5775 Sumbangan Sokongan Ngo Tanda Kasih Sayang Sesama Rakyat Malaysia Harian Metro 07 07 2021


 

Kuala Lumpur: Wujudnya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bukan sekadar membantu kerajaan, tetapi lebih utamanya adalah menjadi tulang belakang golongan memerlukan dan menyokong mereka khususnya ketika tempoh sukar pandemik Covid-19.
Sejak wabak itu melanda negara setahun lalu, sekurang-kurangnya RM10 juta sudah dibelanjakan beberapa NGO dalam bentuk barang keperluan dan pek makanan, untuk menolong rakyat kesusahan yang sehingga kini memanfaatkan ribuan isi rumah di seluruh negara.
Bahkan, rakyat melihat usaha itu sebagai bukti kasih sayang antara rakyat Malaysia yang sangat utuh ketika negara menghadapi musibah.
Ketua Aktivis Kemanusiaan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Araby Alkahery berkata, kira-kira RM6 juta sudah dibelanjakan dan pihaknya menggunakan sistem i-Ummah untuk mengesan keluarga memerlukan serta melakukan penghantaran.
"Kita ada pusat pengumpulan data asnaf yang merekodkan maklumat terkini rakyat memerlukan daripada kategori T20, M40 tetapi menjadi B40 ketika tempoh pandemik ini.
"Seperti NGO lain, kita juga bekerjasama dengan pihak Zakat, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta masjid dan jawatankuasa kampung," katanya di sini.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerusi platform Sumbangan.com sudah membantu lebih 100,000 keluarga dengan jumlah bantuan bernilai RM2 juta.
Antara kotak mengandungi barangan bantuan kepada orang ramai yang dikendalikan MAPIM.
Katanya, inisiatif dilakukan dengan kerjasama masyarakat dan syarikat korporat yang mahu membantu.
"Platform ini kita jayakan semata-mata untuk membantu rakyat yang terjejas sejak PKP 1.0 lagi. Alhamdulillah, ia menampakkan hasil," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsaan (PPJK), Mohammad Hisham Shafie berkata, pihaknya aktif menyampaikan pek makanan yang hingga kini sudah mencapai lebih RM300,000.
Menurutnya, bantuan itu disediakan dengan kerjasama syarikat korporat dan dermawan.
Bagi Presiden Amal Ehsan Care (AEC) Kelana, Putra Muhamad, kesusahan dialami rakyat mendorong pihaknya mengaktifkan bantuan keperluan asas yang bernilai lebih RM230,000 setakat ini.
Turut sama adalah NGO, Laskar Siber Malaysia yang menggerakkan 50 sukarelawannya untuk menyantuni keluarga miskin bagi menyerahkan bantuan bernilai keseluruhan RM70,000.
Dalam pada itu pemerhatian wartawan di beberapa platform media sosial mendapati, usaha membantu rakyat oleh NGO menerima pujian warganet malah, ada antaranya terdorong untuk menghulur bantuan meskipun sekadar menjadi tempat meluah nasib.
Rata-rata mereka yang terkesan pula mengucap kesyukuran atas pertolongan itu yang hadir ketika mereka bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Artikel oleh: Harian Metro
SUMBANGAN, SOKONGAN NGO TANDA KASIH SAYANG SESAMA RAKYAT MALAYSIA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/727581/sumbangan-sokongan-ngo-tanda-kasih-sayang-sesama-rakyat-malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/07/5775-sumbangan-sokongan-ngo-tanda-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5781 Ppim Guna Tiktok Nasihat Pengguna Harian Metro 12 07 2021

5781 Ppim Guna Tiktok Nasihat Pengguna Harian Metro 12 07 2021

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 294 hits
Kuala Lumpur Persatuan Pengguna Islam Malaysia menjadikan aplikasi TikTok sebagai medium terbaru memberi kesedaran kepada pengguna di seluruh negara Sejak seminggu lalu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan beraksi di aplikasi itu dalam men...
Awani Borneo 08 07 2021 Demi Mandat Rakyat Kekal Sokongan Runding Dengan Pembekal

Awani Borneo 08 07 2021 Demi Mandat Rakyat Kekal Sokongan Runding Dengan Pembekal

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 331 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 8 Julai 2021 UMNO Sabah kekal bersama GRS GRS dan GPS mampu bertahan walaupun pergolakan politik Semenanjung Dr Arn
5788 Beri Keadilan Kepada Bella Ppim Harian Metro 13 07 2021

5788 Beri Keadilan Kepada Bella Ppim Harian Metro 13 07 2021

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 273 hits
Kuala Lumpur Tahan dan dakwa segera pelaku untuk beri pengajaran kepada orang lain Itu gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada pihak berkuasa untuk memberi keadilan kepada Bella yang dipercayai didera di sebuah pusat jagaan di ibu n...
Kenyataan Akhbar Kpk 1 Julai 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

Kenyataan Akhbar Kpk 1 Julai 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 265 hits
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT nbsp nbsp CORONAVIRUS 2019 DI MALAYSIA nbsp 1 JULAI nbsp 2021 nbsp Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan status terkini kes COVID 19 di Malaysia sehingga nbsp 1 Julai nbsp 2021 ja
June 2021 The Month Covid 19 Ravaged Malaysia Despite Lockdown

June 2021 The Month Covid 19 Ravaged Malaysia Despite Lockdown

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 326 hits
The month of June saw the highest number of people dying due to Covid 19 despite strict lockdown measures imposed since June 1 This month alone 2 374 deaths were attributed to Covid 19 which is nearly double the number of deaths in May On a...
5760 Tak Boleh Lari Dari Ah Long Antara Sebab Bunuh Diri Malaysia Post 30 06 2021

5760 Tak Boleh Lari Dari Ah Long Antara Sebab Bunuh Diri Malaysia Post 30 06 2021

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 363 hits
DULU tak boleh bayar ah long boleh lari sekarang masalah lagi bertambah sebab kena berkurung kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Beliau mengakui situasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan antara faktor me...
Tidak Perlu Merayu Tidak Perlu Malu Rakyat Malaysia Lancar Kempenbenderaputih

Tidak Perlu Merayu Tidak Perlu Malu Rakyat Malaysia Lancar Kempenbenderaputih

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 196 hits
Asyraf RoslanJun29 2021 Kebanyakan yang menyertai kempen menyatakan rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga Foto Twitter saidussyahiran KUALA LUMPUR ...
Ngo Kebajikan Banyak Membantu Rakyat Malaysia

Pakw Calculator

Remaja Malaysia Dipenjara Seumur Hidup Di Uk Taksub Alat Penukul Dan Pembunuhan

Using Predictive Analytics To Enhance Forex Market Timing For Malaysian Traders

Got Back Pain Time To Straighten Up

Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Speed Read The New Royal Enfield Bear 650 Scrambler And More

Tips Memasak Sayur Supaya Lebih Sedap Dan Berkhasiat


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Petua Tradisional Kawal Kolestrol Dan Kencing Manis Dengan Minum Air Rebusan Daun Pandan

7 Sunnah Bayi Baru Lahir Hingga Usia 7 Hari

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz