Maksud Sebenar Haji Akbar



Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar?

Jawapan:
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:

وَأَذَانٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ يَوْمَ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
“Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada hari Haji yang terbesar”. [Al-Taubah:3]

(وَأَذَان) إعْلَام (مِنْ اللَّه وَرَسُوله إلَى النَّاس يَوْم الْحَجّ الْأَكْبَر) يَوْم النَّحْر (أَنَّ) أَيْ بِأَنَّ (اللَّه بَرِيء مِنْ الْمُشْرِكِينَ) وَعُهُودهمْ (وَرَسُوله) بَرِيء أَيْضًا وَقَدْ بَعَثَ النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا مِن السَّنَة وَهِيَ سَنَة تِسْع فَأَذَّنَ يَوْمَ النَّحْرِ بِمِنَى بِهَذِهِ الْآيَات أَنْ لاَ يَحُجَّ بَعْدَ العَامِ مُشْرِكٌ وَلاَ يَطُوفَ بِالْبَيْتِ عُرْيَانٌ رَوَاهُ الْبُخَارِيّ
“Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]

Makna Haji Akbar

Di dalam tafsir al-Thabari, Imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:

1. Haji Akbar adalah hari Arafah

Daripada Ikrimah berkata:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، يَوْمُ عَرَفَة
Ibn Abbas RA mengatakan: “Haji Akbar adalah hari Arafah.” [Lihat: Tafsir al-Thabari, 116/14]

2. Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah)

Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَفَ يَوْمَ النَّحْرِ بَيْنَ الْجَمَرَاتِ فِي الْحَجَّةِ الَّتِي حَجَّ، فَقَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا؟ قَالُوا: يَوْمُ النَّحْرِ، قَالَ: هَذَا يَوْمُ الْحَجِّ الْأَكْبَرِ
Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?” Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah).” Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar.” [Riwayat Abu Daud, (1945), sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]

3. Haji Akbar adalah hari-hari Haji keseluruhannya

Daripada Ibn Abi Najih, bahawa Mujahid berkata:

عَنْ مُجَاهِد: يَوْمُ الحَجِّ الأَكْبَرِ، حِيْنَ الحَجّ، أَيَّامُهُ كُلّهَا
“Hari Haji Akbar adalah ketika waktu Haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]

Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan Haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:

“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah.” [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]

Pendapat Yang Dipilih

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.

Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:

“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?” Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar.” [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]

Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat. Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:

قَدْ اشْتَهَرَ بَيْنَ الْعَوَّامِ أَنَّ يَوْمَ عَرَفَةَ إِذَا وَافَقَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ كَانَ الْحَجُّ حَجًّا أَكْبَرَ وَلَا أَصْلَ لَهُ
“Telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali.” [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]

Perbezaan Haji Akbar (الحج الأكبر) dan Haji Ashghar (الحج الأصغر)

Makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar. Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]

Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah. Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 130/14]

Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.

Penutup

Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah), melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi. Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/maksud-sebenar-haji-akbar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Sebenar Duyufurrahman

Maksud Sebenar Duyufurrahman

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 1246 hits
Original Content Alhamdulillah kini kita telah tiba pada musim haji sekali lagi dan syukur tidak terhingga jika anda adalah salah seorang yang terpilih Ibadah haji adalah puncak bagi segala ibadah Melaksanakan haji adalah impian setiap umat...
Maksud Sebenar Istilah Aku Terima Nikahnya

Maksud Sebenar Istilah Aku Terima Nikahnya

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 609 hits
woww tajuk bikin gempak je kan sebelum tu maaf saya belum berkahwin tapi nak kongsi satu ilmu ape yg dimaksudkan dengan istilah Aku Terima Nikahnya Contohnya Aku terima nikah binti dengan mas kahwinya RM tunai Gambar Hiasanorang sekarang cu...
Punya Gaji Pas Pasan Jangan Khawatir Anda Tetap Bisa Ibadah Haji Dengan Cara Berikut

Punya Gaji Pas Pasan Jangan Khawatir Anda Tetap Bisa Ibadah Haji Dengan Cara Berikut

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 313 hits
Ibadah haji merupakan salah satu ibadah tersulit yang tidak bisa dilakukan oleh setiap orang Karena ibadah haji membutuhkan dana yang tidak sedikit dan kekuatan fisik yang mumpuni Tak jarang orang dengan gaji pas pasan merasa tidak mampu un...
Erra Fazira Gementar Nak Tunai Haji

Erra Fazira Gementar Nak Tunai Haji

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 404 hits
Pelakon popular Erra Fazira berasa gementar dalam waktu sama teruja apabila bakal menunaikan ibadah haji pada awal Ogos ini Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek 45 berkata dalam waktu sama dia sedang sibuk melakukan persiapan sebagai p...
Bus Jemaah Calon Haji Kota Palangka Raya Terbalik Sejumlah Orang Luka Ringan

Bus Jemaah Calon Haji Kota Palangka Raya Terbalik Sejumlah Orang Luka Ringan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 251 hits
Bus mengalami kecelakaan di daerah Kabupaten Pulang Pisau Kalteng sebelum kantor Polres setempat Kecelakaan diduga terjadi karena bus hilang kendali lalu keluar jalur dan terperosok di sisi jalan yang berakibat terbalik
Tukang Urut Naik Haji Walau Penghasilan Pas Pasan

Tukang Urut Naik Haji Walau Penghasilan Pas Pasan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 206 hits
Panggilan berhaji bisa datang dengan cara apa saja Seorang tukang urut di Batubara Sumatera Utara Kamaluddin Bin Mohammad Hafiz alias Ongku mendapat berkah menunaikan ibadah haji melalui salah seorang pasiennya
Lima Calon Haji Asal Kalteng Korban Kecelakaan Bus Boleh Berangkat Berhaji

Lima Calon Haji Asal Kalteng Korban Kecelakaan Bus Boleh Berangkat Berhaji

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 286 hits
Lima calon haji tersebut terdiri tiga perempuan dan dua laki laki Mereka ditangani di instalasi gawat darurat rumah sakit setempat Ada yang mengalami luka ringan dan ada pula menderita pembengkakan akibat benturan
Rukun Haji

Rukun Haji

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 975 hits
Rukun Haji1 Ihram Sebagaimana diketahui maksud ihram berniat mengerjakan haji Oleh itu niat adalah rukun asas bagi rukun rukun haji sebagaimana rukun rukun solat 2 Wuquf di ArafahRukun ini berdasarkan hadith sahih Yang bermaksud Haji itu ia...
Kifarah Jemaah Haji Malaysia Dalam Flight Bila Sampai Jeddah

Kifarah Jemaah Haji Malaysia Dalam Flight Bila Sampai Jeddah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 740 hits
KIFARAH JEMAAH HAJI MALAYSIA DALAM FLIGHT BILA SAMPAI JEDDAHSekarang musim orang pergi haji Banyak pula cerita orang banyak dosa tak nampak Kaabah tak boleh jijak tanah haram dan berbagai2 Ada seorang jemaah malaysia nauk flighr Air us A380...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids