Makanan Sedap Di Penang Dari Nasi Kandar Ke Cendol Semua Ada


Makanan Sedap Di Penang – Dari Nasi Kandar ke Cendol, Semua Ada!
Selain terkenal dengan tempat-tempat menariknya, Penang juga merupakan destinasi kuliner yang popular untuk pencinta makanan.  
Ia juga sering dirujuk sebagai ‘syurga makanan’  oleh pengunjung tempatan mahupun pelancong luar.  
Dengan warisan budaya yang kaya daripada pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, India, dan Eropah, Penang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang unik dan semestinya sedap-sedap belaka. 
Untuk artikel kali ini, kita akan meneroka beberapa makanan ikonik di Penang dan cadangan restoran untuk menikmatinya. Jom baca! 
BACA JUGA: Butterfly Farm Penang: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk
Makanan Sedap Di Penang – Kena Cuba! 1. Nasi Kandar Nasi Kandar adalah salah satu pilihan makanan yang top di Penang. Tanya je, makanan apa sedap di Penang? Mesti ramai yang cadangkan, nasi kandaq!
Nasi kandar adalah hidangan yang terdiri daripada nasi yang disajikan dengan pelbagai lauk seperti kari ayam, kari kambing, sotong dan sayuran berempah. 
Sumber: Food Panda Setiap lauk memiliki rasa kari yang kaya dan berlemak. Memang umphh bila dinikmati bersama nasi panas.
Anda boleh mencuba nasi kandar di restoran Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Beratur, Nasi Kandar Deen Maju dan beberapa lagi restoran nasi kandar yang ada. 
2. Char Koay Teow Char Koay Teow juga merupakan salah satu makanan sedap di Penang yang anda kena cuba. 
Hidangan ini terdiri daripada mi pipih yang digoreng dengan api besar bersama udang segar, tauge, telur dan kucai. 
Sumber: Rasa Malaysia Ramai penjual juga menambah bahan tambahan lain seperti kerang, fishcake dan lain-lain untuk menambahkan lagi keenakan rasanya.
Salah satu cadangan restoran terbaik untuk mencuba Char Koay Teow di Penang ialah di Lorong Selamat Char Koay Teow. 
Restoran ini sangat terkenal kerana menggunakan arang untuk memasak, yang memberikan rasa ‘wok hei’, smokey smokey macam tu. Jangan lupa cuba tau! 
3. Penang Asam Laksa Seterusnya, makanan sedap di Penang yang anda tidak boleh skip ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Hidangan ini wajib dicuba terutamanya oleh peminat makanan yang berkuah. 
Sumber: Resepi Guru Dengan rasa asam yang hadir dari asam (tamarind), dicampur pula dengan kuah yang dibuat daripada ikan kembung rebus, disajikan dengan mi tebal dan dihiasi dengan daun pudina, bawang, nanas, dan bunga kantan, laksa Penang sememangnya kaya dengan rasanya yang unik. 
Untuk mencuba laksa Penang, anda boleh pergi ke Penang Road Famous Laksa, Laksa Pak Ngah Taman Ciku, Laksa Janggus, Laksa Aunty Rubu dan banyak lagi. 
4. Pasembur Kalau mai Penang tak cuba pasembuq memang rugilah hang!
Pasembur adalah sejenis hidangan yang terkenal di Pulau Pinang. Ia terdiri daripada campuran sayur-sayuran segar yang dipotong halus, tauhu, cucur udang, telur rebus, dan kadang-kadang sotong pun ada.
Sumber: George Town Semua bahan ini dihidangkan dengan kuah kacang yang pekat, manis dan sedikit pedas. Kombinasi tekstur rangup dan lembut dalam hidangan ini menjadikannya salah satu makanan ikonik yang wajib dicuba di Penang. 
Pasembur biasanya dijual di gerai-gerai tepi jalan atau di medan selera seperti di Gurney Drive, yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tempatan Penang.
5. Cendol Penang  Cendol adalah salah satu pencuci mulut paling popular di Malaysia, terutama di Penang. Hidangan ini terdiri daripada cendol hijau yang terbuat dari tepung beras, kacang merah, santan, dan gula Melaka. 
Sumber: TripAdvisor Rasa manis dan lemak dari santan menjadikan cendol hidangan yang sempurna untuk cuaca panas seperti di negara kita. Lega sikit tekak panas panas ni pekena cendol. 
Sumber: Flickr Antara cadangan restoran yang menyajikan cendol popular di Penang ialah restoran Penang Road Famous Teochew Chendul. Lokasinya yang strategik di tengah-tengah Georgetown menjadikannya destinasi wajib bagi pelancong.
BACA JUGA: Pulau Jerejak, Penang: Tarikan Utama & Cara Ke Sana
6. Mee Sotong Hameed Pata Satu lagi makanan sedap di Penang yang wajib anda cuba ialah Mee Sotong. Apa yang membuatkan Mee Sotong Penang begitu istimewa ialah sotong yang dimasak bersama sambal merah pekat yang berperisa.  Hidangan ini juga sering disajikan dengan telur rebus dan sedikit sayur untuk melengkapkan rasa.
Sumber: PENANG SANA SINI Antara lokasi paling popular untuk menikmati Mee Sotong Penang ialah di Medan Selera Padang Kota Lama. Gerai mee sotong di sini telah lama beroperasi dan menjadi kegemaran ramai kerana rasa asli dan pedas yang disukai penggemar makanan laut.
7. Mee Udang Mee Udang Penang juga merupakan salah satu hidangan yang terkenal di Pulau Pinang. 
Hidangan ini menyajikan mi yang dipadankan dengan udang segar, dan biasanya disajikan dengan kuah yang kaya dengan pelbagai rasa. 
Sumber: Che Nom Untuk merasai mee udang yang padu, anda boleh cuba pergi ke restoran Ayu Mee Udang, Mee Udang 12 Ekor, Ida Mee Udang Butterworth, Warung Tok Mat, Kak Ina Mee Udang dan sebagainya.
8. Nasi 7 Benua Nasi 7 Benua adalah salah satu hidangan istimewa yang menjadi tarikan di Penang. Ia merupakan gabungan pelbagai jenis nasi dan lauk-pauk yang mewakili tujuh benua di dunia, menjadikannya sebagai sajian yang unik dan beraneka.
Setiap lauk dipilih dengan teliti untuk mencerminkan citarasa dan tradisi masakan dari benua tersebut. Ini memberikan pengalaman kulinari yang pelbagai dan menarik kepada pengunjung.
Sumber: mstar Terdapat beberapa restoran di Penang yang menawarkan hidangan ini antara yang paling popular ialah Restoran Nasi 7 Benua. Seperti namanya, restoran ini menyajikan hidangan ini sebagai menu utama. 
Selain itu, Koo Boo Cafe juga turut ada menyajikan menu ini. Pengunjung disarankan untuk membuat tempahan terlebih dahulu, terutama pada hujung minggu, kerana tempat ini sering penuh dengan pelanggan.
Kawasan Makanan Jalanan Popular di Penang Bagi mereka yang ingin menikmati pelbagai makanan jalanan dalam satu tempat, berikut adalah beberapa kawasan popular di Penang:
1. Gurney Drive Gurney Drive adalah salah satu lokasi makanan jalanan yang paling terkenal di Penang. Dengan pemandangan laut yang menakjubkan, Gurney Drive menawarkan pelbagai gerai makanan yang menyajikan hidangan seperti:
Char Koay Teow: Mi goreng yang dimasak dengan udang, kerang, dan telur. Pasembur: Salad yang terdiri daripada sayur-sayuran, keropok, dan kuah kacang. Cendol: Pencuci mulut sejuk yang terdiri daripada santan, gula Melaka, dan kacang hijau. 2. Little India Little India di Georgetown merupakan kawasan yang kaya dengan budaya dan makanan India. Di sini, anda boleh mencuba pelbagai hidangan seperti:
Roti Canai: Biasanya disajikan dengan kuah kari atau dhal. Nasi Kandar: Nasi dengan pelbagai pilihan lauk, termasuk ayam, daging, dan sayuran. Murtabak: Roti yang diisi dengan daging atau ayam dan rempah yang sedap. 3. Chulia Street Sumber: The Travel Mentor Chulia Street adalah syurga bagi penggemar makanan jalanan. Gerai-gerai di sini menawarkan pelbagai hidangan dari pelbagai budaya. Antara yang popular adalah:
Hokkien Mee: Mi udang yang dimasak dalam kuah pekat. Satay: Daging yang dipanggang dan disajikan dengan kuah kacang. Nasi Lemak: Hidangan nasi beraroma santan yang disajikan dengan sambal, ikan bilis, dan telur. Wantan Mee: Mi dengan wantan dan kuah sos yang sedap. Rojak: Salad buah-buahan yang disalut dengan kuah yang manis dan pedas. Bubur Pulut Hitam: Pencuci mulut yang terbuat dari pulut hitam dan santan. BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Penang, Sesuai Untuk Percutian Keluarga!
Penutup Jika anda seorang pencinta makanan, Penang adalah destinasi yang wajib dikunjungi. Dengan pelbagai pilihan makanan yang enak dan harga yang berpatutan, percutian ada ke Penang pasti memberikan keseronokkan berganda-ganda!
Jadi, apa tunggu lagi? 
Rancang perjalanan anda ke Penang dan rasai sendiri keunikan dan kelazatan makanan yang ditawarkan!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-sedap-di-penang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-sedap-di-penang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Di Nur Bistro Nasi Kandar Original Seremban 2

Dinner Di Nur Bistro Nasi Kandar Original Seremban 2

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 112 hits
Assalamualaikum Hi korang Good morning ada yang Monday Blues ke tu SA okey je hari ni cuma badan sedikit penat semalam anak sepupu meninggal SA ke forensic dan ke kubur untuk kebumi lepas tu uruskan PZ memang weekend ni SA sedikit penat Tam...
Resipi Bubur Nasi Cendawan Shiitake Yang Enak Mudah Untuk Sarapan Sekejap Saja Licin Semangkuk

Resipi Bubur Nasi Cendawan Shiitake Yang Enak Mudah Untuk Sarapan Sekejap Saja Licin Semangkuk

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 120 hits
Hidangan bubur nasi cendawan shiitake ini memang enak dimakan waktu pagi Tak perlu pelbagai lauk sebagai pelengkap kerana rasa bubur nasi ini sememangnya sudah sedap Bukan anak anak saja suka yang dewasa pun sama sekejap saja licin semangku...
Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

Makan Sate Di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 Larkin

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 148 hits
Assalamualaikum WBT SIANG makan di Dolly Dim Sum malam Pak Inche ajak makan Bubur Nasi Berlauk di mana lagi yang kena dengan seleranya kalau bukan di Restoran Bubur Nasi Istimewa No 1 cawangan Dataran Larkin Bubur nasi lauknya Kangkung Bela...
Sampai Awal Dan Nasi Lemak Paru

Sampai Awal Dan Nasi Lemak Paru

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 176 hits
Assalamualaikum Hi korang6 50am SA dah ada kat office berdua ngan akak cleaner jer sampai KL pukul 6 40am SA manage to get first bus pagi ni mula macam x nak naik sebab awal sangat sudahnya naik je la naik je terus lelap memang semalam SA t...
Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 194 hits
Jumaat lepas time lunch k fiezz ke SOGO nak cari barang kat dalam ni So dah kebetulan tu k fiezz tapau lunch sekali kat sini Masa ni k fiezz pergi solo je ke sini So beli makan tapau je Makan kat pejabat sambil layan drama hehe K fiezz beli...
Nasi Ulam Utara Bersama Gulai Masam Batang Keladi

Nasi Ulam Utara Bersama Gulai Masam Batang Keladi

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 196 hits
nbsp Dalam entri kak ana yang lepas kisah kak ana ke MAHA 2024 ada kak ana bercerita makan nasi ulam utara bersama gulai masam batang atau sulur keladi Dan hari ini kak ana nak sambung kisah nasi ulam utara yang sangat istimewa di hati kak ...
Nasi Goreng Cili Padi Semaian Ibu

Nasi Goreng Cili Padi Semaian Ibu

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum WBT ALHAMDULILLAH Kakak Sk Angah telah pulang dari menjalani ibadah umrah malam tadi Sampai di KLIA tengahari semalam dijemput Cikwa dan terus pulang ke Tanah Jauhar Cikwa pulak bawa balik sebekas cili padi hijau hasil semai...
Nasi Kandaq Fest 2 0

Nasi Kandaq Fest 2 0

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 102 hits
Perhatian Peminat Nasi Kandaq Semua The BIGGEST Nasi Kandar Festival is BACK Nasi Kandaq Terbaik Penang Ipoh KL JB dibawah satu bumbung Siapakah Barisan Lejen Baru Yang Akan Mengegarkan 2024 Jangan Terlepas Details Nasi Kandaq Fest 2 0 Sept...
Bukan Restoran Nasi Padang

Bukan Restoran Nasi Padang

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 97 hits
Assalamualaikum WBT MINGGU lepas keluar tengahari temankan Iman tukar MyKad Hantar gambar dalam grup dorang tanya kenapa nak tukar Okey cerita dia macam ni masa Iman habis SPM Iman ada perbaharui passport masa tu Iman dah bertudung passport...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025