Makna Sebenar Di Sebalik Lagu Bohemian Rhapsody Ciptaan Freddie Mercury



Lagu Bohemian Rhapsody ciptaan vokalis utama The Queen iaitu Freddie Mercury adalah lagu yang melonjakkan nama  kumpulan rock British yang ditubuhkan pada 1970 ke persada dunia sehingga ke hari ini. 
Generasi Y tidak boleh disalahkan jika tidak tahu lagu Bohemian Rhapsody kerana The Queen lebih dikenali dengan lagu We Are The Champions yang sering berkumandang pada acara sukan terutama bola sepak.
Namun, ketahuilah Bohemian Rhapsody ialah lagu klasik yang dianggap ramai pihak, sama ada penganalisis industri mahupun pendengar biasa sebagai antara lagu terbaik pernah dicipta.
Bohemian Rhapsody ialah lagu yang mempamerkan sudut kreativiti Freddie yang luar biasa pada zamannya. Secara ringkasnya, lagu ini mencantumkan tiga genre iaitu cappella, opera dan rock. Lagu ini tiada korus. Ini menjadikannya sangat panjang iaitu 5 minit 55 saat. Sekali gus bermakna sulit untuk disiar di radio.

Lagu ini adalah antara yang paling banyak dianalisis daripada segi lirik dan muzik dalam sejarah muzik global. Ramai beranggapan lirik ini ditulis oleh Freddie berkaitan penyakit AIDS yang dihidapinya. Baca liriknya dibawah ini : 
Is this the real life? Is this just fantasy?Caught in a landslide, no escape from realityOpen your eyes, look up to the skies and seeI'm just a poor boy, I need no sympathyBecause I'm easy come, easy go, little high, little lowAny way the wind blows doesn't really matter to me, to me
[Verse 1]Mama, just killed a manPut a gun against his head, pulled my trigger, now he's deadMama, life had just begunBut now I've gone and thrown it all awayMama, ooh, didn't mean to make you cryIf I'm not back again this time tomorrowCarry on, carry on as if nothing really matters
[Verse 2]Too late, my time has comeSends shivers down my spine, body's aching all the timeGoodbye, everybody, I've got to goGotta leave you all behind and face the truthMama, ooh, (Any way the wind blows)I don't want to dieI sometimes wish I'd never been born at all
[Guitar Solo]
[Verse 3]I see a little silhouetto of a manScaramouche, Scaramouche, will you do the Fandango?Thunderbolt and lightning, very, very fright'ning me(Galileo.) Galileo. (Galileo.) Galileo. Galileo Figaro magnificoI'm just a poor boy, nobody loves meHe's just a poor boy from a poor familySpare him his life from this monstrosityEasy come, easy go, will you let me go?Bismillah! No, we will not let you go(Let him go!) Bismillah! We will not let you go(Let him go!) Bismillah! We will not let you go(Let me go) Will not let you go(Let me go) Will not let you go(Let me go) AhNo, no, no, no, no, no, no(Oh mamma mia, mamma mia) Mamma mia, let me goBeelzebub has a devil put aside for me, for me, for me!
[Verse 4]So you think you can stone me and spit in my eye?So you think you can love me and leave me to die?Oh, baby, can't do this to me, baby!Just gotta get out, just gotta get right outta here!
[Guitar Solo]
[Outro]Nothing really matters, anyone can seeNothing really mattersNothing really matters to meAny way the wind blows


Freddie yang lahir pada 5 September 1946 meninggal dunia disebabkan bronchopneumonia kesan daripada AIDS pada 24 November 1991, sehari selepas membuat pengumuman mengenai penyakitnya.


Freddie Mercury ialah seorang berketurunan Parsi dengan nama asalnya, Farrokh Bulsara, lahir di Tanzania dan membesar di negara yang ketika itu dijajah British. Dia kemudiannya belajar di India sehingga usia belasan tahun sebelum berhijrah ke London bersama keluarganya pada usia 17 tahun. Freddie juga adalah antara selebriti terkenal yang menganut agama 'Zoroastrian' iaitu agama kuno di Arab yang datang sebelum Islam. Disebabkan itu, tidak hairanlah mengapa beliau ada meletakkan 'Bismillah' dalam lirik lagu ini.
Teori mengatakan Freddie menceritakan perihal penyakit AIDS ditolak kerana pada 1975, dia belum bertukar menjadi homoseksual. Tetapi terdapat pengkaji mencatatkan kemungkinan pergolakan jiwa pada Freddie yang ketika itu, sedang mengalami desakan perasaan setelah berkahwin dengan isterinya selama tujuh tahun.
Fantasi
Freddie semasa hidup, tidak pernah mendedahkan apa sebenarnya tersirat di sebalik lirik lagu Bohemian Rhapsody.
‘‘Lagu itu adalah antara lagu yang memiliki rasa fantasi tentangnya. Saya fikir orang patut dengar sahaja lagu itu, fikirkannya, dan buat keputusan sendiri tentang apa makna lagu itu kepada mereka...‘Bohemian Rhapsody’ tidak datang dari langit. Saya ada buat penyelidikan walaupun hanya sepintas lalu dan mengajuk opera. Mengapa tidak?" kata Freddie dalam satu temu bual.
Gitaris utama The Queen, Brian May berkata, tiada siapa akan tahu apa sebenarnya cerita di sebalik Bohemian Rhapsody dan jika dia tahu pun, dia takkan memberitahunya kepada umum.


‘‘Ini kerana saya tidak akan memberitahu orang apa yang tersirat dalam lagu kami. Cara itu hanya akan memusnahkan (lagu) kerana aspek hebat tentang lagu hebat ialah anda boleh mengaitkannya dengan pengalaman peribadi anda sendiri dalam kehidupan anda.
‘‘Saya rasa Freddie memang bertarung dengan permasalahan dalam kehidupannya, yang mana dia memutuskan untuk melakarnya dalam lagu. Saya rasa adalah lebih baik membiarkan sahaja persoalan tergantung,’’ kata May.
Ada beberapa penganalisis telah menganalisis lirik lagu ini dan mendapati ianya adalah berkaitan dengan kisah kehidupan beliau yang bertarung dengan jiwanya yang ke arah biseks iaitu mempunyai nafsu seks terhadap kedua-dua jantina. Untuk lebih jelas boleh tonton video dibawah.


Satu lagi kisah Bohemian Rhapsody ialah lagu ini merupakan lagu paling mahal pernah diterbitkan. Pengkaji percaya kos mahal penerbitannya disebabkan lagu itu adalah pertama seumpamanya, luar biasa pernah digubah pada zamannya. Ramai beranggapan lagu itu mendahului zaman kerana tahap rumit teknik yang digunakan untuk merakamkan lagu tersebut ke piring hitam dan kaset.
The Queen mengadakan latihan selama tiga minggu sebelum memulakan proses rakaman dan kemudian, mengambil masa tiga minggu lagi untuk menyiapkan rakaman. Lagu itu tidak dirakam sekali gus tetapi dipisahkan mengikut seksyen berdasarkan irama dan melodi.
Itu belum lagi menyentuh tentang adunan suara Freddie serta Brian May dan Roger Taylor selaku suara latar. Seksyen lagu opera dirakam secara berterusan untuk tempoh 10 hingga 12 jam sehari dan mereka melakukannya sehingga ke paras had pita rakaman.
Apabila lagu itu diterbitkan sebagai single, Bohemian Rhapsody mencatat kejayaan dengan berada di puncak Carta UK Singels selama sembilan minggu dan terjual lebih sejuta unit pada akhir Januari 1976.
Bohemian Rhapsody mendaki semula carta pada 1991 selama lima minggu berikutan kematian Freddie, sekali gus menjadikan lagu itu sebagai single terbaik UK sepanjang masa.
Lagu Bohemian Rhapsody karya The Queen ini adalah sekelas dengan lagu terbaik pernah digubah dan menjadi nostalgia kepada sesiapa yang pernah mendengar serta menyukainya iaitu Imagine dendangan The Beatles, Wind of Change (Scorpions), Smells Like Teen Spirit (Nirvana) dan Unforgiven (Metallica).
Sumber : Utusan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.blogjohanharith.com/2018/11/makna-sebenar-di-sebalik-lagu-bohemian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagu Suci Dalam Debu By Iklim Jom Hayati Maksud Dan Makna Tersirat Di Sebalik Liriknya

Lagu Suci Dalam Debu By Iklim Jom Hayati Maksud Dan Makna Tersirat Di Sebalik Liriknya

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 447 hits
Lagu Suci Dalam Debu by Iklim Jom hayati maksud dan makna tersirat di sebalik liriknya Assalamualaikum wbt Cikla agak semua orang tahu lagu Suci Dalam Debu nyanyian Allahyarham Saleem dari kumpulan Iklim Memang sedap lagu ni kan Memang lagu...
10 Lagu Terbaik Kumpulan Queen Selain Bohemian Rhapsody Yang Mengimbau Kenangan

10 Lagu Terbaik Kumpulan Queen Selain Bohemian Rhapsody Yang Mengimbau Kenangan

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 357 hits
10 LAGU QUEEN YANG SEDAP NL Baru baru ni saya sekeluarga menonton filem Bohemian Rhapsody lakonan Rami Malik sebagai Freddie Mercury Tetapi selaku fan Queen takkanlah lagu tu je kan kita tahu ye tak Ini 10 lagu Queen pilihan saya
Kami Tak Pernah Ke Kubur Ayah Ibu Setiap Hari Nyanyi Lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Kami Tak Pernah Ke Kubur Ayah Ibu Setiap Hari Nyanyi Lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 337 hits
Kami tak pernah ke kubur ayah ibu setiap hari nyanyi lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti
13 Lagu Lagu Dangdut Yang Di Haramkan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah

13 Lagu Lagu Dangdut Yang Di Haramkan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 334 hits
Untuk kali pertama sejak dibentuk pada 2004 Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Daerah Jawa Barat mengeluarkan perintah melarang 13 lagu daripada dimainkan di wilayah itu Lagu Lagu Dangdut yang Di Banned Di Indonesia
Lirik Lagu Aku Serius Wany Hasrita Dan Tajul

Lirik Lagu Aku Serius Wany Hasrita Dan Tajul

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 1150 hits
Lirik Lagu Aku Serius Wany Hasrita dan TajulSampaikan salam kuPada papa mama muBilang sajaBakal menantu dah ada menungguKhabarkan berapa saja hantaranBenarkah oh sayangYang kau katakan sayangLangsung tidak lucuKalau kau hanya gurau gurauGur...
Suara Zamani Semasa Latihan Lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Suara Zamani Semasa Latihan Lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 637 hits
Penyanyi yang dianggap lagenda oleh sebilangan rakyat Malaysia iaitu Zamani masih mempertimbangkan peluang yang diberikan pihak Astro untuk dia meneruskan persembahan pada konsert Gegar Vaganza musim kelima minggu hadapan Menurut pengurus Z...
Tanpa Pengantin Lelaki Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin

Tanpa Pengantin Lelaki Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 472 hits
Meskipun hubungannya dengan kekasih sudah berakhir serta rancangan perkahwinannya sebelum ini sudah pun dibatalkan pelakon dan pengacara Zulin Aziz tetap meneruskan rakaman The post appeared first on
Lirik Lagu Percaya As Ad Motawh

Lirik Lagu Percaya As Ad Motawh

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 862 hits
Percaya Penyanyi As ad Motawh Komposer Wan Saleh Penulis Lirik Fuad Ko As ad Motawh Label Beegood Music Disclaimer Kami tidak menyediakan pautan download mp3 lagu kerana ia salah di sisi undang undang Kami juga menyokong penuh karya seni ar...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone