Maksud Dua Solat Yang Sejuk Dalam Hadith



SOALAN:
Apakah yang dimaksudkan dengan dua solat sejuk di dalam hadith?

JAWAPAN:
Berdasarkan soalan di atas, hadith yang dimaksudkan itu ada diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya pada bab kelebihan solat Fajar dan juga ia turut diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya pada bab kelebihan dua solat iaitu Subuh dan Asar serta kepentingan menjaga keduanya:

Daripada Abu Musa al-Asy’ari R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى البَرْدَيْنِ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Barangsiapa yang menunaikan dua solat yang sejuk akan masuk syurga.” [Riwayat al-Bukhari (574) dan Muslim (635)]

Imam Ibn Hajar al-Asqalani (852H) berkata ketika mensyarahkan hadith ini, solat yang dimaksudkan adalah solat Fajar dan Asar. Hal ini dibuktikan degan hadith Jarir R.A:

صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا
“Solat sebelum terbit dan sebelum terbenamnya matahari.” [Riwayat al-Bukhari (554)]

Tambahan pula, terdapat penambahan di dalam riwayat Imam Muslim bahawa solat yang dimaksudkan adalah Asar dan Subuh. [Lihat: Fath al-Bari, 2/53]

Di samping itu juga, Imam Badr al-Din al-‘Aini (855H) juga menyatakan makna dua solat yang sejuk adalah solat Fajar dan Asar. Beliau turut menukilkan pandangan al-Qurthubi bahawa kebanyakan para ulama' berkata maksud dua solat sejuk tersebut adalah Fajar dan Asar. Ia dinamakan sedemikian adalah disebabkan ia dilakukan di dalam waktu yang sejuk (tidak panas). Imam al-Khattabi berkata dinamakan dengan dua solat yang sejuk disebabkan ia dilakukan dalam waktu siang yang sejuk. [Lihat: ‘Umdah al-Qari, 5/71]

Selain itu juga, di sana ada dinyatakan ganjaran bagi orang yang memelihara dua solat ini dengan baik iaitu akan diberikan syurga. Imam al-Qurthubi (656H) berkata orang yang menjaga dua solat ini dengan baik sesekali tidak akan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan keberkatan yang akan diperolehi apabila mereka berterusan melakukan serta memeliharanya. [Lihat: al-Mufhim, 2/262]

Penutup

Kesimpulannya, hadith berkaitan dua solat yang sejuk adalah hadith muttafaqun ‘alaih iaitu yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim. Adapun maksud dua solat yang sejuk adalah solat Fajar atau Subuh dan Asar. Semoga dengan sedikit pencerahan yang ringkas ini dapat memberi manfaat serta kefahaman kepada kita dalam memahami ilmu hadith. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama seterusnya dapat kita beramal dengannya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/maksud-dua-solat-yang-sejuk-dalam-hadith.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Zukhrina Dalam Selawat Solat Tarawih

Maksud Zukhrina Dalam Selawat Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 309 hits
SOALAN Kita biasa mendengar sewaktu Solat Terawih bilal membacakan selawat seperti berikut pada selang dua rakaat Persoalan saya apakah yang dimaksudkan dengan zukhrina dalam selawat berkenaan JAWAPAN Dalam kitab Lisan al Arab zakhara al ba...
Maksud Bacaan Dalam Solat

Maksud Bacaan Dalam Solat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1570 hits
Ada orang dah solat berpuluh tahun tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang Oleh itu marilah kita renung renungkan dan faham fahamkan setiap rangkap yang kit...
Maksud Hadith Kelebihan Orang Parsi

Maksud Hadith Kelebihan Orang Parsi

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 284 hits
SOALAN Apakah status hadith ini Daripada Abu Hurairah R A berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda Sekiranya ilmu berada di bintang al Thurayya maka akan dicapai oleh manusia daripada anak anak orang Parsi JAWAPAN Berdasarkan soalan di atas ...
Solat Jumaat Di Negeri Perlis Dibatalkan Bimbang Penularan Covid 19

Solat Jumaat Di Negeri Perlis Dibatalkan Bimbang Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 460 hits
Wabak penularan covid 19 di Malaysia dilihat semakin meningkat orang ramai dinasihatkan agar sentiasa menjaga diri dan tidak berada di tempat yang sesak bagi mengurangkan terjadinya kes ini Hal ini disebabkan kerana isu seorang warga Brunie...
Covid 19 Tak Perlu Hentikan Solat Jumaat Hanya Pendekkan Khutbah

Covid 19 Tak Perlu Hentikan Solat Jumaat Hanya Pendekkan Khutbah

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 582 hits
Situasi semasa penularan virus COVID 19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada l...
Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan

Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosque Taiwan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 364 hits
Kalau ditanya bagaimana keadaan orang Islam yang berada di Taipei khususnya melakukan Solat Jumaat boleh baca artikel ini Ini antara perkongsian sahabat saya yang menetap di Taipei bagaimana situasi Solat Jumaat Di Masjid Taipei Grand Mosqu...
Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

Solat Jumaat Ketika Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 349 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Naim harap semua berada bersama sama keluarga tercinta Jangan di lupa untuk berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad semoga di akhirat kelak kita akan mendapat syafaat daripada Baginda Nabi ...
Covid 19 Solat Jumaat Diteruskan Khutbah Perlu Pendek Dr Zulkifli

Covid 19 Solat Jumaat Diteruskan Khutbah Perlu Pendek Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID 19 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Zulkifli bagaimanapun menasihatkan pihak masjid serta or...
Produk Baru Jam Tangan Solat Untuk Wanita Fully Leather Tahu

Produk Baru Jam Tangan Solat Untuk Wanita Fully Leather Tahu

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 773 hits
Jam Tangan Solat Digital khas buat kaum wanita Waahh teruja sungguh kan Kita ni wanita memang suka apa sahaja produk yang didatangkan khas buat diri kita Bukan apa Wanita ni sesekali sekala perlu dihargai dengan produk yang exclusive dan di...
Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana