Makan Tauhu Lentok Di R H Cafe Satay Maharani


 Assalamualaikum...
SAMBUNGAN dari SINI

SEBELUM jam 9, kami sudah daftar masuk MySejahtera di R&H Cafe Satay Maharani yang terletak di Taman Seri Temenggong, Muar. Ini kedatangan kedua ke sini, kali pertama tu tak cerita sebab kedai tutup, hihihi. Daripada awal, Sk dah berangan nak makan di pondok-pondok kecil yang didirikan di tepi restoran tapi tak silap Sk ada lima buah pondok kot, semuanya dah ada pelanggan lain yang sampai terlebih dahulu. Mujurlah kami dapat meja belakang sekali ni, yang ada Fred Flintstone. Comel jer dia tayang sate.

Kereta Fred pun ada. Eh, sejak menulis tentang Istana Flintstones tu, asyiklah terjumpa sesuatu yang berkait dengannya pulak, hihi. Oh, kereta Flintstone ni boleh duduk makan tau, tapi muat untuk dua orang ajelah. Cuma, kalau datang berdua pun, macam segan aje nak duduk sini, hahaha. Eh, ko rasa, muat ke duduk situ, Sk???

Semestinya di Muar, sate menjadi santapan ketika bersarapan. Tapi, menurut seorang kawan yang tinggal di Muar, sate hanya dijual pada hujung minggu. Hari-hari lain susah nak jumpa sate. Menurutnya lagi, sebagai orang Muar, mereka juga teringin hendak sarapan sate tapi terpaksalah pulak beratur dengan pelenchong-pelenchong yang datang ke Muar. Oh, maaflah jika benar bagai dikata, kita beratur sama-sama ya, huhu.
Kalau kebiasaannya di Muar ni, biasanya kedai-kedai yang menjual sate, mereka akan hidangkan terus sate atas meja. Makanlah berapa banyak yang larat dimakan. Mereka pun taklah letak banyak, ikut bilangan pelanggan juga. Lepas habis makan, kita kira sendirilah berapa cucuk sate yang telah dimakan dan beritahu semasa nak bayar. Yang tak makan tu, tak perlu kira. Tapi di R&H ni, mereka hantar mengikut pesanan pelanggan. Kami cuma pesan 10 cucuk sate daging dan 10 cucuk sate babat. Itupun, tak habis 5 cucuk, bungkus bawa balik hotel. Tak makan jugak, bawa balik Joho. Alhamdulillah, dah wassalam dimakan Pak Inche.

Mungkin kedudukan restoran ini bukan di pusat bandar Muar, meja juga agak banyak, jadi kami tidaklah perlu beratur. Walaupun  tak dapat duduk dalam pondok, tapi masih ada dua tiga meja yang masih kosong. Selepas tak lama duduk, ada staf restoran datang mengambil pesanan makanan dan minuman. Disebabkan kami ada pesan sate, jadi kami diberikan piring yang berisi potongan nasi impit. Ada nasi lemak bungkus daun pisang atas meja juga. Ni siapa cepat dia dapat, lah.. dah tak banyak yang tinggal. Rasanya, Pak Inche makan satu, lepas tu staf restoran minta izin,bawa ke meja lain, kalau dah tak nak. Maksudnya, dah tak ada la tu kan


Ada orang tu, memang tak boleh nampak Nasi Lemak Daun Pisang, kan. Terus dia balun sebungkus. Sk jamah sedikit, sedap nasi lemaknya. Macam rasa nasi lemak dulu-dulu. Pak Inche kata, sebungkus tu RM1.50 aje. Biar betul, telurnya sebiji tu


Lontong sentiasa menjadi pilihan Sk dan Iman jika bersarapan di restoran melayu. Nasi impitnya lembut dan mungkin dibuat sendiri. Kuah lodeh juga sedap, cukup lemak manis dan masin santannya, potongan tauhu, hirisan kubis dan lobak merah serta disirami kuah kacang dan sambal tumis. Lontong di sini tak ada serunding kelapa, tak silap Sk, lontong ada serunding kelapa ni stail Johor (Johor Bahru) dan Singapura. Walaupun satu negeri, setiap daerah ada juga kelainannya. Ada sesetengah tempat, tak ada sambal kacang, cuma sambal tumis ikan bilis


Belum pun habis makan nasi lemak, Roti Manja pula sampai untuk Pak Inche. Hurmmm, kalau boleh, satu restoran dia nak makan. Mujurlah pulak dia tak pandai makan lontong. Tengah makan, perut memulas pulak, terus dia suruh Sk makan lagi separuh. Dahlah dah dituang kicap. SK kurang gemar makan telur dengan kicap, makan jugaklah sikit, jangan membazir, itu amalan syaitonnnn. Eh, yang pesan ikut nafsu ni, amalan siapa pulak?? Astaghfirullahalazimmmm.


Inilah dia, Signature Dish di R&H Cafe, Tauhu Lentok. Hampir setiap meja ada Tauhu Lentok ni tau
Kunjungan pertama dulu tu, sebab Pak Inche nak makan bendalah ni la. Kecewa sungguh masa tu bila kedainya tutup. Ni pun asyik berzikir nak makan Tauhu Lentok.. Tauhu Lentok. Syukur, ada rezeki kali ni

Kenapa namanya, Lentok? Lepas makan, terlentokkah kita? Hehehe. Sk rasa, namanya demkian sebab tauhu yang digunakan jenis lembut tu. Tauhu goreng diletak seketul-seketul, diletakkan sagatan timun dan taugeh yang dicelur, kemudian disiram sos kacang yang sangat sedap. Tauhu tu kan lembut, bila kita potong, terus terlentok. Panas-panas tauhunya dihantar ke meja. Pesan dua set, satu tu, Pak Inche makan sorang, hurmmm


Teringat masa makan di Kimstone Food Court , staf mereka tunjukkan kami meja saiz untuk dua orang. Sk minta duduk meja untuk empat orang. "Takut makanan tak muat," kata Sk, hahahaha. Lepas makan, ingat nak turunkan makanan dalam perut dulu, sekali ada pulak pelanggan baru sampai tak dapat meja, terpaksalah kami berundur diri. Mujur satenya dah dibungkus awal-awal


Di tepi dinding, tergantung gambar-gambar pemilik R&H Cafe bersama Keluarga DiRaja Johor. Bukan biashe-biashe ni, kan


Yang ni pulak, artis-artis yang pernah singgah ke sini, Gambar yang tengah sebelah kiri tu, sepupu Sk tau, anak Pak Besar. Lagunya yang paling popular 'Tinggal Kenangan - Kumpulan Wheels. Bolehlah cari di youtube kalau nak dengar. 

R&H Cafe Satay Maharani
15, Jalan Seri Temenggong 26/1, Taman Seri Temenggong,84000 Muar, Johor
Tel : 018 2152794
Buka setiap hari kecuali Jumaat7.30 pagi hingga 12 tengahari





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/makan-tauhu-lentok-di-r-cafe-satay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 248 hits
Asyik duduk rumah je tak salah rasanya kalau sesekali beralih angin dan menikmati hidangan di luar dan kali ni kakak memilih 15 May Cafe yang terletak di MyTOWN Shopping Centre Cheras untuk meneroka selera Korea yang dicanangkan sedap Em Se...
Doa Sebelum Makan

Doa Sebelum Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 161 hits
Terjemahan Bahasa RumiAllaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna adzaabannar Maksudnya Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka
Makan Di Santai Mengopi Di Richiamo

Makan Di Santai Mengopi Di Richiamo

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 245 hits
Assalamualaikum SEPERTI yang pernah diceritakan Sk sebelum ini di kawasan taman perumahan Sk tinggal banyak taman perumahan baru dibuka Selain itu banyak jugalah tapak pusat perniagaan baharu termasuk kafe kafe dan restoran Kini kami lebih ...
Sampai Mereka Melompat Seronok Happy Belanja 30 Murid Makan Kfc Usaha Guru Ni Di Puji

Sampai Mereka Melompat Seronok Happy Belanja 30 Murid Makan Kfc Usaha Guru Ni Di Puji

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 155 hits
Anak anak mana yang tidak sukakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken Biar pun terlalu lama berada di negara kita namun hakikatnya bukan semua dari kita mampu untuk makan ayam goreng kegilaan ramai ini dengan kerap Malah ada yang langsung ti...
Doa Selepas Makan

Doa Selepas Makan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 165 hits
Terjemahan Bahasa RumiAlhamdulillahilladzii ath amanaa wa saqaanaa wa ja alanaa minal muslimiina Maksudnya Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang orang Islam
Nak Anak Makan Mak Ayah Selalu Buat Salah Ni Tak Elok

Nak Anak Makan Mak Ayah Selalu Buat Salah Ni Tak Elok

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 196 hits
bila anak tak makan sesetengah ibu ayah akan menggunakan trik tertentu supaya mereka bekerjasama Selain diberikan mainan ada juga yang benarkan anak anak makan sambil tengok handphone Dengan cara itu anak akan seronok untuk makan sebab dapa...
Ubah Gaya Makan Dari Ambil Nasi Goreng Setiap Pagi Ke Oat Susu Lemak Rendah

Ubah Gaya Makan Dari Ambil Nasi Goreng Setiap Pagi Ke Oat Susu Lemak Rendah

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 229 hits
Sekejap je dah masuk bulan Februari 2022 tanda bulan ke 11 perjalanan juju dalam tajuk Yihhh Tak sangka nak masuk 11 bulan Tak sabar nak compile perjalanan susah senang juju dalam kisah berat badan Banyak juju kongsikan di IG terutama di ig...
Makan Udang Galah Dengan Kuah Gulai Tempoyak Di Gerai Azizah

Makan Udang Galah Dengan Kuah Gulai Tempoyak Di Gerai Azizah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 203 hits
Assalamualaikum Agenda wajib sebelum pulang ke sarang singgah menikmati makan tengahari di Leban Chondong Kali ini Pak Inche kata nak makan di Gerai Udang Galah Azizah pulak Tiga jenis masakan udang galah dan dua jenis gred udang galah bole...
Tak Mahu Anak Cerewet Makan Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu

Tak Mahu Anak Cerewet Makan Masa Usia 6 Bulan Perkenalkan Bubur Kosong Dulu

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 225 hits
Biasanya ibu yang anak anaknya bakal manginjak 6 bulan akan tanya soalan anak nak bagi makan apa kuantiti macam mana kekerapan macam mana dan macam mana nak cepat prepare makanan baby especially untuk mak mak bekerja Baby 6 bulan seeloknya ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran