Malaysia Bakal Jadi Harimau Baharu Muhyiddin



Malaysia berpotensi untuk jadi ‘harimau baharu’ sekiranya kerajaan Pakatan Harapan diberi peluang untuk membangunkan semula negara.
Timbalan Presiden PH Muhyiddin Yassin berkata, jika sokongan rakyat sebulat suara maka Malaysia lebih mudah untuk dijadikan negara yang kuat dan terbilang di rantau Asia pada masa hadapan.
“Kalau diberi sokongan lagi. (Parlimen) Tanjung Piai ini kita kekal menang dan PH terus berkuasa, Insya-Allah kita akan dapat membangunkan semula negara kita, bukan itu sahaja malah meletakkan Malaysia di hadapan dan antara negara maju di rantau Asia.
“Kita boleh jadi ‘harimau baharu’ yang boleh mengaum kuat supaya orang takut dengan kekuatan pembangunan negara kita,” katanya ketika berucap pada program Santai Petang sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas semalam.
Bagaimanapun, untuk merealisasikan visi itu, ia akan mengambil masa yang sukar diramal memandangkan PH ‘mewarisi’ negara ini dalam situasi dan pelbagai masalah negara sejak pemerintahan kerajaan dahulu.
“Ini kita boleh buat. Baru setahun lima bulan kita mentadbir, mana boleh selesai semua masalah yang kita warisi, kalau ada orang bijak pandai pun tak boleh buat dalam setahun lebih,” katanya.
Katanya lagi kerajaan juga terus komited mentadbir negara ini dengan baik serta sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi negara ketika ini.
“Saya bertanggungjawab kerana saya duduk dalam kerajaan, tiap-tiap minggu duduk dalam Kabinet berbincang cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah negara, masalah kewangan, masalah hutang negara, perbaiki mana-mana kerosakan, skandal Tabung Haji, skandal Felda… jadi itu masalah pokok kita tetapi walaupun begitu kerajaan kita hari ini masih terurus,” tambahnya.
Muhyiddin turut berkata, PRK Parlimen Tanjung Piai adalah satu ruang dan peluang kepada pengundi untuk memutuskan sama ada terus kekal menyokong PH atau sebaliknya. PRK itu juga adalah satu cabaran amat hebat bagi pihaknya kerana beliau menjangka akan berhadapan tentangan besar daripada pihak pembangkang yang bertanding.
“… dan pelbagai perkara akan diketengahkan sebagai bahan kempen untuk meyakinkan atau melunturkan keyakinan pengundi terhadap kerajaan hari ini. Jadi, sebagai pejuang terutamanya jentera pilihan raya harus mengambil suatu tindakan agak berkesan untuk menggerakkan jentera kita di semua peringkat, Insya-Allah kita akan peroleh kejayaan,” katanya.
PRK itu menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH Karmaine Sardini, Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam,(Gerakan), Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa) dan dua calon bebas iaitu pengasas pusat tuisyen Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar.
Hari mengundi bagi PRK Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov ini, manakala hari pengundian awal diadakan pada 12 Nov.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Dr Md Farid Md Rafik pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/25390

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tidak Putus Ada Jejaki Jho Low Kata Muhyiddin

Malaysia Tidak Putus Ada Jejaki Jho Low Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 324 hits
Malaysia tidak putus ada jejaki Jho Low kata Muhyiddin nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 4 Nov 2019 11 44P
Singapura Nak Air Murah Tapi Tak Mahu Bantu Malaysia Buat Jambatan Baharu Tun Mahathir

Singapura Nak Air Murah Tapi Tak Mahu Bantu Malaysia Buat Jambatan Baharu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 409 hits
JOHOR BAHRU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju meneruskan Projek Rapid Transit System Link ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan di Tambak Johor Beliau berkata Malaysia melihat penye...
Uptown Danau Kota Ditamatkan Operasi Bakal Berpindah Ke Tempat Baharu

Uptown Danau Kota Ditamatkan Operasi Bakal Berpindah Ke Tempat Baharu

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 420 hits
Bagi mereka yang gemar berkunjung ke uptown atau membeli belah di tempat sebegini pastinya mereka sangat mengenali uptown Danau Kota yang terletak di Kuala Lumpur ini Uptown ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya yang suka membeli bela...
Tahniah Jdt Bakal Berentap Dengan Kedah Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

Tahniah Jdt Bakal Berentap Dengan Kedah Di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 446 hits
Sedikit lambat Ligakampung com update mengenai Piala Malaysia 2019 ini Perlawanan separuh akhir kedua yang berlangung pada malam semalam cukup menarik terutama yang membabitkan pasukan Pahang dan Kedah Perlawanan antara Selangor menentang J...
Bandar Koperasi Pertama Di Malaysia Bakal Siap Pada 2023

Bandar Koperasi Pertama Di Malaysia Bakal Siap Pada 2023

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 405 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tronsmart Spunky Beat Dengan Sokongan Aptx Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

Tronsmart Spunky Beat Dengan Sokongan Aptx Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 200 hits
Tronsmart sejak kebelakangan ini semakin aktif dengan penghasilan produk produk audio Bagi mereka yang tidak jenama ini Tronsmart sedia terkenal dengan produk produk kuasa seperti power bank pengecas dan kabel Terkini Tronsmart akan membawa...
Muhyiddin Malaysia Has Terror Transit Problem But We Act On It

Muhyiddin Malaysia Has Terror Transit Problem But We Act On It

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 305 hits
Home Minister Muhyiddin Yassin today acknowledged Malaysia s problem as a transit for terrorism but said the government was constantly curbing such elements He said this in response to a US State Department report which said Malaysia remain...
Ibu Ainul Mardhiah Bakal Balik Malaysia Tak Lama Lagi

Ibu Ainul Mardhiah Bakal Balik Malaysia Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 397 hits
Ibu Ainul Mardhiah beri bayangan bakal balik Malaysia tak lama lagi Bayi kesayangan Malaysia Ainul Mardhiah masih lagi berada di London selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya Menurut perkembangan kesihatan yang kerap kal...
Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertamanya Di Asia Tenggara Bakal Hasilkan Content Eksklusif Playstation

Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertamanya Di Asia Tenggara Bakal Hasilkan Content Eksklusif Playstation

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 410 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal bekerjasama dengan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios untuk mewujudkan studio Asia Tenggara pertama di Malaysia tahun depan bagi syarikat utama industri permainan video global itu Me...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims