Makanan Sebenar Vs Makanan Tambahan Yang Mana Lagi Bagus


Makanan Sihat yang Patut Diambil

Makanan Sebenar vs Makanan Tambahan | Malaysia kaya dengan pelbagai sumber makanan. Sumber makanan harian seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, daging ayam, daging lembu, ikan, susu dan macam-macam lagi makanan, mudah didapati di negara kita. Harganya juga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Gambar paulctijerina
Bila senang dapat pelbagai sumber makanan dengan harga yang amat berpatutan, maknanya kita tidak boleh bagi alasan untuk tidak mengamalkan diet seimbang. Di Malaysia ini.. sudah cukup bekalan makanan. Kenapa mahu ambil makanan tambahan lagi

Sekarang ini, iklan makanan tambahan di media sosial semakin berleluasa. Ada yang kata boleh bagi tenaga lebih, ada yang kata ia sebagai pengganti makanan sebenar dan ada yang kata.. ambil makanan tambahan untuk elak penyakit. Lebih hebat lagi ada yang claim produk makanan tambahan mereka boleh mengubati penyakit. Penyakit kronik pula tu.
Tapi Doktor Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang, memberitahu di Facebooknya berulang kali, jika sihat tidak perlu ambil makanan tambahan. Melainkan mereka yang benar-benar memerlukan makanan tambahan seperti vitamin dan lain-lain, itupun diambil mengikut saranan doktor yang merawat. Jika sesuatu produk yang dijual itu mereka overclaim seperti mengatakan bahawa pelbagai penyakit dapat dirawat dengan produk tersebut, itu adalah produk sampah yang hanya menipu duit pengguna.




Mai ada terbaca status seorang pengguna Facebook yang berkongsi tentang makanan hariannya. Dalam statusnya, dia berkongsi yang dia mengurangkan pengambilan makanan sebenar dan menggantikannya dengan makanan tambahan seperti minuman shake, pil multivitamin dan lain-lain lagi. Alasannya, untuk sihat. Mai sendiri baca pun terkejut sebab terlalu sedikit makanan sebenar yang diambil.

Sebenarnya, sangat rugi kalau tak ambil makanan sebenar. Makanan sebenar ini yang kita makan setiap hari seperti nasi, sayur, buah dan lain-lain lagi yang nampak keadaan sebenar di depan mata kita. Nutrisi yang ada dalam makanan sebenar juga banyak. Badan juga jadi bertenaga.

Sumber gambar cookinglight.com
Antara alasan yang biasa Mai dengar, ambil makanan tambahan sebab tidak makan sayur dan buah. Jadi, untuk menggantikannya mereka mengambil pil multivitamin yang berada di pasaran. Yang menjual produk pun satu, claim produk tu terlebih hebat daripada ubat di hospital. Sampai kata ubatan moden ini agenda BigPharma. Hahaha macam-macam betul lah...

HOT: Sarapan Pagi yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan

Untung kepada mereka yang ambil makanan sebenar ni. Sihat dapat, rasa makanan sedap-sedap pun dapat. Harga makanan mentah pun tidaklah mahal. Mudah, beli ikut kemampuan masing-masing. Masak makanan sendiri lebih jimat berganda dan tahu sukatan garam dan gula dalam sesuatu masakan.

Saranan doktor, ambil makanan sebenar dengan portion suku-suku separuh yang mengandungi karbohidrat suku pinggan, lauk suku pinggan dan sayur serta buah separuh pinggan. Lengkap hidangan kan? Dengan izin Allah, portion suku-suku separuh lah yang membantu Mai berjaya mengurangkan berat. Alhamdulillah, dah dapat berat badan ideal dan masih kekal sampai sekarang.



Kalau anda bukan penggemar sayur atau buah, cuba belajar untuk makan. Tak rugi pun, malah dapat pula khasiat dan zat yang diperlukan badan. Harga juga murah dan mudah didapati. Di pasar basah, pasar pagi, pasar malam, pasar raya... eh semua tempatlah senang jumpa hehe.

Bagi Mai, nak makan apa pun makanlah. Asalkan makanan yang diambil tidak melebihi kalori yang diperlukan seharian oleh tubuh masing-masing. Biar berpadanan dengan apa yang kita buat atau kerja setiap hari. Pilih makanan yang sihat, lagi bagus.

Ate, moh le kite ubah gaye hidup. Daripada ambil makanan yang tidak sepatutnya dan membazir duit, lebih baik makan makanan sebenar yang sihat serta mudah didapati dan jauh lebih murah harganya. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang hanya mahu mengaut keuntungan peribadi semata-mata, sampai nasihat doktor pun tidak diendahkan. Bersenam juga jangan lupa buat ya. Senang je nak sihat sebenarnya kan 😉




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/10/makanan-sebenar-vs-makanan-tambahan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Diet Mudah Dengan If Diet 5 2 Atau Eat Stop Eat Mana Pilihanmu

3 Cara Diet Mudah Dengan If Diet 5 2 Atau Eat Stop Eat Mana Pilihanmu

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 373 hits
3 Cara Diet Mudah Dapat Turunkan Berat Badan Selalu jealous tengok orang ramping aktif sihat dan dapat bergerak pantas Jadi bila keadaan dah jadi menyusahkan pulak kat tubuh badan kita takkan kita nak tunggu dan lihat je keadaan bertambah p...
Macam Mana Nak Mulakan Perniagaan

Macam Mana Nak Mulakan Perniagaan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 528 hits
Nak mula berniaga Follow ini dulu sekadar gambar hiasanLangkah Mudah Mulakan Perniagaan1 Daftar perniagaan anda di SSM Kosnya sekitar RM 60 ke atas Letak nama untuk jangka masa panjang jangan spesifik contohnya Syafiq Cendol Nanti tiba tiba...
Mana Keadilan Untuk Sekolah Rendah Jenis Tamil Tapah

Mana Keadilan Untuk Sekolah Rendah Jenis Tamil Tapah

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 265 hits
Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa Dalam Malaysia Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
Rumahtangga Selama Mana Pun Dugaan Tetap Ada

Rumahtangga Selama Mana Pun Dugaan Tetap Ada

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 452 hits
Gambar hiasan Rasanya gambar ini sudah berusia 9 tahun Jangan kata baru setahun jagung yang sudah berakar umbi pun belum tentu akan selamat Ujian tetap akan datang Bukan hanya dari pasangan yang mungkin tergoda dengan persekitaran kawan kaw...
Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

Mahal Macam Mana Pun Botol Susu Anak Tetap Kena Tukar 3 Bulan Sekali

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 481 hits
Mahal macam mane pun botol tukar la dengan kerap jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangay tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat Eh berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni ...
Entah Dari Mana Datangnya Budaya Majlis Graduasi Bermewah Seperti Ini

Entah Dari Mana Datangnya Budaya Majlis Graduasi Bermewah Seperti Ini

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 224 hits
Jika dulu majlis graduasi hanya diraikan oleh pelajar di universiti sahaja Saban tahun majlis graduasi diraikan bagi menghargai segala penat lelah yang dicurahkan bertahun tahun di dalam mencari ilmu pengetahuan Tetapi kini majlis graduasi ...
Tip Macam Mana Nak Pilih Pengasuh Anak

Tip Macam Mana Nak Pilih Pengasuh Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 1702 hits
Tip macam mana nak pilih pengasuh anak Zaman sekarang ni kebanyakan suami isteri ibu dan ayah berkerja So nak tak nak memang kena cari orang tukang jaga anak anak yang boleh membela anak sepanjang ketiadaan mereka untuk pergi bekerja Tapi a...
Bertahun Tahun Tinggal Puasa Macam Mana Cara Nak Ganti Puasa

Bertahun Tahun Tinggal Puasa Macam Mana Cara Nak Ganti Puasa

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 503 hits
Hi semua Minggu ni nak menghabiskan puasa ganti Ni kalau tau kat Maisara yang saya puasa ganti ni mesti dia muncung muka sebab tak tunggu dia Kalau nak tunggu dia memang lambat la sebab dia nak puasa masa cuti sekolah je Ini masa terbaik un...
Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan Terengganu Soal Ismail

Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan Terengganu Soal Ismail

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai kritikal mengatakan tiada projek berimpak tinggi untuk pantai timur Semenanjung khususnya Kelantan dan Terengganu Kelantan dan Terengganu diabaikan tanpa...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa