Makan Petang Di Warung Telaga Kota Lama Kiri Kuala Kangsar


Warung Telaga Tempat Makan Sedap di Kuala Kangsar
Orang kata kalau nak berjimat terutamanya dari segi makanan, masak sendiri lagi bagus kan. Tapi sekali sekala nak juga merasa makan di tempat sedap dan viral. Baru-baru ini, Mai sekeluarga makan petang di Warung Telaga Kota Lama Kiri. Salah satu kedai makan viral di Kuala Kangsar, Perak.



Jika anda ke Warung Telaga, pasti teruja dengan hiasan unik kedainya. Pelbagai koleksi barangan antik menghiasi ruang dalam kedainya. Antaranya seperti basikal tua, botol minuman lama, almari lama, papan tanda lama, telefon lama, tempayan dan lain-lain lagi. Lampu isyarat yang sudah tidak digunakan lagi turut menjadi penghias kedai. Lupa pula nak ambil gambar heee




Masa Mai ke Warung Telaga hari tu, ramai juga pelanggan yang datang. Tapi jangan risau, meja makan mencukupi. Boleh makan dalam kedai atau diluar. Beberapa meja berpayung dan gazebo disediakan untuk pelanggan yang ingin menjamu selera dengan udara sepoi-sepoi bahasa yang datang dari bendang.



Macam-macam menu makan petang disediakan di sini seperti laksa dengan pelbagai tambahan rencahnya, mi, kuey teow, keropok lekor dan cucur klasik. Minuman juga terdapat pelbagai pilihan seperti air minuman biasa, ais kepal, ice blended, jus buah dan minuman paket. Harganya pula amat berpatutan.



Pada hari Mai kesitu, beberapa makanan dan minuman telah dipesan. Mai memilih keropok lekor cheese dan ais kepal Milo. Comel je bentuk ais kepal tu. Macam cendawan je hihi.




Abah memesan laksa telur mata dan jus epal panas, emak dan adik memilih laksa telur rebus, masing-masing dengan minuman teh O suam tanpa gula dan Milo ais.




Boleh tahanlah rasa kuah laksanya. Menu lain-lain yang dipesan juga puas hati rasanya. Bagi Mai, cuma ais kepal Milo tu kecewa sikit dengan rasanya. Manisnya lebih kepada rasa susu pekat. Rasa Milo nya kurang. Mungkin pihak Warung Telaga boleh menambahbaik resepi ais kepal mereka lagi.

HOT: Makan-makan di Jim at Lubok, Restoran Cantik Makanan Sedap

Kalau anda ingin ke Warung Telaga, ia dibuka bermula dari jam 2:15 petang hingga 8:00 malam dan tutup pada Khamis dan Jumaat.



Senang saja nak cari lokasinya. Jika dan nampak Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, maknanya betullah tu. Dari Kuala Kangsar, lorong ke kedai tersebut berada di sebelah kiri. Tengok je papan tanda bertulis Warung Telaga, masuk terus ke lorong tersebut.


Apa pun, seronok menjamu selera di Warung Telaga dalam suasana kampung yang berdekatan dengan bendang. Rasa nyaman je. Kalau anda ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah di situ untuk menikmati makan petang ya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/09/makan-petang-di-warung-telaga-kota-lama-kiri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Sedap Di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

Makan Sedap Di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 1781 hits
Pak Yop Cafe Kuala Kangsar Saji Menu Ala Carte dan WesternBaru baru ini Mai bersama keluarga makan malam di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar Asalnya adik Mai si ibu buyung mengidam nak makan Nasi Goreng Chicken Chop Cari punya cari maka jumpa res...
Makan Di Uncle Chong S Local Delight Bukit Jalil Kuala Lumpur

Makan Di Uncle Chong S Local Delight Bukit Jalil Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 836 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku dan kawan aku telah ke Restoran Uncle Chong s Local Delight yang terletak di Bukit Jalil Kuala Lumpur Alhamdulillah kami ada mencuba beberapa menu di sini seperti Kari Laksa Asam Laksa da...
Part 3 Perjalanan Pulang Kota Kinabalu Kuala Lumpur Menaiki Airasia

Part 3 Perjalanan Pulang Kota Kinabalu Kuala Lumpur Menaiki Airasia

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 305 hits
Perjalanan pulang kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur agak menarik sebab menaiki kapal terbang yang kelihatannya baharu lagi Tak tahu model apa tapi nampak macam baharu sebab kerusinya lain daripada yang pernah aku naiki sebelum ini Bac...
Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

Interesting Speech To Read From Ex Presiden Alumni Bekas Pelajar Murid2 Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 334 hits
17 09 1 38 pm Tan Sri Dato Dr Megat Najmuddin Megat Khas SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU Dalam sejarah politik negara hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan pe tama memenangi...
Makan Nasi Ayam Pasu Di Ayam Bakar Pasu Waklan Kuala Lumpur

Makan Nasi Ayam Pasu Di Ayam Bakar Pasu Waklan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 591 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam sesi review makan Alhamdulillah baru baru ini aku berkesempatan ke sebuah warung di Bandar Menjalara Kuala Lumpur Sebenarnya bukanlah dalam perancangan untuk makan di sini tapi sudah rez...
Part 1 Kuala Lumpur Kota Kinabalu Sabah Menaiki Airasia

Part 1 Kuala Lumpur Kota Kinabalu Sabah Menaiki Airasia

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 384 hits
Terasa agak lama benar aku tidak travel dengan menaiki kapal terbang Bila kali terakhir ek Tak ingat haha Nafsu untuk travel hampir tiada buat masa ini Kalau di Malaysia seluruh negeri aku sudah jejak Kalau luar negara mungkin lebih excited...
Perkampungan Melayu Di Kota Mekah

Perkampungan Melayu Di Kota Mekah

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 1266 hits
6 KAWASAN penempatan orang Melayu dirakam dari Bukit Ajyad yang terletak kira kira 900 meter dari Masjidilharam Jejak Melayu di bumi anbiya Oleh Abd Halim HadiKETENANGAN semasa tawaf melihat Kaabah dan ketekunan solat demi solat menjadi ant...
Pansus Dpr Jelaskan 3 Fokus Kajian Pemindahan Ibu Kota

Pansus Dpr Jelaskan 3 Fokus Kajian Pemindahan Ibu Kota

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 174 hits
Masalah yang muncul seperti kebakaran hutan dan lahan di Kalimantan menjadi kajian Pansus juga
Adakah Minuman Zero Sugar Bermaksud Tiada Gula Dan Bagus Untuk Diet

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Pengalaman Berbuka Puasa Di Restoran Bara Stulang Jb

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025

Lewat Hari Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Pinjaman Ptptn Tapi Tak Pernah Bayar Balik Travel Ban

Sedap Ke Makan Di Richiamo Coffee

Adakah Teknologi Ai Akan Membunuh Kerjaya Penulis

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Bekas Pegawai Teresa Letak Semua Jawatan Dalam Dap