Malaysia Antara 60 Negara Teratas Dalam Indeks Kemajuan Sosial


MALAYSIA NOW
Prestasi Malaysia meningkat dari sudut penjagaan perubatan dan kesejahteraan namun menurun dari segi hak peribadi dan akses kepada pendidikan tinggi.

Prestasi Malaysia menunjukkan peningkatan paling tinggi tahun ini dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan memungut 67.64 mata dari 66.69 pada 2020. Malaysia disenaraikan antara 60 teratas dari senarai 168 negara dalam indeks yang dikumpul sebuah NGO berpangkalan di AS bagi mengukur prestasi sosial termasuk hubungan antara kemampanan dan kemajuan sosial.
Indeks Kemajuan Sosial 2021, yang dikelolakan Social Progress Imperative (SPI), mengukur prestasi sosial berdasarkan 53 indikator sosial dan alam sekitar.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Singapura (30) dan mendahului negara jiran lain Thailand (71), Indonesia (94), Vietnam (78), Filipina (97), Kemboja (128), Myanmar (117), dan Laos (145).
Malaysia memperoleh 90 mata bagi nutrisi dan penjagaan perubatan asas (91.33), air dan sanitasi (90.29), selain tempat tinggal (91.84).
Prestasi negara menunjukkan peningkatan paling tinggi dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan (67.64 dari 66.69 pada 2020).
Selain itu, skor yang lebih baik turut ditunjukkan dalam sektor nutrisi dan penjagaan perubatan asas (91.33, peningkatan sebanyak 0.22).
Prestasi keseluruhan Malaysia adalah relatif berbanding 15 negara yang memiliki persamaan dari sudut keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita termasuk Turki, Greece, Hungary dan Uruguay.
Bagaimanapun, skor Malaysia menurun dalam beberapa perkara seperti hak peribadi (66.22) dan akses kepada pendidikan tinggi (61.26), yang masing-masing merosot dari 69.46 dan 65.97 mata pada tahun lepas.
Secara umum, indeks itu menunjukkan hak peribadi dan keterangkuman adalah perkara yang menyaksikan penurunan di seluruh dunia.
Kira-kira 69% atau 116 dari 168 negara telah menyaksikan penurunan prestasi dalam hak individu sejak 2011, dengan penurunan ketara dari sudut hak peribadi (-5.90).
Hubungan antara kemampanan dan kemajuan sosial telah dimasukkan dalam indeks itu buat kali pertama tahun ini.
Dari sudut itu, indeks tersebut mendedahkan Costa Rica, Ghana, Jamaica dan Sweden mempunyai tahap pelepasan (gas) yang agak rendah berbanding negara lain selain turut mengatasi prestasi mereka sebelum ini dalam banyak aspek kemajuan sosial.
Ketua Pegawai Eksekutif SPI Michael Green berkata negara-negara dalam senarai indeks tidak perlu memilih antara menangani isu perubahan iklim dan meningkatkan kemajuan sosial.
“Terlalu banyak negara memilih untuk menggunakan model pembangunan yang tidak mampan, pada hal mereka tidak perlu melakukannya. Wujud model lain yang membolehkan kita mengimbangi keperluan manusia dan planet ini. Penyelesaiannya sudah ada,” katanya .
Indeks itu juga menunjukkan pandemik Covid-19 telah mengurangkan perjuangan dalam menentang ketidaksamaan.
“Daripada jurang pendidikan yang semakin melebar sehinggalah ketidaksetaraan kesihatan, kita melihat bagaimana populasi paling rentan di dunia menanggung beban akibat krisis dunia yang banyak berlaku, termasuk krisis iklim.
“Walaupun negara-negara ini berbeza dalam kedudukan mereka bagi usaha menuju kemampanan, kita semua mesti bekerjasama – baik kerajaan mahupun perniagaan – supaya kita boleh menghadapi isu global secara bersemuka sambil turut menumpukan perhatian pada hasil sosial, kesihatan dan ekonomi dari semasa ke semasa,” kata Sharon Thorne, pengerusi lembaga global Deloitte yang menyokong indeks tersebut.
Negara-negara yang mempunyai kemajuan sosial lebih tinggi juga didapati lebih berdaya tahan terhadap tekanan yang bukan berkait dengan kesihatan disebabkan pandemik.
Bagaimanapun, di 44 negara, akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti menjadi semakin tidak setara sepanjang tahun lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/malaysia-antara-60-negara-teratas-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Negara Islam Atau Negara Sekular

Malaysia Negara Islam Atau Negara Sekular

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 294 hits
Sampai ke hari ini 64 tahun selepas kita Merdeka rakyat Malaysia masih berbahas tentang isu ada ke Malaysia ini negara Islam atau negara sekular Tetapi mereka tidak paham apa itu negara sekular dan juga implikasinya terhadap orang Islam
Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

Bencana Banjir Pecah Tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Tidak Ada Kerjasama Antara Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 366 hits
1 Bencana Banjir pecahkan tembelang Kerajaan Keluarga Malaysia Sebenar tidak ada kerjasama sesama Menteri antara Menteri BN UMNO dengan Menteri PN 2 Malah Menteri dari PN PAS pun ikut senyap sunyi Walhal dua Menteri PAS jaga Alam Sekitar da...
5g Di Malaysia Dilema Antara Kelebihan Dan Kekurangan Entiti Tunggal

5g Di Malaysia Dilema Antara Kelebihan Dan Kekurangan Entiti Tunggal

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 394 hits
Persoalan sedang ditimbulkan sama ada pelancaran rangkaian 5G yang diterajui kerajaan sebuah entiti tunggal akan meletakkan syarikat telekomunikasi swasta pada kedudukan yang tidak menguntungkan Sementara DNB iaitu syarikat kenderaan tujuan...
Bukan Sahaja Memalukan Negara Tetapi Memalukan Rakyat Malaysia Keturunan Umno

Bukan Sahaja Memalukan Negara Tetapi Memalukan Rakyat Malaysia Keturunan Umno

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 233 hits
Yang ini aku setuju Tak sepatutnya hakim kata kes SRC ni sebagai memalukan negara Ringan sangat tu Kes ni bukan setakat memalukan negara bahkan menghina seluruh rakyat Malaysia terutama para penyokong UMNO Habis semuanya diperbodohkan begit...
Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

Malaysia Benar Benar Jadi Korup Jika Najib Kembali Pimpin Negara Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 374 hits
By December 6 2021TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa apabila Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak atau rakan rakannya memimpin kembali kerajaan pada masa depan mereka akan terus merosakkan semua orang dengan korupsi termasuk jentera...
Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 291 hits
satuberita myBy December 15 2021 Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir MohamadMALAYSIA akan kekal sebagai satu negara kleptokrasi sekiranya orang Melayu dan Bumiputera meneruskan sokongan mereka kepada parti UMNO kata bekas Perdana Menteri...
Antara Kpi Sepanjang Pemerintahan Ismail Sabri Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Antara Kpi Sepanjang Pemerintahan Ismail Sabri Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 348 hits
1 Barang Najib yang disita di kembalikan semula 2 Najib tidak dipenjarakan walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara 3 Kerajaan Ismail Sabri ada banduan nasional 4 Najib dapat pasportnya untuk keluar negara 5 Rosmah dapat paspo...
Saling Bersinar Ini Antara Selebriti Korea Yang Merupakan Adik Beradik

Saling Bersinar Ini Antara Selebriti Korea Yang Merupakan Adik Beradik

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 508 hits
Gen selebriti dalam pasangan adik beradik ini berjalan dengan baik dalam darah mereka Dalam industri beberapa selebriti Korea sering dianggap berkaitan atas sebab persamaan yang dimiliki mereka tetapi selebriti berikut merupakan adik beradi...
Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Blood Stained Journal Among Exhibits In Inquest Into Zara Qairina S Death

Tunku Azizah Has Never Offered Assistance Via Tiktok Pahang Palace

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Federal Court Maintains Oct 29 Hearing Date For Appeal Against Isa Samad S Acquittal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Packaging Marketing Material Cara Mudah Naikkan Imej Bisnes Anda

Customer Exp For Business Success

Roti Bakar Coklat Berkeju

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak

Asyraf Wajdi Syukur Universiti Al Quran Pertama Dunia Bakal Direalisasi Di Pahang

Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg