Makcik Kiah Paling Tertekan Pakar Ekonomi Anggap Bantuan Kepada B40 Tidak Cukup


 


Oleh ARIF ATANNovember 24, 2020 Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid menyifatkan Belanjawan 2021 tidak mencukupi untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40.
Bekas penasihat ekonomi kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu berkata, peniaga kecil seperti Makcik Kiah paling tertekan kerana tiada bantuan khusus untuk golongan terbabit.
“Untuk golongan makcik Kiah yang paling tertekan iaitu mereka yang berkerja dalam sektor tidak formal seperti bekerja sendiri dan menjual nasi lemak.
“Dulu ada Geran Prihatin Nasional RM3,000. Tapi kajian yang kita buat dengan PBB daripada 100 Makcik Kiah, hanya tiga yang memohon kerana ramai tidak faham.
“Untuk tahun depan tidak ada lagi bantuan untuk Makcik Kiah walaupun mereka golongan paling tertekan. Tidak ada bantuan baru untuk Makcik Kiah.
“Orang susah hanya dapat one-off bantuan manakala Makcik Kiah tidak dapat apa,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam bual bicara menerusi FB Live Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) malam tadi.
Dr Muhammed yang juga pengarang buku, “Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia” menegaskan Belanjawan 2021 juga sedikit tersasar ketika ramai rakyat sudah sedia hidup susah sebelum pandemik Covid-19.
“Setiap tahun belanjawan makin membesar dan ekonomi makin berkembang. Persoalannya, adakah belanjawan yang dibentangkan itu dapat mencapai dua matlamat iaitu menyelamatkan nyawa dan melindungi kesejahteraan rakyat?
“Berdasarkan analisa saya, ianya tidak mencukupi malah ada sedikit tersasar. Sebelum Covid-19, rakyat sudah susah.
“Kadar kemiskinan di Malaysia lebih kurang lima peratus tetapi di sesetengah negeri lebih tinggi.
“Di Sabah, 20 peratus kadar kemiskinan mutlak. Di Pitas, kawasan yang seorang penuntut terpaksa panjat pokok untuk dapatkan talian internet, kadar kemiskinan di sana mencecah 50 peratus,” dedahnya.
Tiada bantuan khusus kepada peniaga kecil yang digelar Makcik Kiah oleh Muhyiddin walaupun mereka segmen paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.
Perkembangan otak
Bekas Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) itu menjelaskan kadar kemiskinan relatif antara 2016 dan 2019 juga semakin meningkat walaupun berlaku perkembangan ekonomi.
“Ini sebelum munculnya Covid-19, kadar kemiskinan sudah ada. Malah, yang tidak miskin juga mudah jatuh miskin.
“Selepas krisis, semakin teruk golongan B40 terutamanya ibu tunggal dan OKU (Orang Kelainan Upaya). Adakah bantuan diberikan secukupnya kepada mereka?
“Nampaknya tidak mencukupi. Golongan B40 kerajaan hanya beri BPN (Bantuan Prihatin Nasional) 2.0 berjumlah RM1,000,” ujarnya.
Beliau turut mengingatkan kira-kira separuh daripada 17 juta pekerja di negara ini tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta realiti masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.
“Yang ada caruman KWSP pun, 54 peratus daripadanya ada simpanan kurang RM50,000. Ini sebelum krisis (Covid-19).
“Sebelum krisis juga kemiskinan kanak-kanak iaitu kadar zat mereka tidak cukup seperti seperti di Kelantan dan Terengganu.
“Malah, kalau kita bandingkan negara yang dilanda perang dan jauh lebih miskin daripada kita seperti Palestin dan Ghana, kanak-kanak kita lagi teruk daripada mereka.
“Satu pertiga kanak-kanak kita tidak cukup tinggi atau terbantut yang mempengaruhi perkembangan otak,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Dr Muhammed juga berpendapat pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan lagi dengan lebih bersasar, khususnya bagi sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan wajar diperluas kepada bidang lain.
“Sepatutnya lebih melebar. Kalau orang dan syarikat tidak berbelanja dengan ekonomi kita yang bergantung pada domestik, bagaimana ekonomi boleh berkembang.
“Syarikat yang tidak dapat untung, bagaimana hendak bayar cukai?” soalnya lagi.
Untuk rekod, Menteri Kewangan berkata Program Subsidi Upah itu dilanjutkan dengan kadar RM600 sebulan bagi pekerja bergaji 4,000 ringgit dan ke bawah selain had 200 pekerja bagi setiap permohonan akan ditingkatkan kepada 500 pekerja.
Menurut Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebanyak RM1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi program tersebut dalam Belanjawan 2021 yang dijangka membantu kira-kira 70,000 majikan dan 900,000 pekerja.
Sebelum muncul Covid-19 lagi, kadar kemiskinan di negara ini telah meningkat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/makcik-kiah-paling-tertekan-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makcik Kiah Paling Tertekan Kata Bekas Penasihat Ekonomi Mahathir

Makcik Kiah Paling Tertekan Kata Bekas Penasihat Ekonomi Mahathir

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 242 hits
Khazanah Research Institute Economist Dr Muhammed Abdul KhalidPakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid menyifatkan Belanjawan 2021 tidak mencukupi untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 Bekas penasihat ekonomi kepada mantan Per...
Megawati Puji China Paling Awal Beri Bantuan Untuk Ri Saat Pandemi Covid 19

Megawati Puji China Paling Awal Beri Bantuan Untuk Ri Saat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 241 hits
Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Soekarnoputri memuji China sebagai salah satu negara yang aktif memberikan bantuan untuk Indonesia saat pandemi Covid 19 Menurut Megawati di saat negara lain sibuk dengan urusan masing masing China telah m...
B40 Johor Bakal Terima Bantuan One Off Sehingga Rm500

B40 Johor Bakal Terima Bantuan One Off Sehingga Rm500

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 291 hits
ISKANDAR PUTERI Agenda Johor berkebajikan diumumkan menerusi Belanjawan 2021 akan terus membela rakyat di negeri itu yang terjejas akibat COVID 19 terutama golongan B40 bakal menerima bantuan one off sehingga RM500 Antara penerima manfaat b...
Mencetak Wang Idea Baik Kata Pakar Ekonomi

Mencetak Wang Idea Baik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 317 hits
Seorang pakar ekonomi menyokong idea seorang timbalan menteri yang mencadangkan bank pusat mencetak dan mengedarkan wang tunai kepada orang ramai dengan berkata ia adalah idea berani dan di luar kotak more Pengerusi Gerakan Keadilan Monetar...
Bptar 2020 Permohonan Bantuan Pelajar B40 Ipta Rm300 Sebulan

Bptar 2020 Permohonan Bantuan Pelajar B40 Ipta Rm300 Sebulan

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 485 hits
BPTAR 2020 PERMOHONAN BANTUAN PELAJAR B40 IPTA RM300 SEBULAN Untuk makluman Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan bagi pelajar pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam Universiti Awam Dalam ...
Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

Idea Timbalan Menteri Supaya Bank Cetak Agih Wang Tidak Masuk Akal Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 323 hits
Seorang ahli ekonomi menolak cadangan seorang timbalan menteri agar Bank Negara mencetak dan mengedarkan wang kepada golongan bawah 40 untuk meningkatkan kemampuan perbelanjaan mereka dengan menyifatkan idea itu sebagai naif Dalam temu bual...
Bantuan Untuk Golongan Asnaf B40

Bantuan Untuk Golongan Asnaf B40

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 171 hits
Semalam 2 kakitangan pergi menghantar bantuan untuk golongan asnaf dan B40 seperti biasa mereka akan bercerita tentang apa yang terjadi dan kesusahan yang dihadapi penerima bantuan Semalam hari special sikit kerana Salah seorang daripada me...
Pakar Ekonomi Gesa Putrajaya Selamatkan Ptptn Peminjam

Pakar Ekonomi Gesa Putrajaya Selamatkan Ptptn Peminjam

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 430 hits
Seorang pakar ekonomi mencadangkan Putrajaya menyelamatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka untuk mengelakkan krisis Geoffrey Williams dari Universiti HELP mendapati dana itu sela...
Florence Nightingale Bukan Makcik Kiah

Florence Nightingale Bukan Makcik Kiah

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 185 hits
Kalau nama Florence disebut ya Florence Nightingale orang akan membayangkan seorang misi atau jururawat jelita dengan lampu kuning bergerak dari satu ranjang ke satu ranjang meraba dahi dan memeriksa suhu pesakit lelaki iaitu para mangsa Pe...
Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Curang Itu Pilihan Tapiiii

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Persediaan Tamadhan Dan Raya

Choosing The Perfect Plants To Brighten Up Dark Spaces

Graft Videos Aimed At Weakening My Govt Says Hajiji

Skuad E Sukan Malaysia Cipta Sejarah Muncul Juara Dunia Di Riyadh

Make Your Business Standout

Cekodok Pisang Comel