Malas Panaskan Kuali Goreng Telur Dadar Guna Air Fryer Pun Boleh Tetap Gebu
Telur dadar memang kesukaan anak-anak kita. Tak sah kalau makan nasi tanpa telur goreng. Malas hendak menggoreng cara biasa, yang anda tidak tahu rupanya telur boleh juga digoreng menggunakan air fryer.
Paling menarik hasilnya tetap sama seperti digoreng dalam kuali. Tetap gebu dan naik elok.
Macam mana cara nak memasaknya? Suhu berapa? Perkongsian resipi dan langkah demi langkah pengguna akaun Tik Tok @wna_azy90 ini anda kena cuba. Jimat masa.
Paling penting sama sama gebu macam dalam kuali!
“Telur dadar versi air fryer. Kena try gaiss,” tulisnya di kapsyen.
Paling mudah, letakkan kertas pelapik di dalam air fryer.
Kemudian letakkan sedikit minyak masak.
Kemudian barulah dituangkan telur yang sedia dikacau.
Tetapkan suhu 160 C selama 8 hingga 10 minit sahaja.
Siap!
Tadaa, hasilnya tetap gebu gebas macam goreng dalam kuali. Jom cuba!
@wna_azy90 Telur dadar versi airfryer😍 kena try gaiss #fyp #telurdadar #airfryer ♬ Meeoooow – KHBS0
Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Malas Panaskan Kuali, Goreng Telur Dadar Guna Air Fryer Pun Boleh, Tetap Gebu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/malas-panaskan-kuali-goreng-telur-dadar-guna-air-fryer-pun-boleh-tetap-gebu/