Makan Set Sup Tulang Raja Sup Di Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam
Sup merupakan salah satu makanan penyegar (refreshment). Bayangkan anda menghirup sesudu sup yang suam di hari santai dan tenang dengan cuaca berangin yang bayunya sejuk sepoi-sepoi.
set sup tulang raja sup tiga beradik jalan kebun
Memang terbaik nikmat tersebut.
Sup Dengan Air Rebusan Tulang
Apalagi sup yang anda hirup itu adalah sup tulang original dengan kuahnya dibuat dari rebusan air daging dan tulang yang direneh sekian lama.
Itu lagi padu.
Sudah dapat bayangkan bukan rasanya ?
Kali ini penulis akan berkongsi satu tempat untuk menikmati sup sebegini. Sup memang antara kegemaran penulis jadi, bila berkunjung di kedai baharu buka maka sup akan menjadi pilihan pesanan menu.
Raja Sup (3 Beradik) Chillex Park Jalan Kebun
Kali ini juga penulis berpeluang menikmati sup tulang di Raja Sup (3 Beradik) di Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam.
raja sup 3 beradik chillex park jalan kebun
Sup tulang yang disediakan oleh pekedai ini adalah dalam bentuk set. Terdapat nasi, sup dengan tulang yang masih terlekat daging dicelahnya, salad, hirisan timun batang dan sambal belacan. Lebih enak bila ada hidangan telur seperti telur masin atau telur dadar.
Dalam set sup tulang di kedai Sup Tiga Beradik ini semua itu ada.
Ulasan Penulis
Rasa Sup Tulang
Dari segi rasa supnya bukanlah sekadar rebusan rempah ratus dan ajinomoto dan perasa sahaja. Masih kelihatan kelodak dan keladak yang terhasil dari rebusan tulang dan daging.
sup tulang daging dalam mangkuk
Itu memperlihatkan bahawa ia betul-betul sup tulang. Apabila dihirup serbuk-serbuk rendaman sum sum terasa dalam kuahnya. Rempah ratus dalam sup masih terbau dan cukup enak ketika suam dan panas untuk dihirup begitu sahaja.
Kehadiran daun bawang dan daun sup yang menghijau menambahkan lagi rasa pada sup ini. Dengan potongan cili merah dan hijau menghilangkan rasa lecah dah hambar apabila menghirup sup.
Portion Sup Tulang
Dalam mangkuk penulis dapat, terdapat 4 ketul tulang yang apabila diketuk mengeluarkan bunyi. Tenggelam di dalam kuah sup yang penulis ceritakan tadi.
portion dalam sup tulang
Bukan sekadar tulang, masih terdapat daging yang menempel pada celahan tulang yang dipotong dengan mesin tersebut. Walaupun tidak banyakt api masih ada.
Tekstur Daging Dalam Sup Tulang
Daging yang melekat pada tulang cukup mudah untuk ditanggalkan dengan hanya berbekalkan sudu plastik yang boleh patah.
Agak lembut, menggambarkan bahawa tulang dan daging direneh cukup lama. Dengan tekstur yang lembut terdapat beberapa ketul yang berenang-berenang di dalam kuah sebagai tanda daging melepaskan dirinya ke dalam kuah.
Nasi Putih
Mereka menggunakan nasi biasa dimasak ketika kita tanak dirumah, tiada apa yang istimewa, seperti nasi ayam atau nasi pandan.
nasi putih sup tulangSekadar nasi putih.
Ulaman dan Sayuran
Bagi menyeimbangkan gizi dalam masakan ini,sekeping helaian salad dan beberapa hirisan timun batang diletakkan di penjuru pinggan bersama nasi.
nasi putih telur masin dan sayuran
Cukup untuk memberikan keranggupan apabila dimamah. Tiada yang istimewa selain sebagai ulaman.
Telur Masin
Tidak lengkap rasanya jika menikmati sup tulang tanpa telur masin. Rasa masin halus dalam telur masin mampu memperkayakan rasa apabila menikmati nasi sup tulang.
telur masin separuh.jpg
Menghilangkan rasa lecah dan tawar selepas menghirup sup yang masih panas. Alhamdulillah secara portion, telur masin separuh disediakan.
Informasi Pelanggan
Raja Sup (3 Beradik) ini terletak di dalam food court Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam. Merupakan kedai pertama dari deretan kedai yang ada.
Lokasi Kedai Makan
Raja Sup 3 Beradik, Chillex Park
Jalan Kampung Batu 7,
Kampung Jln Kebun,
40460 Shah Alam, Selangor
Harga Set Sup Tulang
Set Sup Tulang : RM13
Waktu Operasi Kedai
Dibuka setiap hari kecuali hari isnin. Bermula jam 4 petang hingga 12 pagi
Cara Pembayaran
Tunai
DuitNow
Anda fikir anda tahu Makan Set Sup Tulang Raja Sup (3 Beradik) Di Chillex Park Jalan Kebun Shah Alam ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.belangtarung.com/2023/03/makan-set-sup-tulang-raja-sup-3-beradik.html