Malaysia Alami Cuaca Panas Kering Hingga September


azrulhakimieTiada kawasan di negara terdedah dengan gelombang haba KUALA LUMPUR – Tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini, bagaimanapun negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Jabatan itu memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.
“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel hari ini mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.
Selain itu, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius (°C) selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40°C.
Jelasnya, 40.1°C adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.
“Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak,” menurut MetMalaysia.
Sementara itu, Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.
“Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa, yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari. Semasa Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40°C bergantung kepada kawasan. Malah, kita sudah mengalaminya sekarang,” katanya menerusi e-mel.
Beliau berkata ini adalah kejadian biasa disebabkan oleh pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat, membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia dan selepas itu, pusat perolakan dipertingkat ini disusuli oleh pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.
Beliau berkata ini bukanlah gelombang haba yang luar biasa kerana Madden-Julian Oscillation adalah fenomena berulang yang menyederhanakan suhu basah-kering di negara ini.
Seorang lagi pakar perubahan iklim, Dr Renard Siew berkata gelombang haba ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia berlaku setiap tahun dengan variasi.
“Kesan pulau haba bandar (kawasan bandar mengalami suhu lebih tinggi daripada kawasan luar bandar), juga satu lagi penyebab peningkatan suhu,” katanya.
Beliau berkata dari sudut pandang perubahan iklim, ia tidak banyak memberi kesan daripada perspektif pemanasan global, bagaimanapun ia juga menyebabkan inter variability of rainfall (kawasan yang biasanya mendapat jumlah air yang banyak tidak lagi mendapat taburan hujan yang banyak seperti dahulu).
Menurutnya, oleh kerana ia adalah kejadian biasa, gelombang haba ini perlu dipantau turun naik suhunya. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/malaysia-alami-cuaca-panas-kering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Lelaki Protes Pakai Skirt Kerana Cuaca Panas

Pelajar Lelaki Protes Pakai Skirt Kerana Cuaca Panas

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 440 hits
LONDON Sekumpulan pelajar lelaki yang dilarang memakai seluar pendek semasa gelombang panas melanda Eropah telah melakukan tunjuk perasaan dengan memakai skirt Dailymail melaporkan Adrian Copp 15 mengetuai rakan rakannya di Sekolah Poltair ...
Malaysia Diramal Cecah 24 000 Kes Covid 19 Sehari Pada September Ini

Malaysia Diramal Cecah 24 000 Kes Covid 19 Sehari Pada September Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 375 hits
July 16 2021 Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid 19 pada pertengahan September dengan 24 000 kes positif sehari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan unjuran kadar kebolehjang...
5775 Sumbangan Sokongan Ngo Tanda Kasih Sayang Sesama Rakyat Malaysia Harian Metro 07 07 2021

5775 Sumbangan Sokongan Ngo Tanda Kasih Sayang Sesama Rakyat Malaysia Harian Metro 07 07 2021

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 342 hits
Kuala Lumpur Wujudnya Pertubuhan Bukan Kerajaan bukan sekadar membantu kerajaan tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang golongan memerlukan dan menyokong mereka khususnya ketika tempoh sukar pandemik Covid 19 Sejak wabak itu me...
8 868 Covid 19 Cases Malaysia Breaches The 800 000 Mark

8 868 Covid 19 Cases Malaysia Breaches The 800 000 Mark

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 319 hits
PETALING JAYA The health ministry has reported 8 868 Covid 19 cases in the past 24 hours the highest ever since the 9 020 cases on May 29 In a tweet health director general Dr Noor Hisham Abdullah said the total number of infections has now...
Infografis Hal Perlu Dilakukan Jika Tubuh Alami Reaksi Usai Vaksin

Infografis Hal Perlu Dilakukan Jika Tubuh Alami Reaksi Usai Vaksin

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 339 hits
Setelah melakukan vaksinasi beberapa orang biasanya akan merasakan efek samping yang berbeda beda
Jokowi Sebut Kasus Covid 19 Alami Tren Penurunan Selama Ppkm Darurat

Jokowi Sebut Kasus Covid 19 Alami Tren Penurunan Selama Ppkm Darurat

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 272 hits
Hanya saja kata Jokowi masa perbaikan ini mesti tetap didukung lewat kehati hatian masyarakat dalam menjalankan protokol kesehatan Covid 19 Terlebih dalam menyikapi munculnya varian delta yang terdeteksi sangat menular
6 Cara Mengatasi Sakit Gigi Dengan Bahan Alami Nggak Senut Senut Lagi

6 Cara Mengatasi Sakit Gigi Dengan Bahan Alami Nggak Senut Senut Lagi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 211 hits
Setidaknya bisa meredam nyut nyutannya sakit gigi sebelum beli obat di apotek
6 Cara Meningkatkan Saturasi Oksigen Pada Pasien Covid 19 Secara Alami

6 Cara Meningkatkan Saturasi Oksigen Pada Pasien Covid 19 Secara Alami

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 359 hits
Sementara tabung oksigen lagi susah dicari praktikkan cara cara alami berikut ini
15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 1053 hits
15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Salam semua aiskrim Malaysia adalah antara aiskrim yang paling popular dulu dulu Aiskrim yang letak dalam plastik panjang ini antara yang termurah dah nak beli Dulu dulu jiran se...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Encourage Siblings To Play Together Nicely

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up