Makin Ramai Didakwa Tapi Cepatkanlah Perbicaraannya




Esok kawasan Mahkamah Jalan Duta dijangka "meriah" sekali lagi dengan kehadiran orangramai apabila isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor, bekas pembantunya, Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah berkaitan dakwaan rasuah.


Secara kebetulan, ketiga-tiganya adalah "anak Mansor", walaupun mereka bukanlah adik-beradik atau ada hubungan persaudaraan antara satu sama lain.


Rosmah dan Rizal dipercayai akan didakwa berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak yang melibatkan kos bernilai RM1.25 bilion.


Tengku Adnan atau nama popularnya Ku Nan pula akan didakwa berhubung penjualan 97 keping tanah milik DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.


Sebelum ini, Najib Razak sudah dihadapkan dengan 39 pertuduhan, Zahid Hamidi 45 pertuduhan, Rosmah 17 pertuduhan, bekas Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar Abdullah 6 pertuduhan, peguam UMNO, Shafee Abdullah 4 pertuduhan dan bekas ketua perisik MEIO, Hasanah Abdul Hamidi dengan satu pertuduhan pecah amanah.


Dijangka lebih ramai lagi pemimpin UMNO, termasuk bekas menteri, bekas timbalan menteri, Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan era BN turut bakal didakwa selepas ini atas pelbagai kesalahan sama ada berkaitan rasuah, pecah amanah atau penyelewengan ketika masing-masing ada kuasa sebelum ini.


Najib dan Rosmah sendiri tidak terkecuali dijangkakan akan berdepan lebih banyak pertuduhan juga.


Dari satu segi, rakyat memang menyambut baik segala penyiasatan, penahanan dan pendakwaan ke atas semua mereka yang terlibat itu, malah sebab utama pengundi bersatu hati menumbangkan UMNO dan BN pun adalah disebabkan mereka sudah lemas dengan gejala rasuah dan terlalu berleluasa selama ini.


Rakyat mahu semua kedurjanaan itu dihapuskan sama sekali lantaran mereka yang memegang kuasa atau atau kaitan dengan kuasa sebelum ini ini didapati langsung tidak amanah dan hanya memikirkan kepentingan peribadi semata-mata.


Tetapi, sementara penyiasatan demi penyiasatan, penahanan demi penahanan, seorang demi seorang ditahan reman serta dipakaikan baju oren dan pendakwaan demi pendakwan dilakukan, apa yang menimbulkan kebimbangan rakyat ialah belum ada seorang pun daripada yang didakwa itu sudah ada tarikh untuk mereka dibicarakan.


Semuanya masih tergantung di peringkat pengurusan kes yang dijangka akan dilakukan sebelum hujung tahun ini dan perbicaraan pula tentunya pada awal atau pertengahan tahun hadapan.


Mengapakah ia begitu lambat dibicarakan sedangkan semuanya adalah kes berprofil tinggi serta melibatkan kepentingan awam?


Yang lebih buruknya, sebaik didakwa dan dibebaskan dengan ikat jamin, semua yang didakwa itu kemudiannya bebas bercakap, berceramah dan menulis di media sosial mempertahankan diri masing-masing seolah-olah mereka tidak bersalah, dianiaya serta manga kepada pendakwaan terpilih.


Jadinya, ternampak ada sesuatu yang pelik dan lompong dalam hal ini, bahkan sistem keadilan bagaikan dipermain-mainkan.


Jika kerajaan dan semua pihak yang berkaitan dengan undang-undang benar-benar serius ingin membersihkan negara ini serta mahu melihat operasi pembersihan itu berjalan dengan baik dan mampu memberi kesedaran kepada masyarakat, perbicaraan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam ini seharusnya dipercepatkan dan tidak dilengah-lengahkan.


Mahkamah seharusnya menetapkan tarikh yang cepat untuk perbicaraan supaya hukuman sama ada bersalah atau tidak ke atas tertuduh boleh segera dijatuhkan. Di sinilah juga namanya keadilan.


Ia tidak boleh ditunggu sehingga empat atau enam bulan kemudian baru hendak dibicarakan. Perbicaraan hendaklah disegerakan dan hukuman yang setimpal harus dijatuhkan supaya ia dengan sendirinya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat serta menimbulkan ketakutan kepada mereka yang sedang berkuasa sekarang.


Sebenarnya itulah tujuan undang-undang dilaksana dan dikuatkuasakan. 


Maka itu, penegak undang-undang harus melihat perkara ini dengan serius demi kepentingan rakyat dan negara. Jangan asyik mendakwa dan membawa kes ke mahkamah saja, yang rakyat ingin lihat sebenarnya ialah mereka yang didakwa itu segera dijatuhkan hukuman dan dipenjara, terutama bagi kes-kes yang mudah, jelas dan "straighforward" seperti ada bukti wang, nombor cek, pembelian rumah secara tunai, kekayaan melampau dan sebagainya.


Rakyat memang menyanjung tinggi keseriusan Tun Mahathir mahu membersihkan negara ini, tapi janganlah sampai setelah beliau tiada lagi pun nanti, perbicaraan masih tak selesai-selesai lagi. (ShahbudinHusin 14/11/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/makin-ramai-didakwa-tapi-cepatkanlah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 2088 hits
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap Jom cuba resepi ini Assalamualaikum wbt Pagi pagi dah share resepi ehhh Haha Takpelah Mana tau korang nak buat breakfast kan Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling se...
Pahit Tapi Benar Melayu Jangan Ulangi Kesilapan Lalau

Pahit Tapi Benar Melayu Jangan Ulangi Kesilapan Lalau

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 704 hits
Pahit tapi benar Orang Melayu kena tahu sejarah agar tidak ulangi kesilapan Kami anti DAP pada masa sama ketahuilah kenapa Melayu hilang kuasa Mana pergi semua yang tidak beri ruang kita hulur pendapat Tan Sri Mohamed Khir Johari terkenal d...
7 Menu Masakan Khas Untuk Kurus Tapi Sangat Sedap

7 Menu Masakan Khas Untuk Kurus Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 817 hits
Siapa kata orang nak kurus tak boleh makan makanan yang sedap sedap Apa yang penting bahan mentah dan cara penyediaan makanan tu sendiri 7 menu untuk kurus
Anak Saya Bagi Main Fon Ipad Diamlah Ramai Mak Ayah Bangga Tapi Akhirnya Menyesal

Anak Saya Bagi Main Fon Ipad Diamlah Ramai Mak Ayah Bangga Tapi Akhirnya Menyesal

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 430 hits
Ibu ayah perasan tak apa yang kita buat untuk anak kadang kala kesilapan kita sendiri Niat nak buat yang terbaik tapi pengakhirannya beri kesan tak baik pada anak Memang diakui ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan bijak dari anak ora...
Tomok Dakwah Tapi Cara Penyampaian Itu Pu Amin

Tomok Dakwah Tapi Cara Penyampaian Itu Pu Amin

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 384 hits
PU Amin menegur tindakan Tomok yang berpakaian merupai wanita dalam video muzik terbaharu HALAMAN HIBURANTomok Ia bukan cara berdakwah Haram tetap haram PERSOALAN mengenai perkongsian foto Tomok berpakaian wanita pada Selasa lalu akhirnya t...
Kata Permohonan Ahli 1000 Sehari Tapi Amanah Terengganu Sasar 100 Aje Sebulan

Kata Permohonan Ahli 1000 Sehari Tapi Amanah Terengganu Sasar 100 Aje Sebulan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 353 hits
Minda RakyatKUALA TERENGGANU Amanah setiap kawasan perlu menambah sekurang kurangnya 100 ahli baharu setiap bulan bagi memastikan parti itu mencapai sasaran seramai 20 000 ahli pada 2019 Pengerusinya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahma...
Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

Wan Saiful Tidak Perlu Minta Maaf Tapi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 389 hits
Wan Saiful Wan Jan KUALA LUMPUR Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan tidak perlu memohon maaf atas kegagalannya menepati janji menghapuskan pinjaman itu Sebaliknya menurut mantan Setiausaha Politik kepad...
Kes Zara Bayaran Rm550 Sebulan Tapi Rupanya Anak Dijaga Suami Pengasuh

Kes Zara Bayaran Rm550 Sebulan Tapi Rupanya Anak Dijaga Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 744 hits
Please follow and like us 0 KUALA LUMPUR Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh bukan wanita itu sendiri kata Noraihan Ab Aziz 22 ibu kepada bayi yang maut akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh
Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

Boleh Boikot Polis Evo 2 Tapi Ada Syarat Kata Amanah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 359 hits
Seorang pemimpin parti Amanah berpendapat tidak salah untuk sesetengah pihak memboikot filem Polis Evo 2 yang belum ditayangkan itu Bagaimanapun kata Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Zolkharnain Abidin sebelum langkah memboikot Polis Evo 2...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025