Maksud Mimpi Gigi Patah Antara Suratan Dan Kebetulan
Assalamualaikum.
Tergerak hati pula nak kongsikan tentang mimpi gigi patah. Tiba-tiba teringat akan hal ini. Selalu dengar orang yang alami. Kali ini, ia terjadi pada Cik Rose. Allahuakbar,.
Memang ada yang kata mimpi ialah mainan tidur. Namun, bila ia benar-benar berlaku, membuatkan hati ini jadi takut, risau dan sedih sekali.
Kejadian berlaku pada minggu pertama @ kedua bulan Ramadhan yang lepas. Cik Rose bermimpi gigi atas sebelah kiri patah. Terjaga dari tidur, terus Cik Rose ludahkan di sebelah kiri sebanyak 3 kali. Cik Rose memang tak ceritakan pada sesiapa. Kerana Cik Rose takut.
* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau meninggal dunia.
Paginya, Cik Rose call mak di kampung. Tanyakan tentang semua ahli keluarga yang lain. Bila duduk jauh, perkara ini memang merisaukan Cik Rose. (Cik Rose di Johor dan keluarga di Kedah)
~ Untuk makluman arwah kakak ada di rumah mak. Arwah masuk hospital pada bulan April, dan Cik Rose memang balik kampung jaga dia. 2 minggu di hospital, arwah dapat balik rumah. Tak dapat detect sakit apa. Insyaallah jika berkesempatan dan kuat hati ni, akan Cik Rose coretkan di sini.
Cik Rose berkongsi cerita ini dengan kakak sulong, Along. Rupanya Along pun ada juga bermimpi. Tapi, bukanlah hari yang sama.
Kerisauan di hati memuncak bila seminggu sebelum Syawal, arwah kakak di masukkan hospital dan tidak sedar. Sudah tertulis, arwah meninggal dunia pada 13 Jun 2019, Khamis malam Jumaat di rumah. (mohon bacakan Al Fatihah buat arwah kakak Cik Rose, Rosliana )
Bila teringat kembali akan mimpi itu, membuatkan hati Cik Rose sedih. Allah. Ia benar-benar terjadi.
Bukan mahu mengiakan atau menidakkan. Cik Rose hanya berkongsi cerita sahaja. Apapun yang terjadi, semua dah tertulis. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Berkuasa. Walaubagaimana kita berusaha sekalipun, jika Allah berkehendakan, ia tetap terjadi.
Cik Rose tak tahu jika korang pun pernah alami. Tapi, ini pengalaman pertama Cik Rose. Janganlah mengatakan yang Cik Rose taksub dengan mimpi. Tidak.
Di sini, Cik Rose kongsikan 3 jenis mimpi dalam Islam.
SUMBER : 3 JENIS MIMPI DALAM ISLAM
#1- Mimpi Kerana Imaginasi Sendiri (Hadis an-nafs)
Mimpi inilah yang dimaksudkan dengan bisikan hati seperti dalam hadis awal di atas. Ia berlaku kesan daripada apa yang difikirkan sehari-hari. Saintis yang mengkaji tentang mimpi berkata bahawa mimpi seperti ini berlaku setiap malam dalam fasa tidur yang dipanggil Rapid Eye Movement (REM)
Tandanya, apabila bangun daripada tidur, mimpi tersebut seakan-akan segar, namun tidak lama, mimpi itu kita lupakan. Mimpi dalam fasa ini juga boleh dipengaruhi oleh perkara di sekitar – bunyi, percikan air dan juga cahaya. Suara panggilan dari rakan contohnya sewaktu tidur boleh juga masuk ke dalam mimpi seakan-akan seperti ada yang memanggil.
#2- Mimpi Kerana Syaitan
Mimpi kerana pengaruh syaitan dipanggil sebagai ‘hulm’. Antara tanda-tandanya ialah mimpi yang menakutkan dan mengerikan seperti dikejar. dibunuh dan sebagainya. Mimpi-mimpi sebegini adalah permainan syaitan yang tidak benar dan sebaiknya tidak diceritakan kepada orang lain .
Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan memberitahu bahawa dia bermimpi kepalanya terputus dan dia berlari mengejar kepalanya. Rasulullah SAW memberitahu bahawa mimpi sebegitu tidak perlu diceritakan kepada sesiapa.
Apa yang perlu dilakukan apabila bermimpi buruk?
Bacalah ta’awudz (A’udzu billahi mina syaitoni rajim) serta ludahlah ke sebelah kiri (meludah secara isyarat sahaja). Jika mimpi tersebut terlalu teruk, maka dirikanlah solat sunat dua rakaat bagi meminta pertolongan dan ketenteraman daripada Allah.
Satu lagi jenis mimpi yang dikategorikan di bawah mimpi hasil pengaruh syaitan ialah mimpi basah. Ia boleh jadi berlaku tanpa apa-apa sebab dan alasan. Dalam hal ini, tidak perlu menyalahkan diri apabila hal ini terjadi. Bangun sahaja daripada tidur lalu sucikanlah diri.
#3- Mimpi Daripada Allah (Mubassyirat atau ru’ya as solehah)
Mimpi jenis ini ialah mimpi yang baik daripada Allah. Ianya berlaku kepada para Nabi dan Rasul. Allah telah melindungi mimpi ini daripada syaitan dan imaginasi mereka yang bermimpi. Contohnya mimpi Nabi Ibrahim tentang baginda menyembelih anaknya. Juga Nabi Yusuf yang bermimpi tentang bintang yang bersujud padanya. Mimpi-mimpi tersebut memberi tanda kepada perkara yang akan berlaku kelak.
Mubasshirat atau mimpi yang menggembirakan hati ini boleh juga berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia suatu mimpi yang menyenangkan, positif dan juga jelas dan mampu diingati.
Ustaz Khalid Basalamah pernah bercerita tentang seorang anak muda dari Yaman. Beliau seorang yang buta matanya namun menghafal Quran. Sampai suatu ketika, hadir fitrah di hatinya rasa ingin berkahwin. Beliau berdoa selama satu bulan penuh supaya Allah mengurniakannya wanita paling cantik di Yaman, paling pintar dan paling kaya.
Tidak lama, beliau bermimpi tentang seorang wanita dari daerah tidak jauh dari tempat dia tinggal. Dan wanita tersebut merupakan anak seorang yang disegani.
Terbangun daripada mimpinya, beliau menceritakan tentang hal tersebut kepada ayahnya dan menyuruh ayahnya meminang gadis tersebut seperti dari alamat mimpinya. Akhirnya dengan kuasa Allah, pinangannya diterima dan beliau benar-benar berkahwin dengan wanita tersebut.
Mimpi yang dialami perlu bijak ditafsir. Kadang-kadang ia hanya mainan tidur, dan ada kala ia memang benar-benar tanda kebaikan yang Allah ingin berikan kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Wallahua’lam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2019/09/maksud-mimpi-gigi-patah-antara-suratan.html