Maksud Khunsa Macam Mana Bentuk Khunsa Dan Organ Khunsa


Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ KhunsaMaksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa | Heboh di fb pasal isu seorang khunsa Malaysia yang pergi buat umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Jom baca perkongsian Dr. Erna Nadia mengenai Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa.

Setiap detik, ada sahaja bayi dilahirkan ke muka bumi ini. Alhamdulillah bertambah umat manusia. Ada yang sihat, ada yang diuji dan ada yang masih keliru jantina nya.

Bayi yang dilahirkan khunsa atau ambigous genitalia ini bukan selalu berlaku. Jarang tapi ada. Jangan bersedih jika diuji begini. Syukur masih boleh makan minum dan hidup seperti orang normal.

Bayi yang dilahirkan dengan jantina yang meragukan ini dikatakan adalah disebabkan oleh DSD (Sexual development disorder). Kebiasaannya adalah disebabkan oleh masalah hormon.

Alat kelamin terbentuk tapi bukan seperti manusia normal yang mana jika lelaki kita tahu lelaki, jika wanita kita tahu wanita. Untuk kes khunsa, kedua dua alat kelamin wanita dan lelaki kelihatan.

Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ KhunsaAlat kelamin terbentuk melalui 3 cara asas ini :

1. Genetik. Ini berlaku sewaktu awal proses persenyawaan lagi, apabila sperma bercantum dengan ovum. Wanita membawa gene XX, lelaki membawa gene XY. Bila bergabung, bommm, genetik pun tercantum, dan kita boleh lihat samada bayi tu bawa gene XX atau XY yang datang dari mak ayahnya. Kes normal, senang cerita. Bila tak normal, samada XXX atau XXY atau apa sahaja, itulah yang kita kena siasat hingga ke akar umbi(perghh giteww).

2. Alat kelamin. Jika ada penis dan testis,maka tahulah kita itu pastinya bayi lelaki. Jika ada ovari, rahim dan vagina, maka tahulah kita itu bayi perempuan. Yang bikin kita keliru, bila ada keduanya sekali. Yang inilah yang mesti kita siasat. Hingga je akar umbi juga.

3. Selain dari itu, kita boleh juga mengetahui jantina melalui organ reproduktif dalaman seseorang. Melalui hormon.

Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ KhunsaUntuk wanita, hanya sedikit perubahan yang diperlukan untuk melihatkan faraj itu normal kerana vagina akan terus terhasil kemudian barulah ovari.

Bagi lelaki, lebih kompleks sedikit, mula mula sekali pembentukan testis akan menghasilkan hormon testosterone (hormon lelaki). Makin power hormon ini, maka akan makin terlihatlah alat kelamin lelaki, iaitu penis. Awalnya saiz penis ni lebih kurang saiz clitoris saja tetapi bila hormone dihydrotestosterone (DHT) makin hebat, penis pun membesar dan nampak dengan jelas. Sebab tu kadangkala waktu scan semasa hamil tu, boleh tersalah tengok. Lepas jadi penis,terbentuklah pula scrotum.

Semua proses ini berlaku seawal tiga bulan pertama semasa kandungan ibu. Haaaaa gitcheww.

Subhanallah hebat kan ciptaan Allah? 😊

Simptom bayi yang ada masalah DSD (sexual development disorder) ini akan memberi tanda tanda seperti :
1. Alat sulit yang tak nampak lelaki atau perempuan
2. Haid yang datang pada masa yang pelik, biasa bawah 18 tahun patut dah ada haid.
3. Masalah dengan hormon atau garam mineral dalam badan.
4. Hypospadias; keadaan di mana penis bukan di tempat biasa dan testis yang masih belum ada dalam scrotum.

Apakah penyebab berlaku DSD ini?
Biasanya diklasifikasikan berdasarkan gene dan alat kelamin.

1. 46XX DSD
Iaitu keadaan dalaman adalah perempuan ( ovari semua normal) tapi faraj nampak lebih maskulin. Ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak hormon lelaki di dalam badan. Ianya boleh berlaku akibat keadaan seperti congenital adrenal hyperplasia, placental aromatese deficiency, hormonal medications dan maternal hormonal imbalances.

2. 46XY DSD
Alat kelamin lain memang nampak seperti lelaki dan ada testis tapi penis nampak tak berapa penis/ tak jelas. Ini boleh disebabkan oleh masalah seperti testosterone biosynthesis defect, 5a-reductase deficiency, partial androgen insensitivity syndrome dan complete androgen insensitivity syndrome.

3. Disorders of gonadal differentiation
Keadaan di mana alat kelamin lelaki tidak sepenuhnya menjadi testis. Ada tiga keadaan iaitu :
a. Satu gonad masih pramatang, hanya satu yang jadi testis.
b. Kedua dua gonads jadi testis tapi ianya tak berfungsi seperti normal.
c. Kedua dua gonads mengalami pramatang dan tidak menjadi testis.

4. Overtesticular DSD
Ini yang paling jarang dimana di dalam gonads ada testis dan ovari. Ada setengah kes sebelah ada testis, sebelah ada ovari.

Jadi, macam mana nak diagnos ni?
Rileks.
Keadaan ini sudah lama dikaji DNA terjadi pun.
Walaupun tidak mudah mana, tapi semasa bayi lagi sudah boleh didiagnos. Ada juga yang sehingga remaja baru tahu mana lebih dominan. Lelaki atau perempuan.

Antara ujian yang boleh dilakukan adalah jeng jeng jeng:
1. Pemeriksaan fizikal. Ini yang paling asas la kan. Lepas keluar sahaja, doktor memang akam terus periksa bayi dari kepala sehingga ke kaki.
2. Ujian darah untuk tengok jenis kromosom(genetik) dan paras hormon.
3. Ultrasound atau ujian MRI untuk melihat organ dalaman.
4. Ujian genitogram untuk melihat organa dalaman. Ini termasuklah x-ray dan ujian memasukkan catheter ke dalam ruang bukaan antara anus dan alat kelamin. Ini boleh menunjukkan samada ada urethra (lelaki) dan saiz faraj (jika ada). Ujian ini penting jika ada yang plan untuk buat pembedahan.
5. Ujian biopsi. Sel tisu dari gonads akan diambil dan dikaji.
6. Paling jarang adalah gene probe studies.

Ujian ujian dilakukan semasa bayi untuk membantu ibu bapa mengetahui jantina anak mereka.

BACA JUGA Ikhtiar Hamil Untuk Lelaki Dengan Produk Zinc

Adakah perlu bedah atau tidak, itu semua bergantung pada penilaian ujian yang dilakukan dan bergantung kepada keadaan bayi tersebut. Doktor yang merawat akan berbincang dengan ibu bapa sendiri.

Contohnya:
Jika bayi perempuan dengan masalah mild congenital adrenal hyperplasia, tak perlu bedah pun. Hormone therapy sudah mencukupi melainkan jika faraj tertutup atau masalah lain. Biasanya masalah ini selesai bila umur bayi 12-18 bulan.

Kes bayi lelaki yang ada masalah hypospadias biasnya dirawat dengan pembedahan dan biasanya berjaya.

Bayi yang ada masalah DSD tapi mempunyai ovari yang normal, inshaAllah subur seperti wanita biasa.

Bayi lelaki dengan satu testis juga inshaAllah subur.

Ok, kesimpulan kata, biasanya masalah khunsa ini boleh diketahui mana yang lebih dominan sewaktu bayi lagi dan paling lambat pun bila remaja. Bila sudah remaja, lagi jelas kelihatan mana hormon yang lebih dominan 😊

Begitulah ceritanya.

Bila sudah didiagnos lelaki maka lelakilah.
Jika wanita, wanita lah dia.
Jangan ubah, berdosa.

Dr. Erna Nadia
Tak membenci namun mahu menegur.
Moga Islam kita tidak hanya pada nama. Harap kita semua dapat masuk syurga sama sama

https://www.academia.edu/4415457/HUKUM_PEMBEDAHAN_PERTUKARAN_JANTINA

https://www.urologyhealth.org/urologic-conditions/ambiguous-(uncertain)-genitalia

Semoga perkongsian ini memberi kefahaman kepada kita mengenai Maksud Khunsa, Macam Mana Bentuk Khunsa dan Organ Khunsa. Wallahualam.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee,
boleh terus hubungi Umi melalui Whatsapp* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat

Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

 Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.uminazrah.com/2020/02/maksud-khunsa-macam-mana-bentuk-khunsa-organ-khunsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

Sibuk Macam Mana Pun Jangan Biar Anak Makan Sorang Sorang Bila Dia Dah Besar Anda Akan Mula Sunyi

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 441 hits
Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka Sebagai ibu bapa pula anda mungkin terlalu sibuk membesarkan anak dan memenuhi keperluan sehingga tidak menyedari anak...
Abam Tak Pernah Tolak Program Dakwah Penat Macam Mana Pun Tetap Datang Pu Amin

Abam Tak Pernah Tolak Program Dakwah Penat Macam Mana Pun Tetap Datang Pu Amin

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 331 hits
Ramai yang terkesan dengan pemergian arwah Abam terutamanya dalam kalangan rakan baiknya tak kiralah selebriti mahupun pendakwah Terbaru PU Amin telah memuat naik status di laman Instagramnya berita mengenai arwah Abam yang baru sahaja meng...
Macam Mana Cx5

Macam Mana Cx5

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 393 hits
Apakah komen Master selepas pandu uji Mazda CX5 pada Sabtu lepas So macam mana pengalaman kau pandu uji Mazda CX5 tu Soalan daripada Mr J itu memulakan bicara di stesen kerja beliau tatkala Master agak mengantuk pada saat itu Bagus pengenda...
Macam Mana Nak Tahu Whatsapp Kena Block Dengan Orang Lain

Macam Mana Nak Tahu Whatsapp Kena Block Dengan Orang Lain

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 939 hits
Macam mana nak tahu whatsapp kena block dengan orang lain Assalamualaikum dan salam sejahtera Dalam zaman serba maju sekarang ni whatapp di antara perkara penting yang perlu ada pada setiap orang Ada macam macam group whatsapp yang ada Dan ...
Macam Mana Pondan Nak Buang Anak Kalau Beranak Pun Tak Boleh

Macam Mana Pondan Nak Buang Anak Kalau Beranak Pun Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 736 hits
Sejak kebelakangan ini ramai orang telah mulai mengangkat kadbod kepada orang awam dengan menyampaikan mesej mesej tertentu dengan niat memerli sesetengah pihak Tindakan tersebut tular selepas sekumpulan pemuda memuat naik aktiviti mereka d...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 265 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
Macam Mana Braces Betulkan Gigi Berterabur Ini Proses Yang Berlaku

Macam Mana Braces Betulkan Gigi Berterabur Ini Proses Yang Berlaku

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 275 hits
Pasti ramai diantara kita yang pernah memakai pendakap gigi dan pernah ada kenalan yang memakainya Pemakaian pendakap gigi ini kini telah menjadi trend terutamanya kepada golongan muda Selain dapat membetulkan kedudukan gigi yang tidak tera...
Kalau Aku Langgar Kau Tadi Macam Mana

Kalau Aku Langgar Kau Tadi Macam Mana

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 384 hits
7 Februari 2020 viral di media sosial video dashcam yang menunjukkan seorang penunggang motosikal mengalami kemalangan di atas kecuaiannya sendiri nbsp Bukan itu sahaja malah dia hampir menyebabkan kenderaan lain menggilisnya dalam kejadian...
Pemimpin Pkr Disaran Pakat Saman Mana Individu Yg Patut Supaya Story Anwar Tak Saman Yusuf Rawther Tenggelam

Pemimpin Pkr Disaran Pakat Saman Mana Individu Yg Patut Supaya Story Anwar Tak Saman Yusuf Rawther Tenggelam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 292 hits
Apabila polis tidak mengambil APA tindakan kepada Yusuf RAWTHER ia membawa maksud laporan polis bukan palsu Dan rekaan Tidaklah boleh dianggap fitnah Ia kekal sebagai pertuduhan Tiada tindakan JUGA KE atas Anwar Adakah itu bermaksud AG suda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana