Malaysia Jimat Rm36 Juta Henti Sertai Desert Eagle


BANGKOK:  Kementerian Pertahanan telah menjimatkan sejumlah RM36 juta apabila anggota tentera Malaysia tidak lagi terlibat dalam latihan ketenteraan ‘Desert Eagle’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, tindakan Malaysia menarik balik tenteranya yang ditempatkan di Arab Saudi sejak 2015 juga telah menjimatkan perbelanjaan kementerian, tetapi beliau tidak mendedahkan jumlahnya.
“Kita akan hanya tumpu penghantaran tentera (Malaysia) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kalau bertembung antara negara, kita akan cuba mengelakkan (penghantaran tentera), hanya di bawah PBB,” katanya dalam temuramah di sini.
Malaysia menempatkan anggota tenteranya di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman, yang sedang berhadapan dengan konflik.
Menurut Mohamad, negara boleh memainkan peranan untuk mencari penyelesaian di Yaman yang disifatkannya kini berada dalam keadaan yang mendatangkan bencana, menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dianggotai 57 buah negara.
Beliau berada di Bangkok selama dua hari bermula Selasa untuk lawatan pengenalan selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan beberapa bulan lepas.
Semalam, Mohamad melakukan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha serta timbalannya, Jen Prawit Wongsuwon yang merupakan Menteri Pertahanan negara itu.
Beliau pulang ke ibu negara malam tadi selepas menghadiri majlis makan malam rasmi.
Mohamad berkata, penghantaran tentera Malaysia ke Bangladesh yang melibatkan anggota perubatan pula adalah untuk menguruskan hospital medan, dalam usaha kemanusiaan untuk membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman di Myanmar.
Beliau menegaskan tindakan negara menghentikan penglibatan tentera Malaysia pada latihan ketenteraan di UAE serta penarikan anggota tentera di Arab Saudi tidak memberikan kesan terhadap hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara itu.
Malah Malaysia katanya, akan meningkatkan lagi hubungan dengan kedua-dua negara itu meliputi pelbagai bidang lain seperti pelajaran, kesihatan dan latihan bersama tetapi “bukan penghantaran tentera untuk terlibat dengan peperangan.”
“Soal hubungan dengan Arab Saudi akan diteruskan, sama seperti dengan Qatar, Iran, Iraq dan Syria. Semua kita hendak berkawan,” menurut beliau.
Menteri Pertahanan itu berkata, Malaysia amat berbangga dengan Asean dianggotai 10 negara yang berbeza bangsa dan agama,  tetapi boleh bermesyuarat serta berbincang tanpa sebarang masalah.
Ia, katanya, berlainan di kalangan negara-negara Arab yang menggunakan satu bahasa dan menganuti satu agama tetapi “saling berperang.”
“Itu yang saya rasa semua pihak kena insaflah, apa yang berlaku di Timur Tengah dan cari jalan penyelesaian melalui meja rundingan. Selama saya menjadi Menteri Pertahanan, itu yang saya tonjolkan (penyelesaian menerusi rundingan),” katanya.
The post Malaysia Jimat RM36 Juta Henti Sertai Desert Eagle appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/malaysia-jimat-rm36-juta-henti-sertai-desert-eagle/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luno Salah Satu Syarikat Kriptowang Popular Akan Membuat Pelaburan Lebih Rm25 Juta Ke Ekonomi Malaysia

Luno Salah Satu Syarikat Kriptowang Popular Akan Membuat Pelaburan Lebih Rm25 Juta Ke Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 309 hits
Luno merupakan salah satu syarikat kriptowang terkemuka dan digunakan ramai pengguna tempatan dalam membuat pertukaran kriptowang dan sebagainya Terkini selari dengan pengumuman kerajaan melalui Belanjawan 2019 untuk hadir dengan rangka ker...
Bantu Dan Sertai Muslim Volunteer Malaysia

Bantu Dan Sertai Muslim Volunteer Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 651 hits
Pernah dengar tak tentang Muslim Volunteer Malaysia Atau dalam Bahasa disebut Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia Pernah dengar atau tidak Fiza akan kongsikan pada awak semua tentang Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini u...
Dap Bantah Malaysia Sertai Latihan Tentera 20 Negara Islam

Dap Bantah Malaysia Sertai Latihan Tentera 20 Negara Islam

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 620 hits
DAP selaku parti yang mendominasi Pakatan Harapan membantah keras Malaysia menyertai latihan peperangan dengan pasukan tentera dari 20 negara Islam di utara Arab Saudi Ahli Parlimen DAP Segambat Lim Lip Eng berkata penglibatan Malaysia dala...
Defence Ministry Saved Rm36m By Opting Out Of Desert Eagle Exercise

Defence Ministry Saved Rm36m By Opting Out Of Desert Eagle Exercise

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 150 hits
The Defence Ministry has saved a total of RM36 million as the country s military personnel are no longer involved in the Desert Eagle military exercise in the United Arab Emirates According to Defence Minister Mohamad Sabu the withdrawal of...
Daftarlah Sekarang Keahlian Ezbuy Prime Murah Jimat

Daftarlah Sekarang Keahlian Ezbuy Prime Murah Jimat

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 425 hits
Daftarlah Sekarang Keahlian Ezbuy Prime Murah Jimat Ezbuy adalah satu portal online membeli belah yang melibatkan negara seperi Singapura Malaysia Thailand dan Indonesia Barangan keperluan seharian yang di jual kebanyakkan import dari USA d...
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 634 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring

Cara Jimat Ruang Gantung Pasu Pada Dawai Jaring

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 494 hits
Ini aku nak tunjuk cara jimat ruang bercucuk tanam dengan gantung pasu pada dawai jaring yang biasanya di gunakan untuk buat pagar Kini tiada alasan pada ruang halaman kecil untuk bercucuk tanam Pelbagai cara boleh di lakukan untuk penjimat...
Pakej Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Thailand Dengan Kos Yang Jimat

Pakej Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Phuket Thailand Dengan Kos Yang Jimat

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 664 hits
Pulau Phuket merupakan salah satu destinasi tumpuan pelancong yang cukup terkenal dimata dunia Pulau Phuket ini terletak di Lautan Andaman dan ia merupakan pulau terbesar yang terdapat di negara Thailand Phuket dikelilingi oleh banyak lagi ...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Parut Jerawat Cuba Rawatan Kulit Di Klinik Dr Bazilah

A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala