Doa Malam Nisfu Syaaban Kelebihannya


DOA MALAM NISFU SYAABAN
Malam Nisfu Syaaban adalah dari perkataan nisfu yang bermaksud separuh (Nisf).
Oleh itu,nisfu syaaban bermaksud separuh daripada Bulan Syaban, iaitu pada malam ke-15.
Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat.Banyak kelebihan malam nisfu syaban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]
Berikut dikongsikan antara kelebihan doa yang boleh diamalkan pada malam ini.
Kelebihan Doa Pada Malam Nisfu Syaaban MALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA
Antara kelebihan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tabarani:
Daripada Mu’az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda:
يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ
Maksudnya: “Allah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa dan bertelagah.”
(HR Ibnu Hibban, hadis sahih)
Imam al Syafi’i berkata:
بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Sumber: JAKIM Sarawak Antara doa yang boleh dibacakan ialah:
DOA 1
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
DOA 2
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
Contohnya doa harian / lazim yang boleh dibacakan adalah :
1 ) DOA MEMOHON KEAMPUNAN BAGI KEDUA IBU BAPA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”
(Surah Ibrahim 14: 41)
2) DOA MEMOHON RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT
Firman Allah SWT:
رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلرَّٰحِمِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik.”
(Surah al-Mukminun 23:109)
3) DOA AGAR DITETAPKAN HATI DALAM KETAATAN
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(Surah Ali ‘Imran 3: 8 )
4) DOA AGAR DIKURNIAKAN KETURUNAN YANG MENYEJUKKAN MATA
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa.”
(Surah al-Furqan 25: 74)
5) DOA AGAR MENJADI HAMBA-NYA YANG SENTIASA BERSYUKUR
Firman Allah SWT:
رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّلِحِينَ
Maksudnya: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.”
(Surah al-Naml 27: 19)
6) DOA DIJAUHI RASA HASAD DENGKI
Firman Allah SWT:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ
وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, Sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang.
(Surah al-Hasyr 59:10)
CONTOH DOA MEMOHON KEAMPUNAN YANG BOLEH DIBACAKAN PADA MALAM NISFU SYAABAN (BAHASA MELAYU) Berikut adalah contoh doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh anda baca pada Malam Nisfu Syaaban:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tutup dengan selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.
Wallahu-a’lam.
Kelebihan Puasa Sunat Dalam Bulan Sya’ban KELEBIHAN BERPUASA SUNAT DALAM BULAN SYAABAN
Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW melengkapkan puasa penuh sebulan di dalam Ramadan dan sangat banyak sekali berpuasa dalam Syaaban, iaitu:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadan melainkan pada bulan Syaaban.”
(HR al-Bukhari, hadis sahih)
Kita disunnahkan supaya memperbanyakkan puasa sunnah di dalam bulan Syaaban berbanding bulan-bulan selainnya. Walaupun dibenarkan untuk berpuasa penuh sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang bakal tiba, akan tetapi berdasarkan pendapat yang lebih tepat, kita tidak dianjurkan untuk melakukan sedemikian.
DOA MAKBUL DENGAN BERPUASA
Allah SWT Maha Mendengar akan setiap permohonan hamba-hambaNya. Banyak hadith lain yang menjelaskan bahawa doa–doa dalam bulan Ramadan akan diterima secara khusus. Tiada keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji dan janji itu disampaikan pula oleh seorang Rasul yang benar.
Semoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, ia sebagai bentuk persediaan Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin.
Justeru, wajarlah kita sebagai umat Islam merebut peluang yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan bermanfaat seperti:
Melakukan puasa sunat, solat sunat dan qiyamullail Memohon keampunan daripada Allah SWT dengan cara beristighfar, berselawat dan berzikir Saling maaf memaafkan antara satu sama lain Membaca al-Quran dan bersedekah Mengukuhkan hubungan silaturahim sesama umat Islam Mengusahakan perdamaian dan penyatuan antara kita Menjalinkan hubungan silaturahim dengan orang bukan Islam Beristiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan kebajikan Daripada Anas bin Malik, sabda Nabi Muhammad SAW:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, beliau berdoa ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan berkatilah kami di bulan Ramadan.”
(HR Ahmad)
Semoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Sumber asal oleh : Ustazah Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan
Rujukan:
1. Kitab Madza fi Sya’ban karangan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki.
2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, “Irsyad Al-Hadith Siri Ke-52: Kelebihan Bulan Sya’ban.”
3. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, “Bulan Sya’ban: Keistimewaannya Mengikut Neraca Nas.”
Baca juga:
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2023, Kelebihan & Doa Niat Puasa Sunat Syaaban & Kelebihan Bulan Sya’ban

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-nisfu-syaaban/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-nisfu-syaaban

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malam Nisfu Syaaban 2023 1444h Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

Malam Nisfu Syaaban 2023 1444h Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 495 hits
Salam Nisfu Syaaban 1444H Tarikh malam Nisfu Syaaban 2023 pada hari Selasa 7 Mac 2023 selepas masuk waktu Maghrib yang merupakan salah satu Nisfu Syaaban dalam jawi Nisfu Syaaban pada 15 Syaaban 1444HRabu 8 Mac 2023Nisfu Sya ban 2023 pada 8...
3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 160 hits
3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban Dalam bulan Syaaban kita digalakkan memperbanyakkan amal kebaikan amal ibadah yang lebih berbanding sebelumnya Nabi Muhammad SAW berpuasa lebih dalam bulan Syaaban dari bulan yang lain Dalam bulan S...
Konsert Blackpink Malam Ini Ada Kelompok Netizen Pakat Doa Allah Turunkan Bala Harap Hujan Lebat Petir Pentas Runtuh

Konsert Blackpink Malam Ini Ada Kelompok Netizen Pakat Doa Allah Turunkan Bala Harap Hujan Lebat Petir Pentas Runtuh

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 212 hits
Konsert Blackpink bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini dan ramai peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium ketika ini Sudah tentu masing masing sangat teruja dan tidak sabar untuk menonton kumpulan k pop ...
Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

Koleksi Ucapan Nisfu Syaaban Tahun 2023

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 390 hits
Umum ketahui malam Nisfu Syaaban untuk tahun 144H bersamaan tahun 2023 adalah jatuh pada 8 Mac 2023 bersamaan dengan 15 Syaaban Tetapi mengikut kalendar islam permulaan tarikh baru adalah bermula selepas maghrib Jadi malam Nisfu Syaaban ada...
Salam Nisfu Syaaban 2023

Salam Nisfu Syaaban 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 201 hits
AssalamualaikumBismillahSalam Nisfu Syaaban malam ini marilah sama sama kita perbanyakkan amal soleh istighfar berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT Malam ini semua amalan amalan kita akan diangkat oleh malaikat kepada ALLAH SWT Oleh itu tin...
Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

Niat Puasa Sunat Ayyamul Bidh Bulan Syaaban 1444h 2023 Dan Kelebihannya

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 284 hits
Bulan Syaaban salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT Malah pada pertengahan Bulan Syaaban antara malam dinantikan oleh umat Islam ...
Le M Ridien Putrajaya Presents Malam Pesona Songket

Le M Ridien Putrajaya Presents Malam Pesona Songket

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 220 hits
Le M ridien Putrajaya presents Malam Pesona Songket The tribute to the nostalgic and traditional fabrics in Malaysia Le M ridien Putrajaya presents Malam Pesona Songket for the coming holy month of Ramadan as its 2023 s Destinasi Rasa As th...
Balik Kerja Singgah Pasar Malam Ampangan

Balik Kerja Singgah Pasar Malam Ampangan

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 212 hits
Assalamualaikum Balik kerja hujan lebat betul beberapa hari ni hujan je dah berapa hari kena hujan Dania dh tunggu SA macam biasa SA dari dalam train lapar sebab tengahari SA x makan SA bantai main game dari 12 30tghari sampai kul 2 45pm ha...
Kaki Travel Nak Jimat Bajet Ini Hotel Terlajak Murah Dalam Dunia Singgit Je 1 Malam

Kaki Travel Nak Jimat Bajet Ini Hotel Terlajak Murah Dalam Dunia Singgit Je 1 Malam

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 147 hits
Kaki travel Nak jimat bajet Ini hotel terlajak murah dalam dunia Singgit je 1 malam Ketika melancong di mana mana negara perkara paling utama yang perlu diberi perhatian adalah tempat penginapan Pastinya kita akan cuba untuk memilih hotel p...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily