Jangan Bergantung China Malaysia Perlu Ada Pelbagai Rakan Dagang Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Ameer Fakhri-17 Mar 2024, 08:00 AM

Collins Chong berkata Putrajaya mesti mengambil pendirian tegas terhadap ‘sikap mengganggu’ Beijing di Laut China Selatan.
Pada 2023, nilai eksport negara ke China RM192.2 bilion, manakala import bernilai RM258.6 bilion. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangnya dengan lebih banyak negara dan mengurangkan kebergantungan kepada China, memandangkan “sikap mengganggu” negara itu di Laut China Selatan, kata penganalisis.

Collins Chong, penganalisis keselamatan dan strategi Universiti Malaya, berkata penting bagi Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap tingkah laku yang mana membangkitkan isu keselamatan dan menjauhkan pelaburan asing.

“Pendekatan Malaysia dalam pertikaian di Laut China Selatan telah diredakan, bergantung kepada diplomasi senyap pintu belakang untuk mengelak risiko hubungan dengan Beijing, iaitu rakan dagang terbesarnya.

“Bagaimanapun, jangan sampai kita lupa bahagian terbesar aset ekonomi Malaysia datangnya daripada deposit bahan api fosil terletak di Laut China Selatan.

“Justeru, demi memastikan kepentingan dan kedaulatan negara di laut terpelihara, Malaysia mesti bebaskan diri daripada berterusan bergantung terhadap eksport yang banyak kepada China demi limpahan modal dan ekonomi,” katanya kepada FMT.

Ketika ini, nilai dagang Malaysia dengan China adalah 17.1%.

Malaysia menjana pendapatan berjumlah RM192.2 billion tahun lalu daripada eksport barang ke China dan mengimport RM258.6 bilion, kebanyakan dalam bentuk jentera, peralatan, dan produk kimia.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan hubungan Malaysia dan China, di tengah-tengah tekanan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya untuk mempertahan integriti dan kebebasan berlayar di Laut China Selatan.

Sambil menekankan Malaysia “sangat bebas” dan tidak patut dipaksa memilih oleh sebarang kuasa luar, Anwar menolak gesaan mengawal kebangkitan China, yang mana disifatkannya hanya memburukkan negara itu dan menyemai perbalahan di rantau ini.

Permintaan AS itu sebagai maklum balas terhadap “garisan 10 titik” diterbitkan China tahun lalu, yang menuntut 90% daripada 3.6 juta kilometer persegi Laut China Selatan, termasuk jajahan maritim milik Malaysia, Vietnam, Filipina, dan Brunei.

Collins berkata, Anwar tidak sepatut salah tafsir gesaan Barat “menegakkan undang-undang” di rantau ini sebagai cubaan campur tangan dasar luar, namun sebagai cubaan mengekalkan keamanan di Laut China Selatan yang menjadi laluan perdagangan tersibuk dunia.

Dalam pada itu, Sharon Seah dari Institut Iseas-Yusof Ishak, berkata Malaysia perlu aktif berhubungan dengan negara Asean lain untuk secara bersama menegakkan undang-undang di Laut China Selatan.

Katanya, Malaysia sepatutnya secara minilateral dan fokus kerjasama dalam skala kecil bersama Vietnam dan Filipina bergabung menampakkan kehadiran maritim, seperti mana dilakukan dua negara itu pada 30 Jan.

Seah mencadangkan Asean menganjurkan latihan ketenteraan bersama tahunan, sebagai mana latihan solidariti Asean dilaksanakan pada September lalu demi mewujudkan kepercayaan antara negara anggota jika tercetus konflik di rantau ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/jangan-bergantung-china-malaysia-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Must Push Back On China S Territorial Claims

Malaysia Must Push Back On China S Territorial Claims

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 273 hits
About a week ago a Philippines supply boat in an area where territorial claims are disputed with China was fired upon with water cannons by two Chinese boats causing minor injuries and a shattered windscreen It sparked a and disputed accoun...
Hamzah Zainudin Jangan Bergantung Gelombang Untuk Ke Putrajaya

Hamzah Zainudin Jangan Bergantung Gelombang Untuk Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 199 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Perikatan Nasional tidak boleh bergantung kepada gelombang semata mata untuk memenangi pilihan raya sebaliknya perlu membina kekuatan dan identiti sendiri menarik sokongan rakyat untuk kembali ke Putrajaya Setiausa...
Muda Silap Tolak Jelajah Rakyat Bersama Pn Kata Penganalisis

Muda Silap Tolak Jelajah Rakyat Bersama Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 233 hits
Muda mengumumkan menjadi blok ketiga dalam dan luar Parlimen beberapa hari selepas Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengumumkan rancangan komponen itu mengadakan jelajah ke seluruh negara bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PETALING JAYA Mud...
Pertubuhan Generasi Digital Malaysia Menandatangani Mou Bersama Empat Rakan Sekutu Bangunkan Industri Digital

Pertubuhan Generasi Digital Malaysia Menandatangani Mou Bersama Empat Rakan Sekutu Bangunkan Industri Digital

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 401 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPertubuhan Generasi Digital Malaysia dengan bangganya mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Al Ebreiz Global Capital Berhad Aerocentric Event Infinity Electronic Sport Club dan Nawab P...
Malaysia Must Diversify Trade Reduce Dependency On China Says Analyst

Malaysia Must Diversify Trade Reduce Dependency On China Says Analyst

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 214 hits
In 2023 Malaysia earned RM192 2 billion from exports to China while its imports amounted to RM258 6 billion PETALING JAYA An analyst has called for Malaysia to diversify its trade by entering into partnerships with more countries and reduci...
Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

Bella Berhak Hidup Tenang Nekad Tuntut Cerai Pada Aliff Aziz Rakan Artis Banjiri Komen Bella Dengan Kata Sokongan

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 166 hits
Susulan kontroversi yang melibatkan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama akres Ruhainies isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah telah pun hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari Rabu bagi prosiding cerai terhadap s...
Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

Kata Penganalisis Bersatu Mungkin Hilang 2 Kerusi Jika Prk

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 156 hits
Nora MahparSuhaili Abdul Rahman dan Syed Abu Hussin dikatakan berkemampuan mempertahankan Labuan dan Bukit Gantang sekiranya PRK diadakan PETALING JAYA Dua daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim dik...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord