Maksud Red Flag Serta Tandanya Dalam Perhubungan


Adakah anda sedang mencari maksud red flag? Memang benar terma tersebut banyak digunakan sejak beberapa tahun ini terutamanya dalam konteks hubungan yang tidak sihat dengan pasangan.
Dalam berhubungan, semua orang pasti mengharapkan pasangan yang baik, memahami dan sentiasa memberi sokongan.
Namun, tidak semua perhubungan adalah indah malah sesetengahnya boleh memberikan kesan buruk kepada mental, fizikal, emosi serta kehidupan seseorang.
Oleh itu, adalah penting untuk anda kenali red flag demi hubungan yang sihat dan kekal berpanjangan.
Maksud Red Flag Memetik Collins Dictionary, maksud red flag adalah sesuatu yang memberikan isyarat tentang perkara buruk atau situasi berbahaya. Ia juga seringkali membawa isyarat berhenti atau amaran bagi sesuatu.
Dalam konteks hubungan pula, red flag merupakan tanda bahawa terdapat tingkah laku atau hubungan yang tidak sihat antara anda dan pasangan.
Lebih teruk lagi, seseorang mungkin tidak menyedari atau menidakkan red flag ini kerana kabur dengan rasa cinta terhadap orang yang disayangi.
10 Tanda Red Flag Dalam Perhubungan Yang Perlu Dijauhi 1. Suka Bertindak Ganas
Seseorang yang suka bersikap ganas terhadap anda, orang sekeliling atau haiwan sekalipun merupakan red flag yang perlu dipandang serius.
Ini boleh menjadi petanda bahawa pasangan anda belum mampu menyalurkan emosi dengan cara yang baik.
Bagi sesetengah individu, tingkah laku ini juga boleh menandakan bahawa mereka kurang rasa empati terhadap orang lain.
2. Suka Mengawal atau Mengongkong
Sesetengah orang juga sering melabel maksud red flag kepada pasangan yang suka mengawal atau mengongkong.
Sekiranya pasangan anda sering ingin tahu dengan siapa anda berjumpa, ke mana anda pergi, berapakah jumlah wang yang anda belanjakan, apa yang anda pakai, kemungkinan besar anda perlu pertimbangkan semula hubungan yang anda jalani.
Individu sebegini juga cenderung untuk mengongkong sehinggakan anda tidak boleh berjumpa dengan rakan atau keluarga anda sendiri.
Mereka juga biasanya tidak akan membiarkan anda membuat keputusan sendiri.  
3. Cemburu Berlebihan
Cemburu secara berlebihan dan sukar mempercayai pasangan adalah satu lagi red flag yang umum dalam hubungan.
Dalam kes ini, pasangan anda mungkin kerap memerlukan perhatian atau mudah rasa insecure sehingga timbul rasa tidak percaya.
Mereka juga cenderung untuk selalu hubungi atau hantarkan mesej sehingga anda rimas.
Sesetengah orang mungkin tidak kisah sekiranya pasangan mereka berkelakuan sebegini.
Namun, jika anda rasa tidak selesa, anda perlu lakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.
4. Suka Mengelak Untuk Berkomunikasi
Adalah penting bagi sebuah pasangan untuk mampu berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.
Sekiranya pasangan anda sering mengelak untuk berkomunikasi lebih-lebih tentang perasaan atau konflik hubungan, ini boleh menjadi satu petanda yang tidak baik.
Habit ini mungkin berakar daripada trauma akibat kesilapan masa lalu atau kesukaran mereka untuk membuka hati kepada orang lain setelah dilukai oleh pasangan lama.
5. Cenderung Untuk Memanipulasi / Gaslighting
Adakah pasangan anda sering memanipulasi sehingga membuatkan anda tertanya tentang tindakan anda sendiri?
Inilah situasi gaslighting yang mungkin ramai tidak sedari dalam perhubungan. Pasangan yang suka gaslighting sering mengatakan atau membuat sesuatu untuk mengawal tindakan anda.
Mereka mungkin akan menipu, mengatakan anda sering terlupa, menuduh anda bersikap keterlaluan atau melakukan sesuatu untuk membuatkan mental anda terganggu.
6. Tiada Kawan
Sekiranya pasangan anda tidak mempunyai kawan, ini mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara.
Pertama, mereka mungkin tidak mampu atau tidak mahu menjalin persahabatan dengan orang lain. Ini mungkin disebabkan mereka tiada kemahiran bersosial atau mempunyai personaliti yang negatif.
Ada juga individu yang tidak mempunyai kawan kerana mereka memerlukan perhatian daripada pasangan mereka semata-mata.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ini boleh menandakan bahawa mereka juga boleh mengalami kesukaran untuk teruskan hubungan dengan anda pada tempoh yang lama.
7. Love Bombing
Mungkin terma ini jarang didengari, namun pasti ada yang pernah mengalaminya. Sekiranya pasangan anda sering memberikan hadiah yang mahal dan memuji anda secara berlebihan, kemungkinan terdapat agenda yang mereka sembunyikan.
Tindakan love bombing ini mungkin adalah salah satu strategi mereka untuk bina kepercayaan dengan pantas.
Dengan menunjukkan sisi ‘baik’ mereka, pasangan anda juga mungkin mengharapkan bahawa anda boleh bertolak ansur apabila mereka bertindak negatif kepada anda pada masa akan datang.
8. Suka Merendahkan
Jangan memandang remeh pada sikap pasangan yang suka mengkritik dan merendahkan anda.
Pakar psikologi mengatakan bahawa tingkah laku ini merupakan salah satu bentuk penderaan emosi yang perlu dipandang serius.
Ini bukan sahaja boleh menjejaskan keyakinan diri anda, malah ia juga boleh mencetus anxiety dan rasa insecure dalam perhubungan.
Antara contoh kata-kata yang mungkin dilemparkan adalah :
“Nasib baik awak masih dengan saya. Jika tidak, tiada siapa mahukan awak”.
“Awak suka cakap benda merepek, saya pun tak tahu awak sedang serius atau melawak”
Sebuah kajian mencadangkan bahawa penderaan emosi boleh memberikan kesan yang sama seperti penderaan fizikal.
Oleh itu, pasangan anda perlulah bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka terhadap anda.
9. Tidak Komited Dalam Mengekalkan Hubungan
Komitmen serta sokongan merupakan antara eleman yang paling penting dalam mengekalkan kestabilan hubungan.
Untuk memastikan sesebuah hubungan itu kekal, kedua-dua pasangan perlulah terlibat secara aktif dalam menunjukkan sokongan serta memberikan komitmen.
Jadi, jika pasangan anda tidak menunjukkan sokongan atau berusaha secara aktif, ia boleh menjadi red flag dalam hubungan tersebut.
10. Tidak Mahu Bertolak Ansur
Sesetengah orang turut melabel maksud red flag kepada pasangan yang tidak mahu bertolak ansur walaupun dalam perkara kecil.
Sekiranya pasangan anda sering bersikap tidak adil dan tidak mahu bertoleransi, anda sendiri yang akan kecewa dan tidak berpuas hati.
Sedangkan, hubungan yang sihat memerlukan perhatian serta tolak ansur antara satu sama lain.
Kesimpulannya, jika pasangan anda menunjukkan red flag seperti yang disenaraikan, sudah tiba masanya untuk anda berdua duduk dan bincang bersama.
Jujurlah antara satu sama lain dan dapatkan bantuan daripada pakar kaunseling sekiranya perlu.
Sekiranya dia masih tidak mahu berubah atau bertanggungjawab terhadap tindakan negatif yang dilakukan, anda mungkin perlu pertimbangkan semula hubungan anda.
 Seperkara lagi, ingatlah bahawa keselamatan, kebahagiaan dan kesihatan mental anda perlu diutamakan walaupun anda sedang menjalinkan hubungan.
Sumber : verywellmind.com, today.com, businessinsider.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/maksud-red-flag/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=maksud-red-flag

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ocs Maksud Serta Jawatan Lain Dalam Polis Diraja Malaysia

Ocs Maksud Serta Jawatan Lain Dalam Polis Diraja Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 173 hits
Dalam Polis Di Raja Malaysia terdapat pelbagai pangkat atau jawatan yang telah diwujudkan Oleh sebab itu mungkin ada yang tertanya tanya tentang maksud OCS serta jawatan lain dalam PDRM Setiap satu daripadanya pula mempunyai tanggungjawab a...
Ibadah Korban Hukum Syarat Rukun Serta Niat Melakukan Korban

Ibadah Korban Hukum Syarat Rukun Serta Niat Melakukan Korban

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 240 hits
Ibadah qurban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10 11 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah SWT Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan pe...
Couple Held On Suspicion Of Vandalising Fast Food Outlet With Israel Flag Sticker

Couple Held On Suspicion Of Vandalising Fast Food Outlet With Israel Flag Sticker

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 190 hits
Selangor police chief Hussein Omar Khan advised the public not to express strong views or take matters into their own hands SEPANG A husband and wife have been arrested by police on suspicion of vandalism for allegedly placing an Israeli fl...
Lebih Fokus Pada Artis Baru Akui Kecewa Joy Dedah Red Velvet Sering Diabai Oleh Sm

Lebih Fokus Pada Artis Baru Akui Kecewa Joy Dedah Red Velvet Sering Diabai Oleh Sm

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 189 hits
Joy telah meluahkan perasaannya di aplikasi Bubble Artikel Berkaitan Baru baru ini Joy RED VELVET telah meluahkan kerisauannya kepada peminat serta tertanya tanya kenapa kemunculan semula mereka tidak diberikan perhatian yang sama seperti a...
Bersatu Serah Notis Terhenti Keahlian Serta Merta Kepada 6 Wakil Rakyat

Bersatu Serah Notis Terhenti Keahlian Serta Merta Kepada 6 Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 146 hits
BERSATU hari ini menyerahkan notis terhenti secara serta merta kepada enam wakil rakyat yang didakwa melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10 4 perlembagaan parti itu Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata notis berkenaan sel...
Part Timer Fined Rm100 For Placing Israeli Flag Stickers At Restaurant

Part Timer Fined Rm100 For Placing Israeli Flag Stickers At Restaurant

papar berkaitan - pada 7/6/2024 - jumlah : 164 hits
A part time worker at a car rental company was fined RM100 by the Kajang Magistrate s Court today after pleading guilty to placing Israeli flag stickers at a fast food restaurant last month Magistrate Nurul Hafzan Ab Aziz also ordered Tariq...
Tarikh Penting Zulhijjah 1445h Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya

Tarikh Penting Zulhijjah 1445h Serta Kemuliaan Yang Terdapat Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 220 hits
Bulan Zulhijjah adalah merupakan bulan terakhir dalam kalendar Ibadat Haji dilaksanakan pada bulan ini serta Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada 10 Zulhijjah pada setiap tahun Pada 7 Jun 2024 yang lalu telah jatuhnya 1 ...
Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Rm100 Serta Senarai Buku Cadangan Madani 2024

Cara Claim Baucar Buku Madani 2024 Rm100 Serta Senarai Buku Cadangan Madani 2024

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 314 hits
Kerajaan Malaysia kini telah mengumumkan penyaluran bantuan baucar buku Madani 2024 yang berjumlah RM100 untuk murid sekolah rendah bermula untuk pelajar tahun 4 pelajar sekolah Menengah dan pelajar IPT Baucar Buku Madani 2024 dikatakan bol...
Permohonan Biasiswa Bank Negara Serta Syarat Biasiswa Bank Negara

Permohonan Biasiswa Bank Negara Serta Syarat Biasiswa Bank Negara

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 414 hits
Bank Negara Malaysia komited dalam memupuk bakat muda Malaysia melalui program biasiswa Bank Negara Penerima biasiswa BNM akan mendapat akses kepada pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka mengikut senarai universiti yang di...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord