Malaysia Akan Kurangkan Pelaburan Awam Walau Ekonomi Tumbuh Perlahan


Reuters


KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu Malaysia akan mengurangkan perbelanjaan awam walaupun meramalkan ekonomi bertumbuh semakin perlahan berbanding jangkaan sebelum ini, kerana mahu mengurangkan timbunan hutang yang ditinggalkan pentadbiran dulu.

Diangkat ke tampuk kekuasaan pada Mei, kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad segera mengubah angka hutang Malaysia kepada kira-kira RM1 trilion, mengatakan hutang negara diperkecilkan oleh Datuk Seri Najib Razak, bekas perdana menteri yang kini bedepan pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kerajaan menerbitkan laporan tinjauan ekonomi pada Jumaat untuk mengiringi belanjawan pertamanya. Laporan itu meramalkan pertumbuhan ekonomi 4.8% pada 2018 – penurunan mendadak daripada 5.9% tahun sebelumnya – dengan sedikit kenaikan kepada 4.9% tahun depan.

Bulan lalu, Dr Mahathir mengumumkan pertumbuhan dijangka antara 4.5%-4.9%, turun daripada 5.0% yang diramalkan dulu.

“Perbelanjaan sektor swasta akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, yang akan mengurangkan kesan perbelanjaan sektor awam yang lebih rendah pada 2018 dan 2019,” kata kerajaan dalam laporan itu.

Pelaburan sektor awam diramalkan akan mengecut sebanyak 1.5% pada 2018 dan turun lagi sebanyak 5.4% tahun depan.

Pertumbuhan perlahan dan ramalan belanja ini 2 minggu selepas kerajaan meninggalkan sasaran fiskal sebelum ini, menganggarkan defisit belanjawan lebih luas dalam beberapa tahun akan datang.

Kerajaan Dr Mahathir dijangka menyampaikan belanjawan pertama berperisa penjimatan hari ini, kerana ia mahu mengisi kekurangan hasil akibat memansuhkan cukai penggunaan.

Sebelum ini ia mengumumkan pembatalan atau penangguhan projek-projek prasarana awam bernilai sekurang-kurangnya AS$20 bilion, dan kerajaan mungkin tidak akan melabur dalam projek baharu dalam jangka masa pendek, menurut laporan ekonomi itu.

Tumpu sektor swasta

Pada 2019, dasar monetari akan kekal bersesuaian dan sebarang “pelarasan akan bergantung kepada risiko sekitar ramalan pertumbuhan domestik dan inflasi,” kata kerajaan dalam laporannya.

Inflasi dijangka meningkat 2.5% -3.5% tahun depan dari 1.5% tahun ini kepada 2.5%.

Kerajaan menjangkakan sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan, dengan pelaburan swasta dilihat meningkat 4.5% tahun ini dan meningkat 5% pada 2019.

Penggunaan swasta akan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama. Ia diunjurkan berkembang 7.2% pada 2018 dan sederhana sedikit kepada 6.8% pada 2019.

Kebanyakan sektor mungkin menghadapi pertumbuhan yang sederhana sepanjang tahun ini dan 2019, walaupun sektor perlombongan dilihat pulih daripada penurunan 0.6% pada 2018 untuk berkembang 0.7% pada tahun berikutnya.

Pertanian dilihat berkembang pada kadar 3.1% pada 2019, lebih tinggi daripada pertumbuhan 0.2% yang diunjurkan tahun ini berikutan peningkatan hasil minyak sawit.

Kerajaan berkata pertumbuhan eksport kemungkinan akan berkurang sedikit kepada 3.9% pada 2019 daripada pertumbuhan 4.4% yang diunjurkan untuk tahun ini.

Lebihan akaun semasa dijangka berkurangan kepada RM38.6 bilion pada 2018, turun daripada RM40.3 bilion pada tahun sebelumnya. Kerajaan menjangka ia akan menurun lagi pada 2019 kepada RM34 bilion.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/malaysia-akan-kurangkan-pelaburan-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandiaga Ekonomi Kita Akan Tumbuh Jadi Paling Jelek Ke Tujuh Di Dunia

Sandiaga Ekonomi Kita Akan Tumbuh Jadi Paling Jelek Ke Tujuh Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 261 hits
Saya enggak mau ngomong sesuatu hal yang negatif atau menimbulkan pesimisme Tapi ekonomi kita akan tumbuh menjadi ekonomi paling jelek tujuh besar dunia di 2030 kata Sandi di acar Milad PKS Muda di Kantor DPP PKS Jalan TB Simatupang Jakarta...
Ekonomi Makin Malap Pelabur Menjauhi Malaysia

Ekonomi Makin Malap Pelabur Menjauhi Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 355 hits
Umum mengetahui bahawa dengan pembatalan progek projek besar seperti ECRL dan HSR membuatkan Malaysia semakin dijauhi pelabur kerana kurang yakin dengan kemampuan kerajaan sekarang dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara Perkara ini menj...
Bank Dunia Jelaskan Punca Sebenar Krisis Ekonomi Malaysia Sekarang

Bank Dunia Jelaskan Punca Sebenar Krisis Ekonomi Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 487 hits
Pada 4 oktober lepas Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran Malah Bank Dunia hari ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 mala...
Menko Darmin Sebut Lemahnya Ekspor Jadi Penyebab Ekonomi Ri Hanya Tumbuh 5 17 Persen

Menko Darmin Sebut Lemahnya Ekspor Jadi Penyebab Ekonomi Ri Hanya Tumbuh 5 17 Persen

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 283 hits
Menteri Koordinator bidang Perekonomian Darmin Nasution mengatakan pertumbuhan tersebut tergolong baik Meskipun hingga akhir tahun pertumbuhan ekonomi diperkirakan hanya akan mencapai 5 2 persen
Ojk Optimistis Kredit 2018 Tumbuh 13 Persen Meski Ekonomi Dunia Bergejolak

Ojk Optimistis Kredit 2018 Tumbuh 13 Persen Meski Ekonomi Dunia Bergejolak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 363 hits
OJK memperkirakan pertumbuhan kredit hingga akhir 2018 bisa tembus hingga di kisaran 13 persen Sementara pada 2019 diperkirakan berada di kisaran 12 persen Dia pun mengatakan bahwa stabilitas sektor jasa keuangan masih terjaga Hal tersebut ...
4704 Selamat Pagi Malaysia Forum Kerjasama Ekonomi Rtm 6 11 18

4704 Selamat Pagi Malaysia Forum Kerjasama Ekonomi Rtm 6 11 18

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 459 hits
PPIM yang diwakili oleh Dato Jawahar Ali dan Suraya Ali beserta Datuk Hj Che Mat Che Ali dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia
Alangkah Daifnya Prasarana Sekolah Awam Di Malaysia

Alangkah Daifnya Prasarana Sekolah Awam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 381 hits
Oleh Peperiksaan tahap 1 dimansuhkan Diganti dengan pentaksiran Silibus dikaji Kemungkinan besar bakal berubah Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan negara Cuma satu benda paling penting yang mungkin kerajaan terlepa...
Himpitan Ekonomi Memaksa Ratusan Warga Sangau Kalbar Jadi Wn Malaysia

Himpitan Ekonomi Memaksa Ratusan Warga Sangau Kalbar Jadi Wn Malaysia

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 317 hits
Demi memenuhi kebutuhan hidup karena minimnya sarana dan prasarana publik di wilayah perbatasan Indonesia Malaysia hampir separuh dari jumlah penduduk Dusun Gun Tembawang Desa Gun Tembawang Kecamatan Entikong Kabupaten Sanggau Kalbar berpin...
Taniah Rakyat Malaysia Tabung Harapan Berjaya Mengumpul Sebanyak 30 Juta

Taniah Rakyat Malaysia Tabung Harapan Berjaya Mengumpul Sebanyak 30 Juta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 388 hits
Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menderma Setakat hari ini tabung ini berjaya mengumpul sebanyak 30 juta ringgit Malaysia Tabung harapan ini merupakan satu cara sistematik yang di...
Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Pakistan Dakwa Tembak Jatuh 5 Jet Pejuang India

Ketaksuban Terhadap Gen Ai Suatu Kebebalan

Seramai 46 Orang Dikurniakan Darjah Kebesaran Dan Pingat Sempena Memuliakan Ulangtahun Keputeraan Sultan Pahang

Former Pm Ismail Sabri Late For Macc Questioning In Corruption Case

Amanah Melaka Wan Fayhsal Hina Jakim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

Sebastian Ila Ila Sigi Begulai Chord

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home

Anwar Calls For Bold Education Reforms Ahead Of 13th Malaysia Plan

Why Do People Keep Investing In Hotels