Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut Terbaik Di Klang


Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang | Kalau bab makan, memang laju je kinah. Mana la badan tak tembun. Eh eh salahkan makanan padahal malas nak excersice hihi. Ok lah kite sambung  semula cerita pasal tempat makan best di Klang. Baru-baru ni kinah ajak Yop makan seafood, teringin pulak nak makan seafood kat kedai. Poyo je kan, padahal boleh je masak kat rumah. Ala, sekali sekala kite gantung kuali tambah pulak makan dengan kawan-kawan feeling tu lain la sikit.

Kalau korang nak tahu, kedai makan yang best di Klang yang kinah maksudkan ialah Restoran Sisik Ikan Bakar yang terletak betul-betul berhadapan dengan GM Klang. So, korang yang dah penat shopping bolehlah singgah makan dulu kat sini. InsyaAllah, gendang gendut tali kecapi lepas makan confirm puas hati.

Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangMasa kinah pergi ni, pada waktu malam. Jadi, soal parking tak menjadi masalah, sebab GM Klang pun dah tutup masa kinah sampai. Kinah tengok memang kawasan di sini sangat strategik lagipun berhadapan dengan pusat membeli belah kan Hmm memang kena sangat la. Nak cari restoran ni pun mudah je, kedainya tepi jalan je.

Untuk pengetahuan korang, Restoran Sisik Ikan Bakar sebelum ni dikenali sebagai Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Kalau korang nak tahu, pengasas dan pemilik restoran ini difahamkann berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Melaka. Disebabkan itu, sedikit sebanyak terzahir dalam cara memasak dan juga nama bagi setiap hidangan di sini.

Restoran Sisik Ikan Bakar dibuka pada setiap hari bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang untuk masakan asli Melayu manakala untuk makanan laut bakar pula bermula pada pukul 5.00 petang hingga 12.30 malam.

Mengapa Restoran Sisik Ikan Bakar Menjadi Pilihan KamiRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangLihatlah meja kami, penuh dengan makanan, sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Lauk apa yang kami pesan, nanti kinah cerita kemudian. Kami memilih Restoran Sisik Ikan Bakar kerana sebelum kami ke sini, kami dah google terlebih dahulu kat mana kedai makanan laut terbaik di Klang, akhirnya Restoran Sisik menjadi pilihan. Lagipun makanan laut mereka semuanya segar sampai rambang mata kami nak pilih yang mana untuk hidangan kami pada malam tu.

Aneka Pilihan Makanan Laut Segar Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangTengoklah gambar di atas, ada banyak pilihan tau antaranya ada ikan Jenahak, Cencaru, ikan pari dan macam lagi jenis ikan. Selain tu, sotong putih, ketam, lala, pepahat, kerang pun ada. Korang cuma pilih je nak yang mana satu.

Kemudian bila dah selesai pilih makanan laut untuk dimasak, korang boleh pilih sama ada nak bakar, ataupun korang nak masak ala masakan Melayu asli macam kami pun boleh. Tukang masak sentiasa bersedia untuk menyediakan hidangan yang korang pilih tu.

Tadaaa ni la dia hidangan pilihan kami. Haaa penuh meja weh sampai tak tau nak makan yang mana dulu. Kita susun dulu cantik-cantik, tangkap gambar sebab nak kongsi dengan korang tempat makan yang best di Klang ni.
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di Klang
Antara Hidangan Menjadi Pilihan KamiJom kinah belanja gambar hidangan yang kami pilih pada malam tu. Semuanya nampak menyelerakan nyum nyum....
Udang goreng berempahSambal LalaSotong Bakar MaduSeafood SinggangIkan Lampam Bakar Tempoyak (Pais)Kailan Ikan Masin
Selain lauk pauk yang kami pilih ni, tak lengkap pulak kalau tak ada ulam-ulaman. Ni lah rahsia awet muda kami cewah hahahha. Dah ada ulam, mesti lah kena ada sambal belacan dan paling kinah suka sambal tempoyak. Orang Perak kome, tempoyak berpisah tiada hehe. Sambal tempoyak dia memang padu.
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangMenu Nasi Lemak Buluh Perindu Menu Istimewa Restoran Sisik Ikan BakarNasi lemak buluh perinduSiapa sini suka makan nasi lemak? Hahh bagi penggemar nasi lemak, korang kena cuba Nasi lemak buluh perindu di Restoran Sisik Ikan Bakar ni tau. Kebanyakan yang datang makan kat sini, nasi lemak buluh perindu menjadi pilihan utama. Apa yang istimewanya dengan nasi lemak buluh perindu ni, nasi ini dimasak dengan menggunakan daun pandan dan dibungkus pula dengan daun pisang kemudian dikukus di dalam buluh menjadikan rasanya lebih enak dan wangi. Makan nasi lemak panas-panas memang marvelous huhu betul ke ejaan tu 😅
Restoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangDigandingkan pula dengan lauk seperti sambal udang, paru berlada, ayam masak merah dan rendang ayam menjadikan nasi lemak buluh perindu ni bertambah sedap hingga ke butir nasi yang terakhir. Korang boleh pilih nak lauk yang mana. Kinah kalau makan nasi lemak selalu ambik sambal paru je. Lauk favourite tu heheh.

Harga Makanan Laut Restoran Sisik Ikan BakarRestoran Sisik Ikan Bakar Kedai Makanan Laut (Seafood) Terbaik Di KlangHarga makanan yang ada di sini adalah harga standard dan mengikut harga semasa. Jadi, korang yang datang ke sini bersama keluarga, kinah sarankan korang buat pesanan mengikut pakej yang disediakan kerana bagi kinah lebih jimat dan mudah jika korang tak tahu nak buat pesanan apa. Hahaha kinah selalu macam tu, selalu blur tak tahu nak makan apa. Jadi, bila ada set macam ni, lebih mudah kita buat pilihan.

Keselesaan dan Kebersihan Restoran Sisik Ikan BakarSoal keselesaan dan kebersihan di sini kinah bagi 5 bintang. Kerusi dan meja yang disediakan pun banyak dan lebih teratur. Jadi tak ada masalah kalau korang datang ke sini dengan bilangan yang agak ramai. Keadaan kedai pun luas dan selesa. Bawa anak kecil pun tak risau. Tahap kebersihan pun bagus.

Review Kinah Mengenai Restoran Sisik Ikan BakarKepada penggemar masakan warisan Melayu, Restoran Sisik Ikan Bakar perlu menjadi sasaran utama kerana banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Kinah ni memang suka makan masakan yang pedas, bila dah tau tempat makan best di Klang ni, nampaknya ke sini lagi la kami nampaknya nanti. Kinah memang recommend korang datang makan di sini. Memang puas hati

Kami sudah, korang bila lagi heheh


Alamat Restoran Sisik Ikan BakarBerhadapan GM Klang Wholesale CityNo 32, Jalan Kasuarina 1/ks7,Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan (Restoran Sisik)
Untuk maklumat lebih lanjut dan sebarang tempahan boleh hubungi
Facebook :https://www.facebook.com/restoransisikInstagram:https://instagram.com/restoransisik
Whatapps :https://wa.me/+60192263004​ ​https://wa.me/+60162240474

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.apekinah.com/2019/10/restoran-sisik-ikan-bakar-kedai-makan-seafood-terbaik-di-klang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikmati Pelbagai Menu Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

Nikmati Pelbagai Menu Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 723 hits
RESTORAN SISIK IKAN BAKAR SEDAP DI KLANG Kegemaran saya memang makanan laut bila saya tahu satu satu tempat tu ada menyediakan menu makanan laut yang sedap dan segar tak kira jauh saya pasti akan usaha untuk ke sana Baru baru ini saya The p...
Menjamu Selera Dengan Hidangan Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

Menjamu Selera Dengan Hidangan Makanan Laut Di Restoran Sisik Ikan Bakar Klang

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 1045 hits
Seri Wangi sudah lama tidak merasai hidangan makanan laut yang betul betul enak dan mengikut citarasa tekak Seri Wangi Kadang kala susah jugak nak cari makanan laut masakan melayu asli ni bukan Hah Seri Wangi akhirnya dah jumpa tempat yang ...
Makan Malam Di Restoran Warisan Tok Sisik Bandar Botanik Klang

Makan Malam Di Restoran Warisan Tok Sisik Bandar Botanik Klang

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 712 hits
Hi Korang Lama betul kak lily tak lepak lepak ikut diorang ni pi makan makan Yelah makan selalu dengan Mr Big je kan so sekali sekala join lah kan Tempat makan yang diorang nak pi ni terletak di Bandar Botanik Klang Ya ampun kemain jauh beb...
Restoran Haji Sharin Low Grand Menyediakan Hidangan Cina Muslim Terbaik Di Pulau Pinang

Restoran Haji Sharin Low Grand Menyediakan Hidangan Cina Muslim Terbaik Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 513 hits
Jika anda datang ke Pulau Pinang dan berhajat untuk menjamu selera menu yang berbeza serta sudah semestinya makanan Muslim yang halal datanglah ke restoran ini Makananya memang terbaik dan sedap Memang sempoi Harganya juga berpatutan sesuai...
Ronaldo Cari Pelayan Restoran Yang Memberinya Makanan Gratis Saat Masih Miskin

Ronaldo Cari Pelayan Restoran Yang Memberinya Makanan Gratis Saat Masih Miskin

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 233 hits
Cristiano Ronaldo pernah hidup susah di masa kecilnya Striker Timnas Portugal itu bahkan pernah menjadi pengemis saat dilanda rasa lapar Cristiano Ronaldo membuka cerita menarik saat diwawancarai oleh Piers Morgan dalam sebuat acara televis...
Grabfood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

Grabfood Kini Membenarkan Pesanan Makanan Dari Pelbagai Restoran Serentak

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 394 hits
Dengan perkhidmatan GrabFood pelbagai jenis makan enak dapat berada di hujung jari Tetapi sistem yang digunakan mereka selama ini hanya membenarkan satu pesanan dilakukan dari sebuah restoran Pengguna terpaksa menunggu makanan pertama dihan...
Makanan Superfood Terbaik Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Masa

Makanan Superfood Terbaik Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 657 hits
Makanan superfood terbaik untuk kekal bertenaga sepanjang masa Assalamualaikum dan salam sejahtera Semalam ada 1 post aku di facebook berkaitan dengan superfood Al kisahnya ramailah yang bertanyakan apakah Jenis jenis Makanan Superfood ni N...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025