Saling Bersinar Ini Antara Selebriti Korea Yang Merupakan Adik Beradik


Gen selebriti dalam pasangan adik-beradik ini berjalan dengan baik dalam darah mereka!
Dalam industri, beberapa selebriti Korea sering dianggap berkaitan atas sebab persamaan yang dimiliki mereka, tetapi selebriti berikut merupakan adik-beradik sebenar, yang saling bersinar dalam kerjaya masing-masing!
Jessica Jung & Krystal f(x)
Ini adalah pasangan adik-beradik yang paling terkenal di kalangan peminat K-pop, bekas ahli GIRLS’ GENERATION Jessica (Jung Soo-yeon) dan Krystal (Jung Soo-jung) f(x). Jessica merupakan kakak kepada Krystal. Kedua-duanya telah direkrut oleh SM Entertainment semasa mereka sedang bercuti bersama keluarga pada tahun 2000. Seterusnya, Jessica menyertai agensi itu pada tahun yang sama, manakala Krystal mengikuti pada tahun kemudian.
Namun kini, Jessica merupakan artis solo dan juga sedang menguruskan bisnes fesyennya iaitu Blanc & Eclare dan berada di bawah agensi Coridel Entertainment. Manakala Krystal merupakan penyanyi dan aktif sebagai pelakon di bawah agensi H& Entertainment.
Gong Myung & Doyoung NCT
Pelakon Popular Gong Myung dan ahli kumpulan popular NCT iaitu Doyoung, merupakan adik beradik, yang turut dikenali ramai dalam dunia hiburan Korea! Gong Myung yang dilahirkan pada tahun 1994, merupakan abang kepada Doyoung, dengan perbezaan umur 2 tahun.
Mereka telah beberapa kali mempamerkan hubungan dekat abang dan adik melalui penggambaran bersama, di acara tahunan dan juga pernah muncul bersama di rancangan MBC ‘Point of Omniscient Interference’, di mana mereka menunjukkan kehidupan harian mereka sebagai adik-beradik.
Choi Soo-young SNSD & Choi Soo-jin
Pelakon dan ahli GIRLS’ GENERATION Soo-young ialah adik kepada pelakon muzikal terkenal Choi Soo-jin! Selain membintangi pelbagai drama muzikal, dia juga pernah dikhabarkan sebagai teman wanita Xiumin EXO, namun masih tiada apa-apa pengesahan sehingga kini.
Soo-young telah memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada 2002 dan menyertai GIRLS’ GENERATION pada 2007, dan dia kini seorang pelakon yang membintangi pelbagai drama popular seperti “Run On”, “So I Married an Anti-fan” dan banyak lagi.
Jeong-yeon TWICE & Gong Seung-yeon
Pelakon Gong Seung-yeon ialah kakak kepada Jeong-yeon TWICE. Ramai yang seringkali terkejut bahawa kedua-dua mereka adalah berkaitan, itu kerana Seung-yeon menukar nama keluarganya daripada Yoo kepada Gong sebagai nama pentasnya. Kedua-duanya hanya selang tiga tahun, dengan Seung-yeon dilahirkan pada 27 Februari 1993, dan Jeong-yeon pada 1 November 1996. Jarak umur yang rapat antara mereka berdua menjadikan mereka rapat antara satu sama lain.
Seung-yeon dan Jeong-yeon sering memberikan sokongan antara satu sama lain. Sebelum Jeong-yeon debut sebagai ahli TWICE, dan muncul dalam program Mnet ‘Sixteen’, Seung-yeon turut membuat penampilan istimewa untuk menyokong adiknya. Begitu juga dengan Jeong-yeon, ketika Seung-yeon sedang menjalani penggambaran filem “Handsome Guys’, dia telah menghantar trak kopi ke set penggambaran.
Lee Su-hyun & Lee Chan-hyuk (AKMU)
Pasti ramai tidak asing lagi dengan satu-satunya kumpulan duo adik-beradik di bawah YG Entertainment iaitu Akdong Musician atau AKMU, Lee Su-hyun dan Lee Chan-hyuk.
Abang Lee Chan-hyuk, mempunyai bakat istimewa sebagai komposer, instrumentalis, penyanyi, dan rapper. Dia juga menulis semua lagu untuk AKMU dan adik perempuan Lee Su-hyun, mempunyai daya tarikan yang disayangi yang diserlahkan oleh suaranya yang cantik dan jernih. Antara single keluaran mereka yang popular adalah “How Can I Love the Heartbreak, You’re the One I Love”, “NAKKA”, “Re-Bye” dan banyak lagi.
Sung-yeol INFINITE & Dae-yeol GOLDEN CHILD
Sung-yeol dari kumpulan INFINITE dan Dae-yeol ahli kumpulan GOLDEN CHILD juga merupakan adik-beradik! Kedua-dua mereka juga berada dalam satu agensi yang sama iaitu di Woolim Entertainment. Sung-yeol yang dilahirkan pada tahun 1991 merupakan abang kepada Dae-yeol, dengan perbezaan umur 2 tahun.
Sung-yeol memulakan debut pada tahun 2010 dengan kumpulan INFINITE, manakala Dae-yeol debut pada tahun 2017 dengan kumpulan GOLDEN CHILD.
Huening Kai TXT & Huening Bahiyyih KEP1ER
Huening Kai atau nama penuhnya Kai Kamal Huening, iaitu ahli termuda kumpulan TXT, di bawah agensi HYBE, merupakan abang kepada Huening Bahiyyih, iaitu ahli kumpulan baru yang akan datang iaitu KEP1ER, kumpulan yang ditubuhkan melalui program “Girls Planet 999”. Huening Kai dilahirkan pada tahun 2002, manakala Bahiyyih pada tahun 2004.
Sejurus kemunculan Huening Bahiyyih dalam program tersebut, ramai yang mengenalinya sebagai adik kepada Huening Kai, oleh kerana nama keluarga mereka yang sama dan unik. Di program tersebut, Huening Kai telah membuat penampilan khas secara dalam talian kepada adiknya, yang memberikan kata-kata semangat buat Bahiyyih untuk terus berjuang agar dia berjaya untuk debut. Ramai peminat yang menantikan interaksi antara mereka berdua bersama di mana-mana program.
Han Seung-woo VICTON & Han Sun-hwa
Bekas ahli kumpulan SECRET, Han Sun-hwa baru-baru ini dilihat membintangi drama “Work Later, Drink Now”.  Han Sun-hwa mempunyai adik lelaki 4 tahun muda daripadanya bernama Han Seung-woo, yang merupakan ahli kumpulan VICTON.
Dalam satu rancangan radio, Seung-woo telah menerangkan hubungannya dengan kakaknya, mengatakan bahawa mereka jarang bergaduh semasa membesar, dan dia sentiasa menjaganya. Mereka juga turut terlibat dalam penggambaran bersama untuk Majalah 1st Look, yang jelas menunjukkan keakraban mereka!
Kim Yoo-jung & Kim Yeon-jung
Pelakon remaja terkenal Kim Yoo-jung dan pelakon yang sedang meningkat naik Kim Yeon-jung sebenarnya adalah adik beradik! Kim Yeon-jung dilahirkan pada tahun 1996, merupakan kakak kepada Kim Yoo-jung yang lahir pada tahun 1999.
Khususnya, Yeon-jung telah muncul dalam pelbagai filem seperti “Train to Busan”, “Gate”, “A Resistance”, dan membintangi drama “Secret Crushes Special Edition”. Kim Yoo-jung bermula sebagai pelakon kanak-kanak, dan menjadi popular kerana lakonan cemerlangnya dalam “Moon Embracing the Sun”.
Chae-ryeong ITZY & Chae-yeon IZ*ONE
Chae-yeon dan Chae-ryeong, atau lebih dikenali sebagai duo adik-beradik ‘Chaesis’, adalah adik-beradik yang telah membuat sorotan dalam industri K-Pop, bukan sahaja dengan gerakan tarian mereka yang menakjubkan, tetapi juga dengan keakraban dan ikatan mereka. Chae-yeon, dilahirkan pada tahun 2000 adalah setahun lebih tua daripada adiknya Chae-ryeong. Kedua-duanya menyertai rancangan Pertunjukan Survival, “SIXTEEN”. Malangnya, pasangan ‘Chaesis’ kedua-duanya disingkirkan.
Kemudian, Chae-yeon memasuki program saingan “Produce 48” dan berjaya debut di kumpulan IZ*ONE selama 2 tahun. Chae-ryeong pula telah diumumkan oleh JYP sebagai salah seorang ahli kumpulan ITZY yang debut pada 2019. Kedua-dua mereka merupakan penari utama untuk kumpulan masing-masing.
Moon-bin ASTRO & Moon-sua BILLIE
Moon-bin dari kumpulan ASTRO dan Moon-sua dari kumpulan yang baru sahaja debut iaitu BILLIE, merupakan adik-beradik! Moon-bin yang dilahirkan pada tahun 1998, merupakan abang kepada Moon-sua dengan perbezaan umur setahun.
Mereka terkenal dengan hubungan yang saling menyokong dan baik antara satu sama lain, jadi tidak hairanlah Moon-bin memutuskan untuk menyokong adik perempuannya dengan membeli album debut BILLIE. Tetapi apa yang menggelitik peminat ialah, dia tidak hanya membeli album biasa, dia membelinya sebagai sebahagian daripada cabutan untuk memenangi slot panggilan video bersama BILIE. Sweet sangat!
Dara 2NE1 & Thunder MBLAQ
Adik lelaki bekas ahli 2NE1 Sandara Park, dengan perbezaan umur 6 tahun adalah Thunder (Park Sang-hyun) bekas ahli MBLAQ. Kedua-dua adik-beradik itu sering menyiarkan gambar bersama mereka berdua di media sosial, dan sering dilihat memuji dan menyokong antara satu sama lain. Kedua-duanya terkenal dengan penampilan cantik dan kacak mereka.
Pasangan adik-beradik mana yang korang rasa muka diorang memang sama?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/saling-bersinar-ini-antara-selebriti-korea-yang-merupakan-adik-beradik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ujian Paling Penting Csat Di Korea

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Ujian Paling Penting Csat Di Korea

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 301 hits
Pada 18 November yang lepas ada beberapa idola K pop yang telah terlibat dalam ujian CSAT Antaranya Do young TREASURE Do hwan dan Won CIIPHER Baek Ji heon FROMIS 9 Kang min VERIVERY So hee ROCKET PUNCH Chaerin ICHILLIN Min jae dan Huijun MC...
Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia Perjuangan Rozzana Berakhir

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 239 hits
Setelah hampir dua bulan ditidurkan di Hospital Myongji Korea Selatan akibat serangan asma seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat...
Hiburan Seludup Masuk Drama Squid Game Pelajar Dihukum Mati Di Korea Utara

Hiburan Seludup Masuk Drama Squid Game Pelajar Dihukum Mati Di Korea Utara

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 258 hits
Menurut laporan akhbar seorang pelajar Korea Utara telah dihukum mati oleh skuad penembak negara itu berikutan dia telah ditangkap menyeludup salinan digital siri drama Netflix popular Korea Selatan Squid Game Pelajar malang itu dipercaya t...
Ootd Ala Ala Korea Breakfast Lunch Today

Ootd Ala Ala Korea Breakfast Lunch Today

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum Hi orang Hari ni macam biasa la takde la busy mana pun tapi adal lah kerja hari ni bosses semua ada Board Meeting so kena la standby kalau bosses perlukan pape kan SA hari ni simple je ke office kita citer part ootd di hujun...
Korea Selatan Buka Kembali Sekolah Dengan Kapasitas Penuh Di Setiap Kelas

Korea Selatan Buka Kembali Sekolah Dengan Kapasitas Penuh Di Setiap Kelas

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 221 hits
Sebagai negara pertama di dunia di luar China yang menghadapi wabah Covid sekolah sekolah di Korea Selatan mengalami beberapa kami penutupan dan menerapkan pembelajaran jarak jauh
Cocok Untuk Tudm Korea Lakukan Segala Upaya Menawarkan Fa 50 Untuk Ma

Cocok Untuk Tudm Korea Lakukan Segala Upaya Menawarkan Fa 50 Untuk Ma

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 158 hits
Seperti kita ketahui perusahaan Korea Aerospace Industries melalui pesawat tempur ringannya FA 50 menjadi salah satu penawar untuk program pengadaan 18 Fighter Lead In Trainer Light Combat Aircraft untuk Angkatan Udara Kerajaan Malaysia Upa...
Begini Penampilan Fuji Adik Bibi Didandani Pakai Hijab Oleh Ria Ricis Cantik Banget

Begini Penampilan Fuji Adik Bibi Didandani Pakai Hijab Oleh Ria Ricis Cantik Banget

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 319 hits
Ria Ricis mengundang Fuji adik mendiang Bibi Ardiansyah ke rumahnya Di sana istri Teuku Ryan itu mengubah penampilan Fuji hingga tampil manglingi Fuji didandani menggunakan hijab dan membuat Ria Ricis tak henti memujinya cantik Intip potret...
5 Potret Cantik Putri Chris John Maria Luna Ferisha Yang Merupakan Atlet Wushu

5 Potret Cantik Putri Chris John Maria Luna Ferisha Yang Merupakan Atlet Wushu

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 216 hits
Atlet tinju legendaris Yohannes Christian atau Chris John memiliki seorang putri cantik yang nyaris tak pernah tersorot Namanya Maria Luna Ferisha Ia merupakan seorang atlet wushu loh Intip potretnya yuk
Cara Korea Selatan Lawan Covid 19

Cara Korea Selatan Lawan Covid 19

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 200 hits
KOREA Selatan secara tradisinya terkenal dalam pelbagai bidang termasuk pengindustrian hiburan makanan dan destinasi pelancongan Bagaimanapun mungkin masih ramai tidak mengetahui Korea Selatan merupakan salah satu negara di dunia yang telah...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris