Malaysia Halal Expo 2019
MALAYSIA HALAL EXPO 2019Sukan TOKYO OLYMPIC 2020 nanti akan bertempat di Jepun . Peluang bagus untuk perkenalkan produk tempatan Halal sampai ke Jepun . Oleh sebab tu , Kementerian Pembangunan Usahawan ( MED ) dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia ) akan menganjurkan MALAYSIA HALAL EXPO 2019 ( MHE2019 ) pada 24 hingga 26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ) , dengan tujuan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai inisiatif kepada pelaburan dan pedangangan antara Malaysia dan Jepun .
Majlis Pra Pelancaran MHE2019 disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , Menteri Pembangunan Usahawan
Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020 - MHE 2019
Bertemakan "Malaysia ke Jepun untuk Olimpik 2020" , MHE2019 yang akan berlangsung selama 3 hari adalah susulan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam bidang halal antara kerajaan Malaysia dan Jepun yang telah dimeterai pada 26 November 2018 . Moc ini adalah satu usaha untuk memastikan industri halal Malaysia dapat menerokai pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik 2020
Malaysia Halal Expo 2019 akan melibatkan usahawan PKS dari 6 kluster iaitu :
Makanan & Minuman yang di Proses ( F &B) Bahan Ramuan , Kosmetik Penjagaan Kesihatan / Farmaseutikal Logistik , dan juga Bioteknologi
Sebanyak 320 tapak 'booth' disediakan dalam Malaysia Halal Expo 2019 ini. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang ekspo seperti : Pameran dan jualan, Padanan perniagaan oleh SME Corp, ‘Facebook Live’ bersama wakil kementerian dan agensi, Sesi Business Matching , dengan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun dari Family Mart , OHGA Pharmachy ,Eagle Eye ( Japan office ) dan e-market place link to Rakuten dan AEON .
Cuba teka siapa selebriti yang akan berada di Ekspo Halal Malaysia 2019 ?
Fara Fauzana dan Faizal Ismail ! Jumpa disana !
Ekspo Halal Malaysia mensasarkan seramai lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri dari komuniti perniagaan dan orang awam juga potensi jualan sebanyak 50 juta . Sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun ; dan yang terakhir , Memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke negara Jepun .
MED juga bekerjasama dengan Kementrian Belia & Sukan (KBS) , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia( JAKIM ) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) sebagai rakan strategik bagi menjayakan ekspo ini. Ekspo MHE2019 akan mula dibuka kepada trade vissitor mulai 24 hingga 26 Januari 2019 bermula dari 9.00 Pagi -6 Petang ( Khamis-Sabtu ) dan kepada lawatan umum pada 26 Januari 2019 dari 9.00 pagi -6.00 petang ( Sabtu )
Usahawan yang berminat mendaftar sebagai pempamer disyaratkan mempunyai produk yang disahkan halal oleh JAKIM dan sedia untuk dieksport
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web www.halal-expo.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2019/01/malaysia-halal-expo-2019.html