Mati Dalam Tahanan Polis Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan Rm1 1 Juta


Mati Dalam Tahanan Polis, Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan RM1.1 Juta
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan polis dan kerajaan membayar pampasan RM1.1 juta kepada keluarga seorang ahli perniagaan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada 2018.
Hakim Noor Hayati Mat memutuskan balu S. Thanabalan iaitu V.Shanti dan bapa wanita itu P. Vathian menerima RM500,000 sebagai ganti rugi am kerana kecuaian, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk termasuk kesakitan dan penderitaan, RM30,000 (kehilangan nyawa), RM414,000 (ganti rugi tanggungan) serta RM10,000 (ganti rugi khas untuk menampung perbelanjaan pengebumian).
Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar faedah pada kadar lima peratus setahun bermula dari tarikh Thanabalan ditemukan meninggal dunia pada 17 April 2018 sehingga jumlah ganti rugi itu diselesaikan.
Hakim Noor Hayati turut memberikan kos berjumlah RM7,000 kepada pihak plaintif. Keputusan terbabit disampaikan dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.
Peguam M. Visvanathan yang mewakili keluarga berkenaan, ketika dihubungi mengesahkan keputusan itu.
Pada 12 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan polis dan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati kedua-dua pihak cuai berhubung kematian Thanabalan dalam lokap polis.
Pada 30 Okt 2023, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Santhi dan Vathian, yang memutuskan bahawa Ketua Polis Negara dan kerajaan cuai kerana gagal menghantar Thanabalan ke hospital secepat mungkin. Mahkamah Rayuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada keluarga Thanabalan.
Thanabalan ditahan pada 29 Mac 2018 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana didakwa terlibat dengan kumpulan jenayah terancang.
Pada 8.30 malam, 17 April 2018, Thanabalan pengsan di lokap Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan. Santhi, 45, dan Vathian, 75, memfailkan saman itu pada 2021 terhadap 11 pegawai polis, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana cuai dan salah laku dalam jawatan awam.
Santhi turut memfailkan saman itu bagi pihak dua anaknya dan harta pusaka suaminya. Vathian ialah pentadbir bersama harta pusaka itu. Mereka menuntut ganti rugi termasuk kehilangan nyawa, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi am serta perbelanjaan pengebumian.
Pada 4 April 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak saman itu, namun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan mendapati polis dan kerajaan cuai atas kematian Thanabalan, menyebabkan polis dan kerajaan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Sumber: BERNAMA
The post Mati Dalam Tahanan Polis, Keluarga Ahli Perniagaan Terima Pampasan RM1.1 Juta appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/08/mati-dalam-tahanan-polis-keluarga-ahli-perniagaan-terima-pampasan-rm1-1-juta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jsj Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Ahli Keluarga Suspek Tembak Mati Di Melaka

Jsj Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Ahli Keluarga Suspek Tembak Mati Di Melaka

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 183 hits
JSJ Bukit Aman Tubuh Pasukan Khas Siasat Dakwaan Ahli Keluarga Suspek Tembak Mati Di Melaka KUALA LUMPUR 3 Dis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan ahli keluarga tiga suspek lelaki yang dit...
Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 208 hits
Sejak awal minggu ini restoran Rembayung menjadi bualan ramai selepas pempengaruh terkenal Khairul Aming mendedahkan dirinya merupakan pemilik perniagaan makanan itu yang dijadualkan dibuka pada tahun hadapan Restoran berkonsepkan suasana k...
Polis Siasat Bangunan Rm25 Juta Dijual Rm5 40

Polis Siasat Bangunan Rm25 Juta Dijual Rm5 40

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 155 hits
KOSMO GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan Pusat John Mansfield GOOGLE MAPSLONDON Polis Cambridgeshire timur England melancarkan siasatan selepas sebuah bangunan kolej bernilai 4 6 juta dijual pada harga cuma 1 lapor laman berita GB semalam B...
Wanita Didakwa Culik Ahli Perniagaan Warga Bangladesh

Wanita Didakwa Culik Ahli Perniagaan Warga Bangladesh

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 134 hits
BernamaSeorang pembantu kedai wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan warga Bangladesh di hadapan sebuah masjid di Selayang Jun lepas Jun haidati Tukiman 47 ...
Individu Wasiatkan Rm1 Juta Kepada Tabung Legasi Komuniti Tunku Sebelum Meninggal Dunia Kpn

Individu Wasiatkan Rm1 Juta Kepada Tabung Legasi Komuniti Tunku Sebelum Meninggal Dunia Kpn

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 150 hits
Seorang individu yang memilih untuk tidak dikenali telah mewasiatkan sumbangan bernilai RM1 juta kepada Yayasan Tunku Abdul Rahman sebelum meninggal dunia bagi menyokong generasi muda yang berpotensi tetapi berdepan kekangan kewangan untuk ...
Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar Oku

Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar Oku

papar berkaitan - pada 9/12/2025 - jumlah : 158 hits
Polis Marang Terima Dua Aduan Kes Amang Seksual Terhadap Pelajar OKU MARANG 8 Dis Polis menerima dua laporan berhubung dakwaan kes amang seksual terhadap dua pelajar Orang Kurang Upaya di asrama lelaki di sebuah sekolah di daerah ini semala...
Aset Rm1 3 Juta Milik Pelakon Dirampas

Aset Rm1 3 Juta Milik Pelakon Dirampas

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 147 hits
KOSMONana menutup mukanya semasa ditahan polis MatichonBANGKOK Seorang pelakon Thai Rybena Nana Intachai ditahan polis berhubung satu skandal penipuan dengan aset miliknya bernilai kira kira 10 juta baht turut dirampas lapor laman berita Th...
Keluarga Tiga Lelaki Ditemb K Di Melaka Serah Rakaman Audio Polis Tak Hubungi Kami Bagaimana Ini Dianggap Siasatan

Keluarga Tiga Lelaki Ditemb K Di Melaka Serah Rakaman Audio Polis Tak Hubungi Kami Bagaimana Ini Dianggap Siasatan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 142 hits
Keluarga kepada tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal Melaka pada 24 November lalu hari ini tampil menyerahkan rakaman audio insiden kepada pihak polis selepas mendakwa mereka tidak pernah dihubungi penyiasat sejak lap...
Bsh Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga Rm1 000

Bsh Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 193 hits
BSH Negeri Sembilan 2025 Mahasiswa Terima Sehingga RM1 000 Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan usaha memastikan anak anak negeri ini mendapat akses pendidikan tinggi tanpa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat Melalui Bantua...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu

Treler Terbabas Ragut Nyawa Warga Emas Di Jalan Kuantan Seremban Pemandu Didapati Ada 16 Kes Saman Trafik

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ucid Selesai Berkhatan

Hanya Yang Terbaik 2025

Apa Pulak Ni

Panduan Memilih Folder Korporat Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda

7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan Spm Sementara Menanti Keputusan

Pengorbanan Tragis Makam Ratu Polyxena Dari 2 500 Tahun Yang Lalu