Alhamdulillah Tuhan Sayang Pada Bangsa Kita

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 108 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo mengatakan perekonomian di Indonesia mengalami pertumbuhan gara gara war takjil
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi