Maksud Nuzul Al Quran Dan Iktibar Darinya



Pengertian Nuzul Al-Quran

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh:

وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
“Dia yang telah menurunkan hujan.” (Surah al-Baqarah:22)

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
“Dialah yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Surah Ali-Imran:3)

Tujuan Al-Quran Diturunkan

Antara tujuan al-Quran diturunkan ialah untuk tadabbur kandugannya sebagaimana firman Allah SWT:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” (Surah As-Sad: 29)

Syeikh Sya’rawi Rahimuhullah ketika mentafsirkan ayat di atas menghuraikan makna kalimah ‘Mubarak’ iaitu benda yang sedikit tetapi manfaat dan kebaikannya jauh melebihi apa yang digambarkan. Seumpama orang yang bergaji sedikit tetapi kehidupan keluarganya mencukupi. Segala perbelanjaannya dihalakan kepada perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Seakan hidup sebagai orang yang kaya.

Persoalannya bagaimanakah Allah SWT memberkati rezeki yang sedikit? Pertamanya Allah memberikan rasa qana’ah (mencukupi) kepada tuannya. Kedua, rezeki yang sedikit itu dibelanjakan kepada perkara yang memberi faedah sahaja. Ramai yang menyangka bahawa rezeki hanya harta. Perlu diingat rezeki juga ialah tidak membelanjakan kepada perkara yang dilarang.

Maksud al-Quran Mubarak ialah ayat-ayatnya punyai keberkatan dari sudut hukum zahir di mana ia mentarbiyahkan jiwa untuk hidup dengan istiqamah. Hakikatnya istiqamah tidak memberi beban walaupun sedikit dan yang membebankan manusia ialah penyelewengan. Kerana itu sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya orang mukmin makan dengan perut yang satu dan orang kafir makan dengan tujuh perut.” (Riwayat Muslim)

Seterusnya Syeikh Sya’rawi mentafsirkan maksud tadabbur ayat-ayatnya ialah bukan melihat secara luaran tetapi memerhatikan kandungan ayat dengan berfikir dan memandang jauh serta melihat kepada kesudahan.

Penting juga kepada kita melihat kepada luaran dan perkara-perkara yang perlu, untuk menjadikannya sebgai rumusan di akhir dan juga pengajaran. Ketika Nabi Khidir merosakkan perahu, ia ditentang oleh Nabi Musa A.S. Pandangan Nabi Musa adalah bersifat luaran di mana Baginda melihat kapal yang elok lebih baik dari kapal yang rosak.

Bagi Nabi Khidir pula mempunyai kekurangan yang lain. Ukurannya ialah mana yang lebih baik antara ada perahu dengan tidak ada perahu. Jika perahu ada, lelaki yang zalim akan merampasnya. Tetapi jika perahu yang elok kemudian dirosakannya maka lelaki zalim tidak mengambilnya, terselamat dari rampasan lelaki zalim dan perahu itu masih menjadi hak milik tuannya.

Allah SWT menggesa kita merenung dan tadabbur ayat-ayatnya keranaAllah mengetahui bahawa apabila kita merenung dan mentadabbur ayat-ayatnya kita akan merasa cukup dan menerima dengan hati terbuka seterusnya akan kita memperoleh kebenaran.

Keistimewaan Al-Quran

Sebenarnya al-Quran cukup istimewa berbanding dengan mana-mana kitab. Oleh kerana tajuk ini cukup besar, penulis hanya menyebut sepintas lalu dengan satu dalil sahaja dengan setiap satunya. Dipetik daripada karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang bertajuk “Bagaimana kita berinteraksi bersama dengan al-Quran al-Azim.” Antara lain menyebut:

1. Al-Quran kitab Ilahi. Hal ini dijelaskan dengan banyak ayat antaranya:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ
“Alif, Lam, Ra. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun rapi ayat-ayatnya, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu yang diturunkan daripada Allah SWT Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” (Surah Hud:1)

2. Al-Quran adalah kitab mahfuz (terpelihara). Firman Allah SWT:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan memeliharanya.” (Surah al-Hijr: 9)

Maksud hafizun dalam ayat ini dengan pemeliharaan Allah dari sebarang perubahan dan pertukaran seperti kata Ibn Kathir.

3. Al-Quran adalah mukjizat. Firman Allah SWT:

قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا
“Katakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.” (Surah al-Isra’:88)

Dalam buku al-I’jaz al-Ilmi oleh Yusuf al-Haj Ahmad antara lain menyebut: “Tidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun imbahanal ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.


4. Al-Quran kitab nyata lagi mudah. Firman Allah SWT:

فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
“Maka sesungguhnya kami memudahkan al-Quran dengan bahasamu (hai Muhammad) semoga mereka mengambil pengajaran.” (Surah ad-Dukhan: 58)

5. Al-Quran kitab zaman semuanya. Ianya bermaksud kitab yang kekal dan bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi sahaja. Tetapi al-Quran sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

6. Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ianya menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyri’ dan hukum hakam.

7. Al-Quran merupakan kitab insani sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat. Benarlah firman Allah SWT:

إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ
“Al-Quran itu tidak lain hanya peringatan bagi seluruh penduduk alam.” (Surah al-Takwir: 27)

Matlamat Al-Quran

Secara umumnya, al-Quran menyeru kepada banyak prinsip dan maqasid yang sesuai bagi sifat kemanusiaan. Antaranya:

Mentashihkan akidah, sudut pemikiran berkaitan ketuhanan, kerasulan dan pembalasan.Mentaqrirkan kemuliaan insan, hak-haknya terutama di kalangan yang daif dan tertindas.Menyeru kepada pembersihan jiwa manusia.Membentuk keluarga solehah dan pemberian hak wanita.Membina ummah yang menjadi saksi kepada kemanusiaan.Dakwah dan menyeru kepada alam insani yang bersifat tolong menolong dan kerjasama.

Pendapat Ulama Berkenaan Al-Quran

Dinyatakan di sini beberapa kenyataan ulama dan tokoh berkaitan Quran.

Imam Syafie berkata: “Setiap yang bercakap berdasarkan Kitab dan Sunnah, maka itulah sebenarnya. Adapun selain keduanya, dilihat sia-sia.”

Al-Harith al-Muhasibi berkata: “Saudara-saudaraku, apabila orang membaca al-Quran untuk mendapat pahalanya, maka ketahuilah tunjukkan kehendak dengan bacaan kamu untuk tadabbur dan iktibar darinya.”

Fudhail bin Iyadh berkata: “Penjaga al-Quran sentiasa mengelak dari menderhakai Tuhannya. Bagaimana mungkin mereka melakukan maksiat sedangkan setiap huruf dari al-Quran menyerunya: Demi Allah, jangan engkau ingkari perkara yang engkau bawa dariku.”

Abdul Qadir al-Jilani berkata: “Wahai kaumku, berlaku baiklah kepada al-Quran dengan beramal dengannya bukan dengan berdebat.”

Ibn Taimiyah berkata: “Al-Quran mampu menghilangkan segala penyakit yang menyebabkan keinginan-keinginan jahat, sehingga sihatlah jiwa dan bersihlah keinginannya dan kembalilah seseorang itu kepada fitrah yang telah ditanam oleh Allah SWT sepertimana badan kembali sihat.”

Ibn Qayyim berkata: “Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang Allah SWT tajalli kepada-Nya untuk hamba-hamba-Nya dengan sifat-sifat-Nya.”

Imam Muslim berkata: “Al-Quran adalah ubat segala penyakit kecuali maut. Semoga hendaknya Allah SWT mematikan kita di dalam iman dan menghembuskan nafas terakhir dengan bibir yang masih basah berkumat-kamit melafazkan ayat-ayat suci al-Quran.”

Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah sumber yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.”

Mustafa al-Sibaei menyebut beberapa ungkapan antaranya:

Kesan al-Quran pada jiwa orang yang beriman pada maknanya dan bukan pada lagunya. Membaca dengan beramal dan bukan yang mengelokkan bacaan tetapi tidak beramal.Bacaan al-Quran dalam radio dengan hati yang khusyuk yang dapat didengar oleh orang Islam sehingga dibuka hati dan akal mereka satu ketika jauh lebih baik dari seribu rancangan yang lain.Orang zaman dahulu belajar al-Quran untuk beramal dengannya. Justeru, bagaimana tiada perbezaan antara generasi kita dan generasi mereka yang agung.Al-Quran di tangan-tangan orang Islam ibarat senjata di tangan orang-orang jahil.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengungkapkan banayak kata-kata antaranya:

Al-Quran merupakan minhaj atau jalan serta cara bagi kehidupan manusia.Al-Quran sebagai dustur kepada sebarang hukum.Al-Quran sebagai dustur kepada dakwah.
Kenyataan Kami

Sebagai mana yang dimaklumi, al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan hidayah kepada seluruh umat manusia. Antara perkara penting, Islam menganjurkan perpaduan dan kesatuan serta bertaaruf antara satu sama lain agar ikatan ukhuwah begitu ampuh sesama manusia. Ini akan memudahkan untuk mengimarahkan dunia yang layak menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Justeru, marilah kita menjadikan Nuzul al-Quran sebagai inspirasi untuk bersatu hati serta bertoleransi antara satu sama lain agar kita semua mencapai kebahagiaan abadi.

Penutup

Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran. Ianya mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Kepentingan dan manfaat al-Quran digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis berikut:

“Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”“Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”“Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca.“Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.”“Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.”
Kita perlu kembali kepada al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan hidup, selain ianya merupakan penghibur jiwa dan sumber ketenangan. Kalau tidak mampu membaca huruf Arab, perlulah terlebih dahulu mempelajarinya. Amat malang generasi kini bukan sahaja buta al-Quran tetapi buta huruf Arab yang menjadi perantaraan al-Quran. Anak-anak murid dulu memang diasuh dan diajar dengan tulisan Arab tetapi malangnya, sejak diharamkan pendidikan Arab di sekolah oleh tali barut musuh, ramai di antara kita sekarang tidak dapat membaca kitab-kitab lama yang bertulisan Arab. Malang sekali disebabkan tidak mengenal huruf Arab, lantas al-Quran dijauhi dan dimusuhi.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/maksud-nuzul-al-quran-dan-iktibar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Nuzul Al Quran Dan Kenapa Al Quran Diturunkan Kepada Umat Nabi Muhammad

Salam Nuzul Al Quran Dan Kenapa Al Quran Diturunkan Kepada Umat Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 646 hits
Salam Nuzul Al Quran dan Mengapa Al Quran Diturunkan kepada Umat Nabi Muhammad S A W Salam Nuzul Al Quran Kalau bukan kerana Nuzul Al Quran mungkin saya masih tak mengemaskini blog Allahurabi lamanya juga saya tinggal blog ini Kembali pada ...
Apa Yang Kita Wajib Tahu Mengenai Peristiwa Nuzul Al Quran

Apa Yang Kita Wajib Tahu Mengenai Peristiwa Nuzul Al Quran

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 330 hits
Alhamdulillah hari ini 17 Ramadan 1440 H sekali lagi kita diberikanNya kesempatan dan ruang untuk mengenang kembali satu lagi tarikh penting dalam kalendar umat Islam Hari ini merupakan tarikh terjadinya Wahyu Allah swt yang di turunkan kep...
Salam Nuzul Al Quran

Salam Nuzul Al Quran

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1824 hits
Haii assalamualaikum dan selamat malam korang buat apa tu Layan cerita sambil sambil pekena colek ke Colek apa tu nampak macam sedap je Sebenarnya saje je nak ucapkan Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat semua umat Islam hari ini 17 Rama...
Selamat Bercuti Sempena Nuzul Quran

Selamat Bercuti Sempena Nuzul Quran

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 419 hits
Al Quran diturunkan oleh Allah s w t pada 17 Ramadan yang disebut Malam Qadar Diturunkan Al Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus dan secara beransur ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi s a w Assalamu...
Kufi Wednesday Khas 78 Nuzul Al Quran

Kufi Wednesday Khas 78 Nuzul Al Quran

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 538 hits
Salam Nuzul Al Quran Bacalah al Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya
Salam Nuzul Quran

Salam Nuzul Quran

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 1376 hits
Assalamualaikum buat semua umat Islam Cikilamenari ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Quran buat semua Hari Nuzul Quran adalah hari untuk kita memperingati bahawa Al Quran telah diturunkan oleh Allah s w t pada 17 Ramadan yang d...
Nuzul Al Quran 1440h

Nuzul Al Quran 1440h

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 469 hits
Assalammualaikum wbtNUZUL AL QURAN 1440H Hari ini 17 Ramadhan Separuh bulan Ramadhan telah kita tempuhi dan berlalu Alhamdulillah Berbaki lagi separuh moga ianya juga menjadi rezeki indah untuk kita semua umat Islam melunaskannya dengan mem...
Nuzul Quran Hari Kemangkatan Mantan Agong

Nuzul Quran Hari Kemangkatan Mantan Agong

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 399 hits
KUALA LUMPUR Pada 22 Mei Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pukul 8 50 pagi Sultan Ahmad Shah 88 adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di Pertuan Agong sekarang ini Yang di Pertuan Agong bert...
Nuzul Quran 2019

Nuzul Quran 2019

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 514 hits
Assalammualaikum Dunia Hoooyeee hari nie 17 Ramadhan hari Nuzul Quran Melaka tak ambil cuti yer kita orang dah ambil masa 1 Ramadhan hari tue kepada yang cuti hari nie selamat bercuti Apakah makna hari Nuzul Qur an Bulan Ramadhan yang mulia...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm