Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif As


Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif AS
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) — Malaysia akan memperkenalkan tiga tindakan susulan utama iaitu program jangkauan pengeksport, pembaharuan kawal selia dan inisiatif pemetaan rantaian bekalan di seluruh negara.
Ini berikutan perjanjian rundingan semula tarif baru-baru ini dengan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan pengurangan tarif ke atas barangan Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perjanjian yang berkuat kuasa pada 1 Ogos itu dicapai selepas “beberapa bulan rundingan yang intensif tetapi teliti serta sistematik” tanpa Malaysia berkompromi terhadap “garisan merah” dalam bidang-bidang utama.
“Paling penting, kita berjaya mencapai perjanjian ini tanpa berkompromi terhadap garisan merah kita dalam bidang-bidang utama,” katanya dalam ucaptama beliau di Majlis Anugerah The Edge Malaysia Centurion Club 2025 di sini pada hari ini.
Tengku Zafrul berkata, garisan merah itu merangkumi had-had ekuiti asing dalam sektor strategik, perlindungan undang-undang dalam syarikat digital, piawaian halal dan pelbagai bidang lain.
Tetapi, perkara utama ialah pakej rundingan itu merupakan tawaran menyeluruh negara – bukan hanya daripada pihak kerajaan, tetapi melibatkan semua pihak – dengan banyak syarikat yang turut menyumbang kepada usaha berkenaan, tambahnya.
Dengan perjanjian tarif yang telah berkuat kuasa itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan kini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama, bermula dengan program jangkauan bagi menyokong pemain industri dan pengeksport.
“Ada antara anda di dalam dewan ini mungkin terkesan, namun sekali lagi kita akan melibatkan keseluruhan ekosistem pengeksport – bukan hanya syarikat multinasional, tetapi juga semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyokong pengeksport utama,” katanya.
Beliau berkata perkara kedua ialah kerajaan berhasrat untuk mempercepatkan pembaharuan industri dengan mengurangkan kerenah birokrasi serta menyemak semula peraturan bagi menghapuskan pertindihan, peruntukan yang lapuk dan proses yang tidak relevan.
“Yang ketiga, kita perlu memperkukuh daya tahan rantaian bekalan kita dengan memperkasakan peranan industri tertentu dalam rantaian bekalan global,” katanya.
Beliau berkata, Malaysia sedang mencapai kemajuan yang baik dalam projek pemetaan rantaian bekalan yang bertujuan untuk mengenal pasti setiap pemain yang terlibat dalam aktiviti ekonomi bagi sektor-sektor industri utama.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, syarikat-syarikat peringkat pertengahan Malaysia – yang ditakrifkan sebagai syarikat tersenarai dengan permodalan pasaran antara RM100 juta hingga RM1 bilion – kekal penting kepada aspirasi pertumbuhan negara di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
“Bagi saya dan kementerian, anugerah seperti Centurion ini dilihat sebagai salah satu sumbangan sektor swasta kepada perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, mampan dan berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Malaysia Akan Perkenal Tiga Tindakan Susulan Utama Dalam Mendepani Pascatarif AS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/05/malaysia-akan-perkenal-tiga-tindakan-susulan-utama-dalam-mendepani-pascatarif-as/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uktech Perkenal Tiga Produk Teknologi Praktikal Sempena Hari Merdeka

Uktech Perkenal Tiga Produk Teknologi Praktikal Sempena Hari Merdeka

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 166 hits
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 68 jenama inovatif CUKTECH memperkenalkan tiga produk terbarunya iaitu CUKTECH 10 Mini Power Bank CUKTECH 6 Kabel Pengecas OLED Magnetik dan CUKTECH CP Kipas Mini Outdoor direka untuk memenuhi keperluan ...
Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

Kfc Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 214 hits
KFC Malaysia Perkenal Hidangan Perkongsian Terhebat Bucket Berbaloi Koleksi Kepcibara Blind Box Berita baik untuk semua penggemar ayam goreng Bulan Julai ini KFC Malaysia mengajak penggemar ayam goreng ahli keluarga dan peminat plushies unt...
Raise The Star Malaysia Keputusan Separuh Akhir Persembahan Live

Raise The Star Malaysia Keputusan Separuh Akhir Persembahan Live

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 236 hits
Pertandingan nyanyian paling hangat Raise The Star Malaysia kini memasuki fasa separuh akhir yang penuh debaran Disiarkan secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam episod minggu ini menyaksikan para peserta berentap habis habisan untuk m...
Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

Ustaz Firdaus Firabib Bantu 39 Jemaah Terkandas Di Jeddah Pulang Ke Malaysia Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Seramai 39 jemaah umrah termasuk seorang mutawif yang terkandas di Jeddah Arab Saudi dijadualkan pulang ke tanah air malam ini selepas usaha bantuan segera dilakukan oleh beberapa pihak Perkara itu disahkan oleh Mohd Firdaus Ma...
Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

Content Forum Jadi Organisasi Pertama Malaysia Sertai Program Priority Flagger Google

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 166 hits
Google mengumumkan bahawa Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjadi organisasi pertama di negara ini menyertai Program Priority Flagger satu inisiatif global bagi memperkukuh keselamatan digital di platform Google dan YouTu...
Kebodohan Tidak Bertebing Jangan Biarkan Peristiwa Dr Morsi Di Mesir Terjadi Di Malaysia

Kebodohan Tidak Bertebing Jangan Biarkan Peristiwa Dr Morsi Di Mesir Terjadi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/7/2025 - jumlah : 138 hits
Kapt Mohd Asri Abdul KhalekKETIKA seramai 31 juta rakyat Mesir memilih Presiden Muhammad Morsi rahimahullah sebagai pemimpin mereka saya berada di Mesir Saya melihat segalanya dari dekat Sejak hari pertama satu gelombang kritikan ganas pun ...
Redline Fitness Games By Nissan Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10 000 Peserta Dan Penonton

Redline Fitness Games By Nissan Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10 000 Peserta Dan Penonton

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 162 hits
REDLINE Fitness Games by NISSAN telah kembali ke Malaysia untuk edisi ketiga pada 26 dan 27 Julai lalu bertempat di Pusat Pameran Konvensyen Antarabangsa MINES Menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024 acara tahun ini mencat...
Milo Dan Maggi Pacu Jualan Domestik Nestl Malaysia Untung Kekal Kukuh

Milo Dan Maggi Pacu Jualan Domestik Nestl Malaysia Untung Kekal Kukuh

papar berkaitan - pada 29/7/2025 - jumlah : 144 hits
KUALA LUMPUR Produk ikonik Milo dan Maggi terus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan jualan domestik Nestl Malaysia yang meningkat 6 3 tahun ke tahun kepada RM1 3 bilion bagi suku kedua 2025 Penganalisis TA Securities Liew Yi Jiet be...
Gadget Baru Semangat Baru Infinix Raikan Merdeka Dengan Hadiah Eksklusif

As Kesan Kes Pertama Jangkitan Parasit Pemakan Daging Pada Manusia

Projek Ets3 Ke Johor Bahru Dijangka Beroperasi Dis 2025 Loke

Pelajar Lelaki Jatuh Asrama Tiga Tingkat Polis Mula Siasatan

From Kk Mart Sock Gate To Flag Gaffe Dap Mca Have Walked Straight Into Akmal S Trap

Makan Makan Di The Komunal Eco Grandeur

Printing Kotak Sachet Juice Botanical Pilihan Terbaik Untuk Branding Lebih Menonjol

Lahad Datu Police Safely Detonate World War Ii Era Bomb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menebus Baucer Buku Guru Madani

Ww Yummy Ice Cream Cake By Slice Dari Inside Scoop

Amazing Beef Kebab Recipe Persian

10 Kesilapan Biasa Calon Temuduga Kerajaan Elak Gagal Awal

Dirty Intentions Prepping A Harley Sportster For Off Road

Road Kraken Rough Crafts Gives The Fat Boy The Wide Wheel Treatment