Maksud Hadith Kelebihan Orang Parsi



SOALAN:
Apakah status hadith ini? Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

لَوْ كَانَ الْعِلْمُ بِالثُّرَيَّا، لَتَنَاوَلَهُ نَاسٌ مِنْ أَبْنَاءِ فَارِسَ
“Sekiranya ilmu (agama) berada di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh manusia daripada anak-anak orang Parsi.”

JAWAPAN:
Berdasarkan soalan di atas, hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya [Lihat: Musnad Ahmad (10057) (9440)] dan juga Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya. [Lihat: Sahih Ibn Hibban (7309)]

Selain itu, hadith ini juga diriwayatkan dengan matan yang sedikit berbeza di antara satu sama lain tetapi membawa makna yang sama. Antaranya:

1. Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْ كَانَ الإِيمَانُ عِنْدَ الثُّرَيَّا، لَنَالَهُ رِجَالٌ - أَوْ رَجُلٌ - مِنْ هَؤُلاَءِ
“Sekiranya iman itu berada di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh lelaki-lelaki atau lelaki daripada golongan mereka (orang Parsi).” [Riwayat al-Bukhari (4897)]

2. Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْ كَانَ الْإِيمَانُ عِنْدَ الثُّرَيَّا، لَنَالَهُ رِجَالٌ مِنْ هَؤُلَاءِ
“Sekiranya iman itu berada di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh manusia daripada golongan mereka (orang Parsi).” [Riwayat Muslim (2546)]

3. Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْ كَانَ الإِيمَانُ مَنُوطًا بِالثُّرَيَّا لَتَنَاوَلَهُ رِجَالٌ مِنْ فَارِسَ
“Sekiranya iman itu tergantung di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh manusia daripada anak-anak orang Parsi.” [Riwayat al-Tirmidzi (3261)]

4. Daripada Abu Hurairah R.A berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَوْ كَانَ الْإِيمَانُ مُعَلَّقًا بِالثُّرَيَّا لَتَنَاوَلَهُ رِجَالٌ مِنْ قَوْمِ هَذَا
“Sekiranya iman itu tergantung di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh manusia daripada kaum ini (kaum Parsi).” [Riwayat Ibn Hibban (7308)]

Adapun, berkaitan hukum hadith ini, di sini kami nukilkan beberapa pandangan para ulama' dalam menilai riwayat atau hadith ini:

Imam Ibn Hibban (354H) menilai hadith ini sebagai sahih dengan sanad yang berbeza. [Lihat: Sahih Ibn Hibban (7309), 16/299]Imam al-Suyuthi (911H) menghukum hadith ini sebagai dhaif di dalam kitabnya. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, 2/239]Syeikh Syu’aib al-Arna’outh (1438H) menghukum hadith ini sanad hadith ini dhaif disebabkan oleh Syahr bin Haushab. [Lihat: Musnad Ahmad, 16/90]
Melihat kepada beberapa pandangan di atas, hadith di atas adalah sahih mengikut jalur atau sanad daripada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim tanpa melalui perawi bernama Syahr bin Haushab. Tambahan pula, hadith ini secara umumnya membicarakan berkaitan kelebihan bangsa Parsi berbanding bangsa-bangsa yang lain. Akan tetapi, terdapat sebab mengapa hadith ini diucapkan oleh Nabi SAW sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith:

Daripada Abu Hurairah RA berkata:

كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأُنْزِلَتْ عَلَيْهِ سُورَةُ الجُمُعَةِ: (وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ) [الجمعة: 3] قَالَ: قُلْتُ: مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ فَلَمْ يُرَاجِعْهُ حَتَّى سَأَلَ ثَلاَثًا، وَفِينَا سَلْمَانُ الفَارِسِيُّ، وَضَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَهُ عَلَى سَلْمَانَ، ثُمَّ قَالَ: لَوْ كَانَ الْإِيمَانُ عِنْدَ الثُّرَيَّا، لَنَالَهُ رِجَالٌ مِنْ هَؤُلَاءِ
Sedang kami duduk bersama Nabi SAW, lalu turun kepada Baginda SAW surah al-Jumu’ah: “Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain daripada mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka” [al-Jumu’ah: 3]. Aku berkata: “Siapakah mereka wahai Rasulullah SAW?” Nabi SAW tidak menjawab sehingga ditanya sebanyak tiga kali. Di sisi kami adanya Salman al-Farisi dan Nabi SAW meletakkan tangan Baginda SAW di atas badan Salman sambil berkata: “Sekiranya iman itu berada di bintang al-Thurayya, maka akan dicapai oleh lelaki-lelaki daripada golongan mereka (orang Parsi).” [Riwayat Muslim (2546)]

Untuk itu, hadith ini diucapkan oleh Nabi SAW ketika Baginda SAW memuji salah seorang sahabat Baginda SAW iaitu Salman al-Farisi yang mana beliau merupakan salah seorang berbangsa Parsi. Di samping itu juga, Syeikh Mulla Ali al-Qari (1014H) ketika mensyarahkan hadith ini mengatakan ia berkemungkinan kesungguhan Salman al-Farisi di dalam mencari kebenaran atau cahaya hidayah. Hadith ini juga boleh membawa maksud orang atau bangsa ‘ajam (asing) keseluruhannya (bukannya hanya Parsi sahaja) kerana kesemua itu tergolong dalam orang-orang yang buta huruf (belum mendapat hidayah seperti orang Arab di zaman Jahiliyyah) ataupun ia hanya khusus kepada orang (bangsa) Parsi sahaja (dan bukannya bangsa selain Parsi). [Lihat: Mirqah al-Mafatih, 9/4005]

Selain itu. makna bintang al-Thurayya adalah (dalam ilmu astronomi) Pleiades iaitu sebuah kelompok bintang terbuka di buruj Taurus. Ia merupakan kelompok bintang paling jelas dilihat dengan mata kasar dan ia merupakan salah satu buruj yang terdekat dengan Bumi. [Lihat: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pleiades]

Bertitik tolak daripada penjelasan di atas, ramai juga para ulama' yang bukan berbangsa Arab seperti Abu Hanifah iaitu pengasas kepada mazhab Hanafi di dalam bidang Fiqh dan sebahagian besar ulama' hadith adalah bukan berbangsa Arab seperti:

Imam al-BukhariImam MuslimImam al-TirmidziImam al-Nasa’ieImam Ibn MajahImam al-Hakim al-Naysaburi
Walau bagaimanapun, kemuliaan seseorang individu itu bukan terletak pada bangsanya semata-mata. Ini kerana, bangsa Arab merupakan bangsa yang paling mulia kerana Nabi Muhammad SAW dipilih oleh Allah SWT daripada bangsa tersebut tetapi apabila seseorang itu berpegang pada kebenaran dan ketaqwaan maka dia akan menjadi mulia walau apa jua bangsanya. Iman dan taqwalah yang menjadi kayu ukur yang sebenar dalam menilai kehebatan, kemuliaan dan ketokohan seseorang itu.

Penutup

Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih mengikut jalur mengikut jalur seperti mana yang dinilai oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dengan sanad yang dibawa oleh mereka. Selain itu juga, hadith ini menunjukkan kelebihan salah seorang daripada sahabat Nabi SAW yang mulia bernama Salman al-Farisi sehinggakan Nabi SAW menggolongkannya daripada ahli keluarga Baginda SAW. Di samping itu, hadith di atas juga menunjukkan agama ini juga akan dipelihara atau dijaga oleh bangsa-bangsa lain selain daripada bangsa Arab dan hal ini telah dibuktikan dengan ramainya tokoh-tokoh terkenal di dalam Islam yang bukan berbangsa Arab.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bertaqwa dan sentiasa memberi sumbangan terhadap agama ini. Amin. Wallahua’lam

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/maksud-hadith-kelebihan-orang-parsi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini 5 Kelebihan Cuka Epal Yang Tidak Diketahui Semua Orang

Ini 5 Kelebihan Cuka Epal Yang Tidak Diketahui Semua Orang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 149 hits
Ini 5 kelebihan cuka epal yang tidak diketahui semua orang Mesti kita biasa dengar tentang cuka epal kan Awal Dulu aku ingat cuka epal ni rasanya macam air zapple tu rupanya tidak tuan puan semua Rasanya sedikit keras bila melalui tekak ses...
Hadis Palsu Dan Keliru Kelebihan Puasa Di Bln Rejab

Hadis Palsu Dan Keliru Kelebihan Puasa Di Bln Rejab

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 630 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 08 32 PM Bulan Rejab antara bln yg ditunggu oleh kebykan umat Islam
8 Kelebihan Sauna Yang Mesti Anda Tahu

8 Kelebihan Sauna Yang Mesti Anda Tahu

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 425 hits
Bila sebut tentang sauna pasti terbayang tentang khemah panas dan yang kelihatan cuma kepala sahaja kan Eh itu CN Anda pula macam mana Sauna ini sebenarnya ada pelbagai bentuk Sauna bermaksud mandi wap yang menyegarkan badan Maksud lain sau...
60 Persen Angka Kecelakaan Di Jalan Tol Disebabkan Truk Kelebihan Muatan

60 Persen Angka Kecelakaan Di Jalan Tol Disebabkan Truk Kelebihan Muatan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 181 hits
Anggota Badan Pengatur Jalan Tol Unsur Kementerian PUPR Agita Widjajanto mencatat sebanyak 60 persen angka kecelakaan di ruas tol masih disebabkan oleh kendaraan Over Dimension Over Load Untuk itu dia mengimbau bagi pemilik kendaraan yang d...
Proton X50 Bakal Gugat Keluaran Suv Jenama Lain Atas Kelebihan Harga Yang Lebih Menarik

Proton X50 Bakal Gugat Keluaran Suv Jenama Lain Atas Kelebihan Harga Yang Lebih Menarik

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 310 hits
Proton X50 bakal punya saiz yang lebih kecil dari X79 Ia yang disahkan bakal dilancarkan tahun ini dilihat bakal memberi saingan di kalangan pengeluar kereta SUV segmen B dan C Kesemua varian tersebut ditawarkan dengan enjin 3 silinder 1500...
Kelebihan Dan Kelemahan Nissan Almera Yang Korang Kena Tahu Sebelum Membeli

Kelebihan Dan Kelemahan Nissan Almera Yang Korang Kena Tahu Sebelum Membeli

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1148 hits
Nak bagi tahu Nissan Almera ni kira bagus la jika nak cari yang kelas ekonomi tapi yang memang target nak kereta tip top elok beli yang full spec atau cari kereta model up sikit Kelebihan Nissan Almera ni ialah pertamanya kenapa orang beli ...
Kelebihan Melabur Dalam Saham Di Malaysia

Kelebihan Melabur Dalam Saham Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 203 hits
Kelebihan melabur dalam saham di Malaysia Apa faedah yang dapat anda peroleh sekiranya anda menceburkan diri dalam bidang pelaburan Selain daripada keuntungan yang tinggi melabur dalam saham ternyata banyak kelebihannya
Ini Kelebihan Lelaki Memilih Wanita Yang Tak Suka Makeup Sebagai Calon Isteri

Ini Kelebihan Lelaki Memilih Wanita Yang Tak Suka Makeup Sebagai Calon Isteri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 19577 hits
Gambar hiasanMungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yan...
Kopi Hijau Alana Khasiat Dan Kelebihan

Kopi Hijau Alana Khasiat Dan Kelebihan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 382 hits
KHASIAT KEBAIKAN ALANA KOPI HIJAU Meningkatkan metabolisma tubuhBadan lebih segar cergas bertenaga Mengenyangkan kawal selera makanTinggi antioksidan untuk Awet mudaMembuang toksin dalam badan Melancarkan sistem penghadaman Sesuai untuk lel...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities