15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba


15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba | Salam semua, aiskrim Malaysia adalah antara aiskrim yang paling popular dulu - dulu. Aiskrim yang letak dalam plastik panjang ini antara yang termurah dah nak beli. Dulu - dulu, jiran sebelah rumah sis jual 10 sen satu. Sekarang nak cari 10 sen sebatang memang tak lah ya. Harga aiskrim Malaysia sekarang macam mahal la sikit kan. Zaman kanak - kanak sis penuh dengan memori makan aiskrim Malaysia. 




Biasa mak sis rajin buat, kalau ada lebihan bubur kacang pun letak dalam plastik aiskrim. Kalau rajin lagi buat aiskrim sirap, asam boi. Tak banyak perisa sangat dulu - dulu. Sekarang, dah pelbagai perisa, macam - macam ada. Aiskrim Malaysia sekarang pun banyak dah hipster. Kreatif orang Malaysia ni. Tak terfikir dek akal bila tengok dah macam - macam jenis aiskrim Malaysia. 


15 Resepi Aiskrim Malaysia Viral, Sedap Dan Mudah Yang Perlu Anda Cuba  Ikutkan memang ramai sangat dah bisnes aiskrim Malaysia kan. Dari buat makan sendiri dah ramai yang berjinak untuk buat bisnes. Nak buat aiskrim Malaysia tak ada lah susah mana, cuma kena lebihkan masa sikit kat dapur, biasalah kerja - kerja nak tuangkan air dalam plastik aiskrim nak menyimpul lagi. 
Kali ini sis nak kongsi dengan korang semua 15 resepi aiskrim Malaysia dari yang viral hingga lah aiskrim yang pernah popular dulu - dulu. Cuma untuk plastik aiskrim tu ikut korang nak guna yang mana sebab ia banyak saiz kan. Yang mana rasa sukatan untuk bahan - bahan tu sikit, boleh tambah nak bagi banyak. 
1. Resepi Aiskrim Malaysia Milo 
Bahan - Bahan Air
Milo
Susu cair
Susu pekat
Coklat taburPlastik aiskrim
Cara - Cara 
1. Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin memerlukan air panas untuk membancuhnya. 2. Selepas selesai bancuhan tadi, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim bersama coklat tabur. Kalau tak coklat tabur cair. 3. Simpul pada penghujung plastik. Letakkan di dalam freezer dan makan bila dah sejuk

Kredit : Imah Apit Geng Suka Masak & Makan Sedap2. Resepi Aiskrim Malaysia Solero
Untuk Ais Limau 
Bahan-Bahan:
1.5 liter air
Gula (Sesedap rasa)
Serbuk limau nipis atau pati limau nipis (Sesedap rasa)
Pewarna hijau (gelap sikit cantik)
2 sudu tepung jagung
Cara Penyediaan
1. Kacau semua bahan hingga larut.
2. Kemudian masak hingga mendidih.
3. Sejukkan

Untuk Susu Perisa Vanilla 
Bahan-Bahan
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 sdb ovallete
1 sdb esen vanilla
Gula (Sesedap rasa. Tak perlu banyak sebab susu pekat dah manis)
2 cawan kecil air
2 sdb tepung jagung
Cara Penyediaan
1. Kacau semua bahan sehingga larut.
2. Masak hingga mendidih.
3. Sejukkan.
4. Kemudian apabila semua bahan dah siap. Boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim.
5. Masukkan yang perisa vanilla separuh terlebih dahulu dan kemudian baru masukkan yang perisa limau.
6. Setelah semua siap dimasukkan ke dalam plastik. Basuh dahulu semua aiskrim tu agar tiada air manis yang melekat.
7. Masukkan dalam peti ais semalam.
8. Siap
Kredit : https://dailymakan.com/resepi-aiskrim-solero-malaysia/30255/3. Resepi Aiskrim Malaysia Oreo
Bahan - Bahan  1 tin susu sejat dan 1 tin susu pekat 5 tin air 1 penutup esen vanila 3 sudu tepung jagung 5 sudu besar gula 5 sudu besar krimerBiskut oreo secukupnya Plastik aiskrim secukupnya 
Cara - Cara 1. Masukkan ke semua bahan - bahan ke dalam periuk kecuali biskut oreo. Hidupkan api dapur. Kacau selalu hingga mendidih. 2. Setelah mendidih tutup api. Sediakan jug dan tapis bahan yang dah dimasak tadi. Kena tapis untuk elak ada ketulan - ketulan yang tak larut. 3. Biarkan sejuk sepenuhnya. 4. Sementara itu, pecahkan biskut oreo. Tak payah hancur sangat. 5. Masukkan biskut oreo tadi ke dalam plastik aiskrim. 6. Tuangkan ke dalam plastik aiskrim yang ada biskut oreo
7. Akhir sekali simpul dengan kemas hujungnya. 8. Simpan dalam peti sejuk semalaman. 
Kredit : https://my-resepi.com/cara-untuk-membuat-aiskrim-malaysia-perasa-oreo-yang-lembut-gebu-dan-enak-anak-anak-pasti-berebut
4. Resepi Aiskrim Malaysia Magnum
Bahan - Bahan Untuk Aiskrim Vanilla
200ml whipping cream1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat (kemanisan ikut citarasa sendiri)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil glycerin ( kalau letak aiskrim jadi gebu, tak keras macam ais batu )

Untuk Coklat
250g coklat compound coin / bar

Cara Penyediaan Untuk Aiskrim Vanilla

1. Pukul semua bahan aiskrim vanilla dalam 5 minit sampai nampak kembang
2. Jangan lama sangat pukul, takut whipping rosak jadi berketul nanti
3. Agak sebati, kembang sikit. Ketepikan sekejap.

Cara Penyediaan Untuk Coklat
1. Masukkan 11 keping coin dalam plastik. Buat kaedah double boiling untuk cairkan coklat
 
Cara Masukkan dalam Plastik Aiskrim
1. Masukkan coklat cair terlebih dahulu.
2. Amik kad atau apa apa yang boleh ratakan coklat dalam plastik aiskrim.
3. Masukkan aiskrim vanilla tadi, ikat dan bekukan 6 jam atau semalaman

  Kredit : Norhafizah Bab Hashim MAHN
5. Resepi Aiskrim Malaysia Asam Boi
Bahan - Bahan 
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 asam boi
Sedikit perahan limau kasturi
Sedikit tepung jagung

Cara - Cara 
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi
2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam.
4. Sejukkan
5. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
6. Tapiskan air. Ketepikan asam boi. 7. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat.
8. Bekukan semalaman.

Kredit: Ida Alina Salleh Via MAHNKredit : https://dailymakan.com/resepi-ais-krim-asam-boi-legend-yang-terbaik/29836/6. Resepi Aiskrim Malaysia Cheese
Bahan - Bahan 1 tin susu cair
1 tin susu pekat (boleh guna 1/2 tin saja)
3 tin air
3 sudu gula (tak suka manis boleh kurangkan)
2 - 3 sudu tepung jagung
50 gm tatura cream cheese
Secubit garam
Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag)
Cara - Cara 
1. Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana
2) Bila dah mendidih, masukkan cheese.
3) Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan. 
Kredit : Bintu Zain MAHN
7. Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Nestum 
Bahan - Bahan 
2.5 liter air
2 tin susu pekat ikut kemanisan yang sesuai
1 tin susu cair
Sedikit garam
7 sudu tepung ubi dibancuh asing (ambil air dari 2.5 liter tu)
2 helai daun pandan..
Nestum secukupnyaBijirin berwarna sebagai hiasan
Cara - Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali nestum, bijirin berwarna dan tepung ubi.
2. Kacau sebati, kemudian boleh buka api dan masukkan tepung ubi. Sentiasa kena kacau ya.
3. Takut tepung ubi berketul nanti.
4. Masak sampai mendidih.
5. Tunggu bancuhan suam atau sejuk.
6. Masukkan nestum dan bijirin yang berwarna ke dalam plastik aiskrim..
7. Kemudian boleh lah masukkan bancuhan susu
8. Simpulkan dan sejukkan dalam peti ais

Kredit : Che Enon Aiskrim MAHN
8. Resepi Aiskrim Malaysia Blue Dynamite
Bahan - Bahan 1 tin susu cair.*
1 tin susu pekat manis.*
4 tin air.*
1/2 sudu kecil garam.*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat. (Di bancuh dgn air dahulu.)
Pewarna makanan (biru)
Gula - gula  dynamite secukupnya.
Cara - Cara 
1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan kacau bagi sebati.
2. Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3. Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4. Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5. Kacau bagi sebati dan mendidih.
6. Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu dan tapis ke dalam jug.
7. Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8. Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap

Kredit : Che Marlyah Ina Saad MAHN  

9. Resepi Aiskrim Malaysia Choki Choki
Bahan - Bahan 
2 sudu besar tepung jagung + Sedikit air sejuk. ( bancuhkan terlebih dahulu _1 cawan susu segar / susu cair*
2/3 cawan susu pekat*
4 cawan air*
1 sudu kecil esen vanila*
Secubit garam*
Cara - Cara 
1. Dalam periuk, panaskan  ke semua bahan yang bertanda *. Selalu kacau campuran.
2. Masukkan agen pemekat.
3. Apabila sudah mendidih, tutup api. Dan biarkan sejuk.
4. Sementara itu,  boleh masukkan satu  Choki-Choki dalam plastik aiskrim
5. Bila susu dah sejuk, boleh masukkan dalam plastik. Biarkan membeku dalam freezer

Kredit : Hajar Binti Md Said MAHN
10. Resepi Aiskrim Malaysia Jagung
Bahan - Bahan 
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 tin jagung ayam brand
1/3 botol perisa jagung jenama double lion
Pewarna kuning secukupnya
Cara - Cara 
1. Masak kejap atas dapur bahan - bahan di atas. Bila dah masak, sejukkan sekejap. 2. Kemudian dah boleh isi dalam plastik aiskrim

Nota : 1. Kalau suka kurang manis, boleh letak 5 tin air.
2. Kalau suka jagung banyak, boleh letak 1 tin jagung

Kredit : Noor Mazwin MAHN
11. Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Jelly
Bahan - Bahan 1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
3 paket sumi jelly
Secubit garam
Cara- Cara 
1. Masak susu dan air sehingga mendidih dan sejukkan
2. Pecahkan sumi dan masukkan dalam plastik aiskrim3. Kemudian tuang susu tadi. Simpulkan 4. Dah siap, simpan dalam peti beku

Kredit : Majalah Resepi Online Facebook
12. Resepi Aiskrim Malaysia Unicorn  / Paddle Pop /  Pelangi Guna Serbuk Dadih 
Bahan - Bahan Plastik aiskrim saiz 12Serbuk dadih perisa vanila3 sudu besar gula pasirPewarna pilihan Corong 
Cara - Cara1. Masak dadih terlebih dahulu. Boleh ikut resepi di belakang pek cuma tambah 3 sudu besar gula pasir
2. Dadih dah siap masak, asingkan ke dalam mangkuk untuk letak pewarna pilihan
3. Dadih ini perlu dalam separa beku + / - 1/2 jam
4. Bila dah separa beku, boleh cedok dadih yang pelbagai warna tadi, masuk dalam mangkuk kecil dan  isi dalam corong untuk mudahkan masuk ke dalam plastik aiskrim
5. Boleh sejukkan dalam peti beku

Nota : Pilihan warna tak perlu gelap - gelap untuk elak aiskrim nampak lebam bila dah beku. 
Kredit : Aien Yuss MAHNKredit : https://www.mingguanwanita.my/cara-mudah-buat-aiskrim-malaysia-paddle-pop-sedap-guna-serbuk-dadih-1/
13. Resepi Aiskrim Malaysia Perisa Oren Sunquick Ala Vitagen
Bahan - Bahan 2 liter air panas
3 senduk kecil kordial oren
1/2 tin susu pekat manis
Plastik aiskrim secukupnya 
Cara - Cara 1. Masak air panas di dalam cerek atau heater. Kemudian tuangkan ke dalam jug. Masukkan separuh tin susu pekat manis. Kacau rata
2. Masukkan 3 senduk kecil kordial oren dan kacau rata. Sejukkan bancuhan. 3. Setelah bancuhan sejuk dan sebelum dituang ke dalam plastik, kacau dahulu seketika. 4. Kemudian bolehlah dituang, ikat dan simpan semalaman di peti beku.
5. Siap, untuk dimakan. Selamat mencuba.
Kredit : Nur Azliani Amer Cookpad
14. Resepi Aiskrim Malaysia Sirap Bandung Laici Bersoda
Bahan - Bahan 1 cawan aiskrim soda 1/2 cawan sirap 1/2 cawan dairy whipping cream 1/2 cawan susu sejat/cair 1/2 cawan air sirap laici (dalam tin)Plastik aiskrim secukupnya
Untuk hiasan: 1/2 cawan buah laici dalam tin 
Cara - Cara 1. Whipping cream dipukul sampai berbuih
2. Kemudian masukkan sirap dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan sirap laici, susu cair dan kacau hingga rata. 4. Masukkan aiskrim soda dan kacau lagi hingga sebati
5. Pindahkan masuk dalam jug dan ketepikan sekejap
6. Untuk buah laici dipotong kasar nak bagi senang masuk dalam plastik aiskrim
7. Masukkan laici dalam plastik aiskrim, kemudian tuangkan campuran air dalam jug tadi
8. Simpul dengan kemas dan simpan dalam peti beku

Kredit : Sarah Pinkroses Youtube 
15. Resepi Aiskrim Malaysia Coral Blue Ocean
Bahan - Bahan  Laici tin (asingkan buah)
Pewarna biru 7 ke 8 titik
2 cawan gula atau secukup rasa
4 liter air
1/2 cawan kordial laici 
2 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2  cawan air.
*Buah laici
*Biji selasihPlastik aiskrim secukupnya 
Cara - Cara 
1. Masak semua bahan di atas. Kecuali bahan tanda *. 2. Tepung jagung masukkan selepas bahan sudah mendidih, kacau dan tutup api.
3. Buah Laici koyakkan untuk dapat bentuk kecil.
4. Selasih rendam setengah jam sebelum buat aiskrim.
5. Apabila air sudah suam boleh buat aiskrim dengan masukan selasih satu sudu dan laici yang di koyak. Laici juga boleh ganti dengan sumi untuk lebih cantik

Kredit : Suhaini Harun MAHN
Cara Mudah Ikat Aiskrim Malaysia Guna Tali Untuk cara ikat aiskrim Malaysia, sis perhatikan pelbagai kaedah yang boleh diguna nak simpul plastik aiskrim. Kaedah yang paling mudah guna tali. Tapi yang paling popular orang guna tali rafia tu. Entah lah tali lain macam mana. 
Nak tulis cara - cara tu, rasanya tengok video lagi jelas. Korang boleh tonton video di bawah ya.  
Itu lah saja ke semua 15 resepi aiskrim Malaysia yang korang boleh cuba nanti. Kebanyakan resepi ada letak tepung jagung untuk tekstur lebih halus dan gebu. 


Baca Juga : 
1. Senarai 11 Resepi Air Balang Viral Dan Paling Laris

2. Cara Buat Sendiri Aiskrim Potong Kacang Merah Di Rumah
3. Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2021/07/resepi-aiskrim-malaysia-viral-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 269 hits
Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Mudah dan SedapBahan bahanTerung 20 ekor ikan bilis goreng garing3 sudu besar cili kering kisar2 ulas bawang merah kecil 2 ulas bawang putih Sedikit belacan Garam dan serbuk perasaCara Masak Sambal Terung Ika...
Memasak Resepi Daging Masak Halia Yang Mudah Dan Sedap

Memasak Resepi Daging Masak Halia Yang Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 327 hits
Daging masak halia Chinese style Masakan yang simple tapi padu oi Resepi campak campak orang panggil Daging potong nipis nipis Jangan tebal sangat Sebelum digoreng kita perapkan dulu Bahan perapan sedikit lada hitam kicap manis sos tiram gu...
Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah Dan Sedap

Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 299 hits
Resepi Gulai Lemak Udang Cili Padi Mudah dan SedapBahan bahanSetengah kilo udang Sekotak santan Sayur kacang panjang 2 batang serai Kunyit hidup 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili padi Asam kepingGaramCara Masak Gulai Lemak...
Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan Sedap Dan Mudah

Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 453 hits
Resepi Sayur kangkung Goreng Belacan Sedap dan MudahBahan bahanSayur kangkung seikat 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 6 biji cili padi Beberapa ekor ikan bilis Sedikit belacan Garam dan minyak masakCara Masak Sayur kangkung Goreng Be...
Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral

Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum hai semua Lama dah Kak Sue teringin nak minum dan cuba Resepi Cha Bang Ang Desert Thai Viral nie tau Teringin pula nampak lalu lalang dekat social media sedapnya kalau minum dalam cuaca panas kan Jadi Kakak pun ajak Kak Sue ...
Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

Resipi Anchor S Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 470 hits
Resipi Anchor s Chocolate Cheese Bomb Mudah Sedap Dan Guna 4 Bahan Sahaja Assalamualaikum semua Sejak kena duduk di rumah ni tekak asyik nak makan je Ye la jarak nak ke dapur dekat sangat Lagipun takde roadblock kan dalam rumah Apa lagi seh...
3 Resepi Murtabak Maggi Sedap

3 Resepi Murtabak Maggi Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 349 hits
Resepi Murtabak Maggi Murtabak memang hidangan yang cukup popular di gerai gerai penjaja makanan ataupun di bazaar Ramadan di serata negara kita Sensasi keenakan murtabak memang dapat memikat selera sehingga ramai yang sanggup beratur panja...
Chocojar Viral Paling Sedap Dan Lazat Pastinya Chocoleleh By Mamahelina

Chocojar Viral Paling Sedap Dan Lazat Pastinya Chocoleleh By Mamahelina

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 483 hits
Chocoleleh By Mamahelina Chocojar Viral Paling Sedap Dan Lazat Baru baru ni KakYa ada try satu produk viral yang menjadi kesukaan ramai sekarang ni iaitu Chocojar Korang biasa makan Chocojar Kali ni KakYa nak kenalkan kat korang chocojar ya...
Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap

Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 292 hits
Resepi Megi Goreng Simple Tapi Nyumm Nyumm Sedap Kemahennn tajuk aku kali ni ye Siap ada nyumm nyumm tu Haha Alah sekali sekala nak bertajuk hepi hepi camni kan Hiks Ok kali ni nak share Resepi Megi Goreng Simple Memang simple je aku buat k...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte