Makan Sedap Di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar


Pak Yop Cafe Kuala Kangsar Saji Menu Ala Carte dan Western
Baru-baru ini, Mai bersama keluarga makan malam di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar. Asalnya adik Mai, si ibu buyung mengidam nak makan Nasi Goreng Chicken Chop. Cari punya cari, maka jumpa restoran ini yang menyediakan menu tersebut.



Pak Yop Cafe terletak di Chandan Puteri dan di tengah bandar Kuala Kangsar berdekatan dengan gerai murtabak cheese. Senang nak kenal restorannya, hitam dan merah menjadi warna tema restoran ini. Kedua-dua restoran tersebut berada di lot tepi bangunan. Terlupa pula nak ambil gambar depan restoran 😆

Pak Yop Cafe Chandan Puteri
Kami memilih untuk makan di Chandan Puteri. Tempahan telah dibuat terlebih dahulu melalui Whatsapp sebelum kami ke restoran tersebut. Buat pesanan awal ni senang.. datang restoran nanti terus dihidang dengan makanan. Jimat masa kan hehe. Kalau nak pesan makanan di restoran pun boleh saja

Ini antara menu yang ada di Pak Yop Cafe. ...








Nak pesan apa ye? Pening juga tengok senarai menu ni. Bukan apa, banyak menu yang menarik sampai susah nak buat pilihan.

Akhirnya, Mai memilih Royal Burger. Daripada gambarnya nampak macam sedap je. Nak tahu juga bagaimana dengan rasanya. Kalori sah tinggi ni. Tapi sesekali nak juga merasa, tak salah kan hehe.

Royal Burger
Mai sangat berpuas hati dengan Royal Burger. Apabila hidangan tiba di meja makan, fuhhhh... terus telan air liur tengok burger tinggi ini. Mujur tak ternganga je hihi. Meleleh-leleh keju dan mayonis. Mulanya Mai ingat burger ini biasa-biasa saja, rupanya tidak. Dua keping daging tebal dan dua keping telur goreng dengan sos cili, keju dan mayonis secukup rasa... sedap. Disertakan bersama kentang goreng. Memang kenyang.

Daging tebal. Ada lagi satu di bawah tu
Minuman pula Mai bawa air masak dari rumah saja. Kalau ikutkan hati, mahu saja pesan minuman sedap seperti ice blended choc, boba milk tea.. tapi sebab dah pesan Royal Burger, risau tak muat perut je nanti hihi.

HOT: Sedapnya Ais Kepal Tok Abah Viral di Kuala Kangsar!

Ini pula Family Set A untuk 4 orang makan. Ada nasi putih, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, telur dadar, kangkung belacan dan daging masak merah. Set ini pilihan mak, abah dan dua orang adik. Sempat juga Mai rasa siakap tiga rasa tu, sedap.

Siakap Tiga Rasa
Daging Masak Merah
Telur Dadar
Nasi Goreng Chicken Chop, inilah yang dipesan oleh adik Mai, si ibu mengandung yang mengidam menu ini hehe. Nampaknya dia berpuas hati dengan rasa hidangannya. Lepas dah mengidamnya hehe. Portion besar, siap boleh kongsi makan lagi.

Nasi Goreng Chicken Chop
Nasi Goreng Kerabu pula dipesan oleh abang Mai. Dia kata sedap. Tengoklah nasi goreng kerabu tu, abang Mai yang kuat makan pun hampir mengalah untuk habiskannya haha.

Nasi Goreng Kerabu
Secara keseluruhannya, dari segi makanan dan minumannya, kami berpuas hati dengan rasanya, sedap. Portion makanan juga boleh tahan banyak. Meja makan juga mencukupi untuk para pelanggan. Hiasan dalamannya cantik dan kemas. Yang paling penting, restorannya bersih.

Kalau anda singgah di Kuala Kangsar, jangan lupa singgah ke Pak Yop Cafe ini untuk mencuba pebagai menu yang disediakan. Nyumsssss




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/09/makan-sedap-di-pak-yop-cafe-kuala-kangsar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Petang Di Warung Telaga Kota Lama Kiri Kuala Kangsar

Makan Petang Di Warung Telaga Kota Lama Kiri Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 1722 hits
Warung Telaga Tempat Makan Sedap di Kuala KangsarOrang kata kalau nak berjimat terutamanya dari segi makanan masak sendiri lagi bagus kan Tapi sekali sekala nak juga merasa makan di tempat sedap dan viral Baru baru ini Mai sekeluarga makan ...
Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 340 hits
17 09 1 38 pm Tan Sri Dato Dr Megat Najmuddin Megat Khas SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU Dalam sejarah politik negara hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan pe tama memenangi...
Makan Original Belgian Fries Sedap Ke Tidak

Makan Original Belgian Fries Sedap Ke Tidak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 667 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar semua Baiklah Aku ada soalan sikit nak tanya siapa kat sini suka makan kentang goreng Anda suka kentang goreng yang jenis bagaimana Selalunya anda makan kentang goreng bila Untuk aku sebelum seb...
Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

Pertama Kali Makan Bomboloni Dan Ini Resepi Bomboloni Inti Coklat Yang Sedap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 4322 hits
PERTAMA KALI MAKAN BOMBOLONI DAN INI RESEPI BOMBOLONI INTI COKLAT YANG SEDAP Assalamualaikum Selamat petang Sana sini orang bererita tentang Bomboloni Sedap sangat katanya Tapi Cik Rose tak pernah rasa Hanya tengok di skrin telefon sahaja H...
Orang Mengandung Mengidam Makan Sedap Sedap Tapi Kau Suami Pelik Bini Minta Nak Jadi Rider Grab Food

Orang Mengandung Mengidam Makan Sedap Sedap Tapi Kau Suami Pelik Bini Minta Nak Jadi Rider Grab Food

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 655 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan lagi mahligai yang dibina Dan sudah tentu ketika impian itu menjadi realiti rasa ingin melonjak meluahkan syukur dan gembira dengan pemberian Ilahi M...
Tempat Makan Sedap Di Kelantan Maggie Tiram Pokweil

Tempat Makan Sedap Di Kelantan Maggie Tiram Pokweil

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 1081 hits
Oyster atau tiram sejenis makanan laut yang menjadi menu wajib
Cafe Restoran Sedap Dan Terbaik Di Sekitar Kl Luckin Kopi

Cafe Restoran Sedap Dan Terbaik Di Sekitar Kl Luckin Kopi

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1061 hits
Cafe Restoran Sedap Dan Terbaik Di Sekitar KL Luckin Kopi Salam Alhamdulillah ya allah syukur ke hadrat illahi dengan kurniannya uzu diberi kesihatan dan masih bernafas lagi walaupun jerebu tebal p Hehehe Jerebu jerebu pon sempat jalan jala...
Daging Goreng Kicap Resipi Lejen Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Daging Goreng Kicap Resipi Lejen Sedap Makan Dengan Nasi Panas

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 514 hits
Kalau stok daging masih banyak dalam peti sejuk tu jom try resipi daging goreng ni Tapi ni bukan daging goreng semata mata tau Yang ni daging goreng tapi dimasukkan kicap Sedap teruk Beza lauk yang ini dengan daging masak kicap adalah lauk ...
Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

Anak Pun Nak Makan Sedap Macam Kita Ayam Masak Lemak Versi Baby Terangkat Habis

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 554 hits
Nak sediakan makanan buat anak sebenarnya tidaklah sesukar mana Hanya perlu gantikan beberapa bahan menjadi lebih sihat dan lebihkan sayur sayuran untuk tambahkan khasiat dan zat pada anak Paling penting elakkan penambahan garam dan gula se...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package