Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin
Mengekalkan bentuk badan dengan berat ideal seperti sebelum mengandung pastinya cukup sukar. Bagi Yatt Hamzah, dia mengakui untuk mengekalkan beratnya selepas bersalin seperti bersalin anak pertama dan kedua, jauh bezanya dengan sekarang.
Kata Yatt jika dahulu, di usia awal 20an, dia berjaya mengekalkan semula beratnya dengan mudah namun kini tidak lagi. Faktor usia sudah semestinya menjadi penyebab.
Malah kata Yatt menerusi Instagramnya, selepas bersalin anak kelimanya, beratnya sudah pun turut sebanyak 15kg.
” Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya? Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha. Berat masa ni 65kg turunlah dalam 13-14kg lepas berpantang.
“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.
“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama memang eloklah kurus slim takdelah nampak macam tong dalam TV.
“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg,” kongsi Yatt.
Berat makin susah nak turun
Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini lagi, di usianya yang kini sudah pun memasuki 40 tahun, dia mengakui agak sukar menurunkan berat badan. Tambah pula dia langsung tidak mengambil suplemen untuk kurus dan hanya mengamalkan pemakanan sihat sahaja.
Tambah Yatt lagi, sesekali dia akan bersenam dan amalkan cara hidup sihat.
“Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight. Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus.
“I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.
“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan.
“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya,” kongsi Yatt lagi.
View this post on Instagram
A post shared by BONDA of 6, 5 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci)
Menarik: Betul Ke Cara Mama Pakaikan Lampin Pada Bayi? Jom Baca Untuk Ketahui
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Makin Ramai Anak, Makin Susah Nak Kurus” Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/makin-ramai-anak-makin-susah-nak-kurus-yatt-hamzah-akui-mencabar-nak-turunkan-berat-lepas-bersalin/