Mana Projek Impak Tinggi Untuk Kelantan Terengganu Soal Ismail


Faiz Zainudin


KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai “kritikal”, mengatakan tiada projek berimpak tinggi untuk pantai timur Semenanjung, khususnya Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan dan Terengganu diabaikan tanpa sebarang projek berimpak tinggi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng minggu lepas di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail menegaskan Kelantan dan Terengganu sepatutnya mendapat projek-projek berimpak tinggi untuk membantu pembangunannya memandangkan pendapatan per kapita rakyatnya dikatakan amat rendah.

Beliau mengingatkan merapatkan jurang antara Kelantan dan Terengganu dan negeri-negeri lain ada disebut dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) yang dibentangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pada Okt tahun lepas.
“Kita nak tanya menteri kewangan adakah ini hukuman kepada Kelantan dan Terengganu yang memberi undi kepada PAS?” katanya.

Takiyuddun Hassan (PAS-Kota Bharu) bangun mencelah dan berkata apa yang menarik dalam Belanjawan 2020 hanya sebuah sekolah baru di Tumpat, Kelantan dan Marang, Terengganu.

Beliau juga tertanya apakah projek-projek yang telah diluluskan menerusi belanjawan terdahulu, seperti pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, telah diberi kepada kontraktor.

“Apabila kerajaan kerajaan PH datang, mereka buka tender baru, dan dalam Belanjawan 2020 hilang tidak disebut. Apakah perkara ini wajar?” katanya.

Sementara itu, Ismail mencadangkan Putrajaya memberikan royalti minyak 20% kepada Kelantan dan Terengganu oleh kerana tiada projek berimpak tinggi.

Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) bangun mencelah dan berkata sehingga kini tiada bayaran royalti walaupun janji telah dibuat.

“Saya nak rujuk apa dicadangkan, royalti sampai 20%, masalahnya lima peratus juga belum diberikan,” katanya.

Ismail kemudian meminta isu royalti minyak dimasukkan dalam ucapannya untuk dijawab menteri kewangan.

Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kemudian bangun untuk mempersoalkan pendirian Ismail kerana kerajaan dulu tidak pula membayar royalti kepada Kelantan selama 60 tahun memerintah.

Ismail merupakan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam pentadbiran Najib Razak.

Ketua pembangkang menjelaskan Kelantan menerima bayaran daripada kerajaan persekutuan dalam bentuk wang ehsan, dan Barisan Nasional tidak pernah berjanji untuk memberikan royalti kepada negeri itu.

“PH berjanji, itu bezanya. Kalau janji mesti ditepati, itu sebab Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak tuntut,” tambahnya.

Ismail percaya keempat-empat negeri itu sukar meyakini Belanjawan 2020 kalau manifesto Pakatan Harapan “tipu”.

“Saya yakin Belanjawan 2020 akan gagal,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/mana-projek-impak-tinggi-untuk-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Kuat Pun Seorang Suami Bila Sampai Soal Isteri Boleh Buat Dia Cair

Macam Mana Kuat Pun Seorang Suami Bila Sampai Soal Isteri Boleh Buat Dia Cair

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 602 hits
Seorang suami tanggung jawabnya besar Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga tetapi isteri tersayang perlu dilindungi Suami mempunyai hati yang keras sukar mengungkapkan kata cinta Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isteri...
Beza Nasi Dagang Kelantan Terengganu

Beza Nasi Dagang Kelantan Terengganu

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 1119 hits
Nasi dagang yang begitu terkenal di Terengganu dan Kelantan Namun tahukah anda terdapat perbezaan di antara nasi dagang yang dibuat di Terengganu serta nasi dagang yang dibuat di Kelantan Nasi Dagang TerengganuNasi Dagang Terengganu secara ...
80 Janji Manifesto Pas Di Semua Pru Dulu Kini Kelantan Terengganu Tidak Dilaksanakan

80 Janji Manifesto Pas Di Semua Pru Dulu Kini Kelantan Terengganu Tidak Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 485 hits
SENDIRI HANCING 80 JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU KINI KELANTAN TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN Di Antaranya 1 Jika menang PRU14 di Terenggnu akan laksana Hukum Hudud2 Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera 3 Pe...
Ini Jawaban Airlangga Ditanya Sikap Golkar Soal Gerindra Gabung Koalisi Jokowi

Ini Jawaban Airlangga Ditanya Sikap Golkar Soal Gerindra Gabung Koalisi Jokowi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 370 hits
Kabar merapatnya Gerindra diungkap Tenaga Ahli Kantor Staf Kepresidenan Ali Mochtar Ngabalin
Puan Soal Safari Politik Prabowo Boleh Saja Dihubungkan Dengan Kans Masuk Kabinet

Puan Soal Safari Politik Prabowo Boleh Saja Dihubungkan Dengan Kans Masuk Kabinet

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 326 hits
Bisa juga dilakukan karena emang ingin silaturahmi bangun bangsa ke depan ujar Puan
Soal Menteri Oso Minta Jokowi Tak Kompromi Dan Harus Melihat Profesi

Soal Menteri Oso Minta Jokowi Tak Kompromi Dan Harus Melihat Profesi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 250 hits
Seorang menteri kata OSO harus memiliki semangat kerja dan mampu mendongkrak pertumbuhan ekonomi Sehingga rakyat merasakan kemakmuran
Mendagri Soal Ott Bupati Indramayu Selalu Katakan Yang Terakhir Tetapi Kok Terus

Mendagri Soal Ott Bupati Indramayu Selalu Katakan Yang Terakhir Tetapi Kok Terus

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 206 hits
Mendagri Soal OTT Bupati Indramayu Selalu Katakan yang Terakhir Tetapi Kok Terus Dia juga terus mengatakan agar kepala daerah saling mengingatkan Serta berhati hati jika menangani proyek di setiap daerah
Tulis Status Nyinyir Soal Wiranto Guru Pns Kota Serang Diperiksa Disdik

Tulis Status Nyinyir Soal Wiranto Guru Pns Kota Serang Diperiksa Disdik

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 321 hits
Rahayu Hayati seorang guru SMP Negeri di Kota Serang dipanggil Dinas Pendidikan setelah membuat status nyinyir di media sosial soal penusukan Menko Polhukam Wiranto
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya