Makan Tengahari Yang Bahagia


Assalamualaikum..

SABTU lepas, hari jadi ibu Sk yang ke 79
Seperti biasa, bila hari jadi ibu, kami merancang macam-macam. Kali ini kami buat keputusan untuk memasak sendiri. Cikwa yang bekerja di KL pastinya akan balik. Begitu juga dengan Izzat yang berada di Unisza, Terengganu, juga akan balik. Cuma Iman jer tak dapat balik sebab tak ada cuti. Oh, ya, disebabkan katanya, Cik Ani akan ke KL pada hari Sabtu tu, maka kami sebulat suara akan meraikan hari jadi ibu pada malam Sabtu itu. Seperti yang Sk beritahu sebelum ini, Sk bercadang untuk ke pasar di tepi Sungai Pontian untuk mencari telur ikan mayong sebagai tambahan lauk untuk jamuan yang bertemakan Shell Out, hehehe

Jam 2.30 pagi, Sk dikejutkan oleh Pak Inche yang kelam kabut macam nak giler. Rupa-rupanya, anak bertuah muncul depan pagar bersama Cikwa yang katanya, nak bergerak lepas Subuh dari KL. Baik punya plan, dalam pada tak ada cuti, Iman nekad balik pada petang Khamis tu dengan menaiki ETS dari Ipoh ke KL Sentral dan meminta Cikwa menjemput sebelum mereka sama-sama balik ke JB. Bertuah betul dua beranak tu

Jadi, adalah teman Sk meronggeng ke pasar, hahaha. Alhamdulillah, dapat sepasang telur mayong (dua kantung) dengan harga RM30. Saiz kantung ni lagi besar daripada yang SK belikan untuk Kak Senah hari tu tau. Lepas tu beli juga ikan mayong dah siap potong, senang balik rumah terus masak

Geram tengok udang ni yang besarnya lebih dari tapak tangan Sk yang memang dah besar, hahaha. Belilah sekilo untuk rumah sendiri dan sekilo untuk rumah Senai. Yang sekilo untuk rumah sendiri tu Pak Inche kata nanti dia bayarkan balik, hihi. Terbayang pulak Masak Lemak Cili Api Udang dengan Kacang Buncis yang Sk baca di blog Azie Kitchen


Sebaik sampai rumah, terus singsing lengan. Rebus dulu telur mayong sebelum dimasak asam pedas. Mujurlah cili kering dan bawang merah semua dah siap berkisar, tinggal ditumis aje. Siap masak terus masukkan semua dalam bekas untuk dibawa ke Senai. Dah pesan orang Senai, masak nasi siap-siap, jadi kami sampai terus makan

Asam Pedas Ikan Mayong kegemaran semua
Ialah, dah ada telur kenalah ada maknya juga, kannn.. baru aci gitu, hahahaha

Gulai udang sebelanga katanya. Sk masak stail nogori ni tau, tak bubuh bawang, cuma cili api dan kunyit hidup jer. Iman kata, nampak jer kuah bonda macam masak lemak biasa, tapi power giler sampai pijor bibir, hahaha

Sampai Senai, terus hidang dalam mangkuk. Ya Allah, punyalah bahagianya menyuap makanan bila semua ada. Yang tak ada, laki masing-masing ajelah, sebab kerja, kan. Yang pompuan semua kerja gomen kan, huhu. Takpa, nanti malam kita berkumpul semua anak beranak lagi sekali ya

Burpppp! Alhamdulillahhhh..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/03/makan-tengahari-yang-bahagia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Central Market Kuala Lumpur Singgah Makan Tengahari

Central Market Kuala Lumpur Singgah Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 620 hits
assalamualaikum salam sejahtera settle jejak langkah ke turun jer di Hab Pasar seni sebelum naik ke Stesen MRT Pasar Seni kami berjalan dulu ke Pasar Seni Central Market lama nyer lah tak singgah sini memang dari pagi dah inform kakak kakak...
Bolehkah Kita Makan Buah Buahan Yang Masak Di Tepi Jalan

Bolehkah Kita Makan Buah Buahan Yang Masak Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 613 hits
Bolehkah Kita Makan Buah Buahan Yang Masak Di Tepi Jalan MELIHAT buah yang masak ranum di tepi jalan membuatkan sesiapa sahaja terliur Namun begitu untuk memetik dan mengambil buah itu begitu sahaja memang tidak boleh dilakukan Masakan tida...
Jenjalan Cari Makan Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya

Jenjalan Cari Makan Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 1081 hits
Jenjalan Cari Makan Restoran Nasi Lan Kedah Putrajaya Setel meeting hari first pada 3 Mac tu kami selaku team everly terus gerak dari parkir E2 tu ke restoran ni Nak makan dulu sebelum check in ke hotel katanya Dan kebetulan juga aku duduk ...
Konon Nak Berjimat Pelajar Hanya Makan Mi Segera Selama 3 Minggu Masuk Hospital

Konon Nak Berjimat Pelajar Hanya Makan Mi Segera Selama 3 Minggu Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 440 hits
Siapa yang tidak gemarkan mi segera boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai terutama para pelajar Walaupun ramai sudah mengetahui kandungan mi segera tidak baik untuk kesihatan namun ramai yang masih menikmatinya Di China gara g...
Tak Lalu Makan Nasi Isteri Buatkan Burger Ayam Itulah Hidangan Terakhir Untuk Suami

Tak Lalu Makan Nasi Isteri Buatkan Burger Ayam Itulah Hidangan Terakhir Untuk Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 474 hits
Ajal maut semuanya di tangan Tuhan Siapa yang menyangka hari ini si dia yang kita sayangi masih sihat dan elok sahaja bersama kita tiba tiba esoknya pergi meninggalkan kita Jika ini yang berlaku sudah tentu ia sesuatu yang mengejutkan dan s...
Resepi Acar Timun Makan Dengan Nasi Putih

Resepi Acar Timun Makan Dengan Nasi Putih

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 680 hits
Kalau terlebih rajin hari ini boleh mencuba resepi acar timun Selalunya acar timun akan di makan bersama dengan nasi minyak nasi tomato dan lain lain Tetapi pada harini acar timun akan dimakan bersama dengan nasi putih dan di temani oleh te...
Vitamin Tambah Selera Makan Anak Yang Cerewet

Vitamin Tambah Selera Makan Anak Yang Cerewet

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 877 hits
Dapat anak yang memilih makan memang buat kepala ibu pening Dah macam macam cara buat Dah macam macam menu disediakan Anak tetap tak nak makan Runsing kan Bukan anda je yang alami masalah ni Saya faham sebab saya dan ramai ibu ibu diluar Th...
Gigi Dicabut Guna Playar Kanak Kanak Mati Disiksa Bapa Lepas Makan Kek Tanpa Kebenaran

Gigi Dicabut Guna Playar Kanak Kanak Mati Disiksa Bapa Lepas Makan Kek Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 831 hits
Seorang bapa didakwa membunuh anaknya yang berumur enam tahun dengan menyerangnya secara seksual dan menarik gigi menggunakan playar serta memaksa anaknya tidur di dalam sangkar anjing Lelaki itu melakukan keganasan terhadap anaknya semasa ...
Cara Cepat Hamil Untuk Pasangan Yang Baru Menikah Perhatikan Gaya Dan Pola Makan

Cara Cepat Hamil Untuk Pasangan Yang Baru Menikah Perhatikan Gaya Dan Pola Makan

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 291 hits
Sama halnya dengan merencanakan pernikahan rencana memiliki momongan juga harus dipikirkan dengan baik
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan