Makanan Superfood Terbaik Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Masa
Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang masa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam ada 1 post aku di facebook berkaitan dengan superfood. Al kisahnya, ramailah yang bertanyakan apakah Jenis jenis Makanan Superfood ni. Nampaknya masih ramai yang belum tahu dan mungkin tak pernah dengar pun apa itu superfood. Ok lah, hari ini aku akan kongsikan beberapa jenis Makanan Superfood Malaysia khas untuk pembaca blog ini.
Makanan Superfood Malaysia.
Sebenarnya ada beberapa makanan superfood ini yang dah menjadi makanan lazim untuk kita. Mungkin ada yang makan hari hari pun, cumanya, mereka tak tahu, makanan yang mereka makan itu adalah dalam jenis superfood. Berikut merupakan Jenis jenis Makanan Superfood Malaysia:
#1. Kurma.
Biasa makan kurma? Ini memang makanan wajib untuk bulan puasa kan? Tapi ianya sebenarnya tidak terhad untuk itu sahaja. Boleh sahaja kita jadikan makanan harian kita. Kurma mengandungi karbohidrat yang tinggi iaitu fruktosa yang mana ianya memberikan tubuh badan kita tenaga yang berpanjangan.
Korang mesti biasa buat atau pernah dengar, waktu bulan puasa, kita campurkan kurma bersama dengan air susu dan minum waktu sahur. Kesannya, kita bertenaga sepanjang hari kan? Ya! Kurma adalah superfood!
#2. Madu.
Walaupun rasa madu itu manis tetapi ianya tersangat baik untuk tubuh manusia jika dibandingkan dengan gula. Madu mengandungi kalori yang tinggi serta kaya dengan fruktosa, maltosa, sukrosa dan glukosa, yang mana ini sangat diperlukan untuk tubuh badan kita.
Selain memberikan tenaga, ianya terbukti baik untuk beberapa penyakit manusia!
#3. Pisang.
Biasa tengok tak ahli sukan makan pisang? Sebab apa? Sebab ianya mampu memberikan tenaga yang cepat untuk tubuh kita. Pisang termasuk dalam Senarai Makanan Superfood yang murah dan mudah di dapati di sini. Selain mudah untuk di bawa ke mana mana, pisang mampu menjadikan perut kita kenyang lebih lama.
Selain tersenarai dalam Jenis jenis Makanan Superfood, pisang boleh juga dijadikan makanan diet ni. Hehehe.
#4. Telur.
Bila aku cari bacaan mengenai Senarai Makanan Superfood ni, banyak yang tulis telur adalah termasuk dalam kategori makanan yang memberikan tenaga. Ini adalah kerana, telur mengandungi protein yang tinggi. Kandungan zat yang ada di dalamnya juga menjadikan ianya adalah makanan sihat.
Tapi aku kalau makan telur rebus, aku tak suka makan bahagian kuning.
#5. Kekacang.
Kekacang ni kaya dengan sumber antioksida dan vitamin e. Selain baik untuk tubuh, ianya adalah makanan terbaik untuk otak juga. Sambil sambil duduk saja, bolehlah makan kekacang kan?
Oklah. Rasanya itu sahajalah perkongsian aku tentang Makanan Superfood Malaysia ni. Makanan makanan ini memang sangat bagus untuk tubuh kita dan mampu memberikan tenaga yang berpanjangan pada kita. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2019/10/makanan-superfood-terbaik-untuk-kekal-bertenaga.html