Maksud Nabi Saw Mengetatkan Kain Apabila Masuk 10 Malam Akhir Ramadhan



Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan hadis yang menyebut bahawa Nabi akan mengetatkan kainnya apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan?

Jawapan:
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mana Nabi saw akan tingkatkan amalan dan ibadah Baginda. Khususnya apabila tiba 10 malam terakhir. Ini ternyata apabila Umm al-Mukminin Aisyah r.anha meriwayatkan perlakuan Nabi saw ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
“Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).” [Riwayat al-Bukhari (2024)]

Di dalam riwayat lain menyebut :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَجْتَهِدُ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مَا لاَ يَجْتَهِدُ فِى غَيْرِهِ
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.” [Riwayat Muslim (2845)]

Namun apakah yang dimaksudkan bahawa Nabi mengetatkan kainnya apabila tiba 10 malam terakhir?

Para Ulama berselisih pandangan berkenaan maksud sebenar ungkapan tersebut. Kami nukilkan pandangan para ulama berkenaan tafsiran bahawa Nabi saw mengetatkan kainnya ketika masuk 10 malam terakhir.

1. Ungkapan tersebut adalah kinayah. Ia menunjukkan bahawa Nabi saw bersungguh-sungguh di dalam ibadat khususnya pada 10 malam terakhir. Ini berdasarkan hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya. Kata Aisyah:

كَانَ يَخْلِطُ فِي الْعِشْرِينَ الْأُولَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نَوْمٍ وَصَلَاةٍ فَإِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ جَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
“Pada 20 hari yang awal Nabi saw akan mencampurkan malamnya dengan tidur dan solat. Apabila masuk 10 malam terakhir, Baginda akan bersungguh-sungguh dan mengetatkan kainnya.” [Riwayat Imam Ahmad (24390) di dalam Musnad]

Jika dilihat bahawa ungkapan bersungguh-sungguh digandingkan dengan perlakuan mengetatkan kain. Ini menunjukkan adanya kesungguhan. Pandangan ini adalah pandangan yang dikemukan oleh al-Munawi di dalam Faid al-Qadir.


2. Ungkapan tersebut bermakna bahawa Nabi saw pada malam tersebut tidak menggauli isteri-isteri Baginda. Ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian ulama silam seperti Sufian al-Thauri. Pandangan ini dikeluarkan ditafsirkan berdasarkan hadis riwayat Aisyah. Aisyah meriwayatkan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، ثُمَّ لَمْ يَأْتِ فِرَاشَهُ حَتَّى يَنْسَلِخَ
“Nabi saw apabila masuknya Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kainnya kemudian Baginda tidak akan mendatangi tempat tidurnya sehingga bulan tenggelam (waktu siang).” [Riwayat Ibnu Khuzaimah (2216) di dalam Sahihnya]

Ia juga ditafsirkan melalui riwayat Ali r.a. Beliau menyebut:

كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَانَ الْعَشْرُ الأَوَاخِرُ مِنْ رَمَضَانَ شَمَّرَ الْمِئْزَرَ وَاعْتَزَلَ النِّسَاءَ
“Nabi saw apabila sampai 10 malam terakhir daripada Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain dan menjauhi isteri-isterinya.” [Riwayat al-Baihaqi (8825) di dalam Sunan al-Kubra]

Pandangan ini juga mengatakan bahawa Nabi saw secara kebiasaannya akan beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan. Dan orang yang beriktikaf dilarang untuk menggauli isterinya berdasarkan nas al-Quran. Inilah yang dapat difahami melalui firman Allah swt:

فَٱلْـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبْتَغُوا۟ مَا كَتَبَ ٱللَّـهُ لَكُمْ ۚ
“Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu.” (Surah al-Baqarah : 187)

Ini bermakna bahawa pada malam hari puasa, dibenarkan menggauli isteri. Akan tetapi Nabi saw mengetatkan kainnya pada 10 malam terakhir untuk memberi isyarat bahawa malam itu perlu dipenuhkan dengan ibadat untuk mencari Lailatul Qadar bukannya menggauli isteri walaupun pada hakikatnya itu adalah perkara yang harus.

Pandangan ini adalah pandangan yang ditarjihkan juga oleh Ibnu Rajab al-Hanbali di dalam kitabnya Lataif al-Ma’arif.

Kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan Nabi saw mengetatkan kainnya apabila tiba 10 malam terakhir ada dua pandangan. Ada yang mengatakan ia bermaksud Nabi saw bersungguh-sungguh apabila tiba 10 malam terakhir dan ada yang berpandangan maksud sebenar ungkapan itu adalah pada 10 malam terakhir, Nabi tidak menggauli isteri-isterinya.

Kami berpandangan bahawa kedua-dua makna tersebut boleh digabungkan dan diharmonikan. Ini membawa makna bahawa pada 10 malam terakhir Nabi saw akan bersungguh-sungguh beribadah dan Baginda juga tidak menggauli isterinya kerana ingin fokus sepenuhnya.

Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/maksud-nabi-saw-mengetatkan-kain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Harta Bisa Berkah Di Akhir Ramadhan

Bagaimana Harta Bisa Berkah Di Akhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 426 hits
Tulisan akan menjelaskan enam kiat bagaimana harta bisa berkah di akhir Ramadhan semoga semakin memberkahi harta kita Posting ditampilkan lebih awal di
Baca Doa Ini Di Akhir Ramadhan Kerana Doa Ini Mampu Buatkan Air Mata Mengalir Tanpa Sedar

Baca Doa Ini Di Akhir Ramadhan Kerana Doa Ini Mampu Buatkan Air Mata Mengalir Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 749 hits
Doa senjata mukmin Doa ibarat air dan oksigen Yang sangat penting untuk hati kita terus bernafas segar Doa semua orang boleh berdoa Nak pula di bulan Ramadhan ni lagilah perlu banyakkan doa Doalah pasti Allah kabulkan Dan Rabbmu berfirman B...
5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi Saw

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 590 hits
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman se...
Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

Video Jadi Rindu Pada Junjungan Nabi Muhammad Saw Meremang Bulu Roma Dengar Nyanyian Alif Satar Raihan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 578 hits
Wah Tak Sangka Alif Satar Boleh Nyanyi Nasyid Meremang bulu roma dengar nyanyian Alif Satar Raihan BAGI yang lahir pada tahun 1990 an sebut sahaja nama kumpulan nasyid Raihan pasti ramai yang terimbau kenangan lama Tribute Pasti anda merind...
4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 405 hits
Assalammualaikum dan Salam RamadhanSetiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat canti...
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 657 hits
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya Memasuki hari hari terakhir dalam bulan mulia Ramadhan Terasa begitu sekejap masa berlalu tentunya dalam meniti kepergian bulan Ramadhan ini 10 hari...
Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda Dalam Hadis Rasulullah Saw

Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda Dalam Hadis Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 697 hits
Bila Malam Lailatul Qadar 2019 Ini 5 Tanda dalam Hadis Rasulullah SAW Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Pejam celik pejam celik dah masuk kita ke 10 malam terakhir Ramadhan 1440H Nope Its actually already 5 malam terakhir Ramadan ...
Tips Menjelang 10 Malam Terakhir Ramadhan

Tips Menjelang 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 333 hits
Pejam celik pejam celik dah tak terasa kita sudah berpuasa selama 18 hari Memang cepat masa berlalu dan tak terasa Ramadan bakal meninggalkan kita Dalam kita menghitung hari kita sememangnya menanti dan mengharapkan bertemu malam yang penuh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization