Suara Zamani Semasa Latihan Lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta



Penyanyi yang dianggap lagenda oleh sebilangan rakyat Malaysia iaitu Zamani masih mempertimbangkan peluang yang diberikan pihak Astro untuk dia meneruskan persembahan pada konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) minggu hadapan.Menurut pengurus Zamani iaitu Aalan Ahmad, pihaknya belum membuat keputusan untuk menerima tawaran imuniti kerana ingin melihat keadaan penyanyi itu dalam masa beberapa hari lagi.
"Buat masa sekarang ini, Zamani masih dalam proses berehat. Dia masih belum buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran imuniti itu atau tidak.
"Jadi, ada kemungkinan dia tarik diri atau mungkin meneruskan persembahan. Bergantung pada keadaan kesihatannya dalam beberapa hari ini," katanya kepada mStar Online.
Aalan diminta mengulas bagi pihak Zamani mengenai peluang imuniti yang diberikan oleh penaja utama GV5 iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.
Dalam persaingan minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zamani gagal membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana peti suaranya koyak.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini terselamat dari penyingkiran dan berpeluang untuk berentap di pentas minggu keenam GV5.Tambah Aalan, biarpun Zamani sudah menyedari suaranya mula hilang pada petang sebelum konsert namun dia tampil membuat persembahan kerana ingin mengelakkan daripada salah faham yang akan berlaku.
"Sebenarnya lebih kurang 3.30 petang Zamani sampai dewan, dia masih lagi okey tapi secara tiba-tiba petang ketika sesi latihan suara dia semakin hilang.
"Tapi memikirkan tidak mahu ada salah faham berlaku sekiranya tak muncul di pentas, dia gagahkan diri untuk teruskan persembahan biarpun ketika itu suaranya sudah tiada.
"Dia tak nak orang kata bukan-bukan kalau tak buat persembahan. Tidak ada niat untuk malukan diri atau meminta simpati daripada mana-mana pihak," ujarnya.
Dalam pada itu, Aalan turut menjelaskan status yang dimuat naik bekas pengurus Zamani, Johan Aziz yang mengatakan penyanyi itu mahu menarik diri namun pihak produksi tidak mengendahkan adalah tidak benar.
Kata Aalan, isu tarik diri itu pernah timbul sebelum bermulanya konsert GV5 namun Zamani sudah bersetuju dengan pihak Astro untuk menerima tawaran menjadi peserta program tersebut.
"Saya ingin jelaskan bahawa kenyataan Johan Aziz yang mengatakan Zamani ingin menarik diri tetapi pihak produksi tidak ambil peduli itu sememangnya tidak benar.
"Zamani tidak pernah keluarkan kenyataan ingin menarik diri. Tapi memang isu itu sudah lama timbul sejak sebelum konsert bermula lagi.
"Sebelum Zamani setuju nak sertai GV5, dia sudah beberapa kali berjumpa dengan pihak Astro dan berbincang. Jadi tiada pun isu tarik diri itu," katanya yang mengesahkan dia kini menguruskan Zamani dan bukan lagi Johan.
Berikut adalah rakaman semasa sesi latihan Zamani yang menyangikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" sebelum tiba hari pertandingan pada Ahad lalu (28/10/2018) :



* sumber : mstar online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ahmadzaki82.blogspot.com/2018/10/suara-zamani-semasa-latihan-lagu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta Flybaits Yang Dinyanyikan Zamani Di Gegar Vaganza 5

Lirik Lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta Flybaits Yang Dinyanyikan Zamani Di Gegar Vaganza 5

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1147 hits
Lirik Lagu Mengapa Perpisahan Kau Pinta Flybaits Yang Dinyanyikan Zamani di Gegar Vaganza 5Seketika itu sepi mencuit hatiHanya suara hujan seakan menyanyiMendendangkan lagu syahduKetika ku terpegunMerenung jauh gambarmu sayangkuTerkilan ras...
Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta Kembali Hit Kerana Zamani

Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta Kembali Hit Kerana Zamani

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 508 hits
Walaupun penyanyi Zamani gagal membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada konsert Gegar Vaganza Ahad lalu namun disebabkan penyanyi itu juga The post appeared first on
Peti Suara Koyak Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri

Peti Suara Koyak Bekas Pengurus Mahu Zamani Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 476 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengurus kepada Zamani Johan Aziz memberitahu bahawa penyanyi itu wajar menarik diri daripada program realiti Gegar Vaganza musim kelima selepas dibelenggu masalah kesihatan yang teruk Zamani yang tidak dapat meneruskan n...
Wei Gegarvaganza Bagi Tok Ram Dengar Ni Peminat Kongsi Video Bukti Kemampuan Alunan Suara Zamani

Wei Gegarvaganza Bagi Tok Ram Dengar Ni Peminat Kongsi Video Bukti Kemampuan Alunan Suara Zamani

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 272 hits
Wei Gegarvaganza bagi Tok Ram dengar ni Peminat kongsi video bukti kemampuan alunan suara ZamaniSELEPAS Zamani gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dalam konsert Gegar Vaganza musim kelima malam tadi video penyanyi itu d...
Gegar Vaganza 5 Biar Hilang Suara Namun Zamani Tetap Legend

Gegar Vaganza 5 Biar Hilang Suara Namun Zamani Tetap Legend

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 445 hits
Gegar Vaganza 5 Biar hilang suara namun Zamani tetap legend Zamani turut dibantu Nabil dan Jihan yang menemaninya di atas pentas Astro GempakSHAH ALAM Biarpun mengetahui keadaan kesihatannya benar benar tidak mengizinkan Zamani tetap member...
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 1394 hits
Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit Lain Kali Jangan Makan Asam Jeruk Ada Cuka Rabak Suara Salwa Dedah Punca Zamani Sakit
Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak

Salwa Dedah Punca Suara Zamani Rabak

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 924 hits
Salwa Dedah Punca Suara Zamani RabakPenyanyi Salwa Abdul Rahman mendedahkan punca Zamani berdepan masalah peti suara pada konsert GV5 malam tadi disebabkan pemakanan Kata Salwa 52 asam jeruk yang mengandungi cuka menjadi penyebab Zamani gag...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga