Makin Banyak Parti Melayu Hanya Akan Pecah Belahkan Perpaduan Kaum


foto sumber internet
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan, penubuhan semakin banyak parti berasaskan kaum terutama Melayu hanya akan memecahbelahkan lagi perpaduan dalam kaum berkenaan di negara ini.

Beliau berkata penambahan dan penubuhan parti Melayu yang baharu di negara ini akan menyebabkan kaum berkenaan tidak mempunyai satu parti yang besar untuk mewakili mereka.

Loading...
“Kita bebas tubuhkan berapa banyak parti pun dan kalau kita tubuh 100 parti, itu cukup baik. Orang Melayu akan dibahagikan kepada 100 dan tiada satu parti Melayu besar.

“Sebab itu saya galakkan banyak penubuhan parti Melayu. Kita sengaja tentukan negara kita majoriti 60 peratus Melayu, tetapi berpecah empat tidak mengapa juga, ini berpecah sampai 100,” katanya dengan nada sinis dan disambut gelak ketawa selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian ketika ditanya penubuhan parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dipimpin presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali yang juga bekas Presiden Perkasa.


Dilaporkan pada 8 Mei lepas, PUTRA menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini.

Surat kelulusan pendaftaran PUTRA ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Masyanti Abang Ibrahim, mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat hari ini, Dr Mahathir memaklumkan partinya itu tidak lagi dikenali sebagai PPBM setelah mendapat kelulusan menggunakan nama singkatan Bersatu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, kepimpinan parti juga telah bersetuju untuk meminda beberapa perlembagaan parti yang harus dilakukan kerana terdapat beberapa kekurangan terhadap perlembagaan asal sekaligus perlu dibetulkan agar pentadbiran parti menjadi lebih licin.

“Kita juga telah tentukan untuk diadakan mesyuarat agung luar biasa  (EGM). Kena ada EGM untuk pinda perlembagaan, ini adalah keperluan dan untuk EGM ini akan dihadiri oleh mereka yang hadiri mesyuarat agung  lepas dan kita akan adakan EGM ini pada 20 Julai 2019,” tambahnya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/makin-banyak-parti-melayu-hanya-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Cuba Pecah Belahkan Pas Menjelang Muktamar

Media Cuba Pecah Belahkan Pas Menjelang Muktamar

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 367 hits
MALAYSIAKINI Naib Presiden PAS Iskandar Samad mendakwa terdapat usaha media tertentu untuk memecahbelahkan anggota parti itu menjelang muktamarnya akhir bulan ini Terdapat media yang memberi gambaran seolah olah ahli ahli PAS berpuak puak S...
Ptptn Makin Zalimi Anak Muda K Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia

Ptptn Makin Zalimi Anak Muda K Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 314 hits
BERDASARKAN Buku Pakatan Harapan melalui 10 janji 100 hari mereka janji ke 6 adalah khusus untuk anak anak muda peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Janji tersebut berbunyi Menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepad...
96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

96 Lagi Parti Melayu Patut Ditubuhkan Ibrahim Balas Sindiran Dr M

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 262 hits
Sindiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai penubuhan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dibalas dengan sindiran oleh presidennya Ibrahim Ali Menurut Ibrahim adalah lebih baik sekiranya lebih banyak parti berteraskan Melayu ditubuh...
Parti Putra Disaran Sertai Barisan Perpaduan Ummah

Parti Putra Disaran Sertai Barisan Perpaduan Ummah

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 357 hits
Parti PUTRA disaran sertai Barisan Perpaduan UMMAHOleh yieMEGASEPERTIMANA yang diketahu umum Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau ringkasnya telah diluluskan oleh Register Of Society ini membolehkan parti ini menyertai Pilihan Raya UMUM K...
Yb Johari Abdul Buat Kenyataan Bodoh Yang Boleh Merosakkan Perpaduan Sesama Parti Parti Komponen Ph Di Negeri Kedah

Yb Johari Abdul Buat Kenyataan Bodoh Yang Boleh Merosakkan Perpaduan Sesama Parti Parti Komponen Ph Di Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 418 hits
Kenapa yb johari abdul buat kenyataan yang boleh merosakkan reputasi kerajaan PH negeri kedah Beliau sudah lama jadi ahli parlimen sg petani dan kenyataan seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin senior PH di kedah Ap...
Berapa Banyak Parti Yang Ezam Telah Sertai Dan Tubuh Serta Siapa Pm Yang Ezam Sokong Sebenarnya

Berapa Banyak Parti Yang Ezam Telah Sertai Dan Tubuh Serta Siapa Pm Yang Ezam Sokong Sebenarnya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 334 hits
Ezam asalnya Umno Di era reformasi Ezam bersama Anwar dan jadi Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional Pada tahun 2008 beliau menyertai Umno di era Pak Lah jadi PM Di era Najib kleptokrasi Ezam terus bersama Umno dapat jadi Senator dan bekerja...
Perpaduan Kaum Keharmonian Agama Agenda Licik Liberalisasi

Perpaduan Kaum Keharmonian Agama Agenda Licik Liberalisasi

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 311 hits
ISMA WEBMusuh berusaha sekat perlahankan gerakan umat IslamBANGI Meneutralkan amalan dan ibadah dalam Islam agar ia boleh dikongsi dengan penganut agama lain atas nama perpaduan kaum dan keharmonian agama adalah antara gerakan licik liberal...
Sokongan Pemimpin Melayu Pupuk Perpaduan Muafakat

Sokongan Pemimpin Melayu Pupuk Perpaduan Muafakat

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 256 hits
BANGI 27 Ramadan 1440H Sabtu Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bersetuju dengan peringatan Sultan Selangor bahawa orang Melayu akan hilang segala galanya jika terus berpecah dan hidup dalam keadaan porak peranda kerana akan
Vivo Lancar V50 Dengan Keupayaan Zeiss Profesional Potret Bateri 6000 Mah Fotografi Di Dalam Air Pada Harga Mampu Milik

Masa Inilah Peluang Bagi Sprm Siasat Jika Dahulunya Tak Bayar Hutang

Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana Chord

Lirik Lagu Hari Mulia Amir Jahari Ft Beto Kusyairy

Alami Keajaiban Maghribi Sempena Hari Raya Di Suria Klcc

Resipi Kuih Lapis

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life