Makan Original Belgian Fries Sedap Ke Tidak
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar semua? Baiklah. Aku ada soalan sikit nak tanya, siapa kat sini suka makan kentang goreng? Anda suka kentang goreng yang jenis bagaimana? Selalunya anda makan kentang goreng bila? Untuk aku, sebelum-sebelum ini aku hanya akan makan kentang goreng bila makan di restoran makanan segera yang menyertakan sekali kentang goreng di dalam set hidangan
Untuk sesaja beli dan goreng sendiri di rumah, aku sebenarnya agak malas, melainkan di rumah parent di mana ada orang yang akan gorengkan ( adik aku ). Hahaha. Okay, kali ini aku nak kongsi dengan anda satu fries atau kentang goreng yang aku berpendapat sedap dan lain daripada yang lain
ORIGINAL BELGIAN FRIES
Golden yellow and crisp on the outside and tender on the inside, Belgian fries, or frites, as we call them, are a true Belgian delicacy that is delicious either as a side served with steak, or as an appetizing snack with a mayonnaise-based sauce!
#1 Apa Perbezaan French Fries dengan Belgian Fries?
Sebenarnya French Fries dan Belgian Fries adalah sama, malah fries itu sendiri sejarahnya daripada negara Belgium. Tetapi ada sesuatu yang salah dari segi penamaan dan membuatkan French Fries lebih dikenali ramai
Ada juga fakta atau pendapat yang mengatakan French Fries lebih nipis berbanding Belgian Fries. French Fries di sini sebenarnya bermaksu potongan 'French' dan disebabkan itu dikenali sebagai French Fries
Ketiga, terma "French" telah dimulakan oleh askar Amerika yang tiba di Belgium ketika perang dunia pertama, kemudian mereka makan Belgian Fries, tetapi memanggilnya sebagai French Fries disebabkan French adalah bahasa rasmi untuk askar Belgium ketika itu.
Baca Juga : [ Review McDonald Portuguese Chicken Burger ]
PELANCARAN ORIGINAL BELGIAN FRIES DI MALAYSIA
Beberapa hari yang lalu, aku dijemput untuk sertai satu majlis pelancaran dan juga sidang media mengenai Original Belgian Fries di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Program ini juga turut menjadi sebahagian daripada acara Food and Hotel Malaysia 2019 yang juga berlangsung di lokasi yang sama. Untuk tahu lebih lanjut tentang acara dan juga perkara mengenai Original Belgian Fries, anda boleh klik artikel Original Belgian Fries yang telah aku terbitka sebelum ini
Di program berkenaan, aku bersama rakan media lain dapat mencuba untuk makan Original Belgian Fries dan juga peluang bergambar dengan ambassador atau duta bagi kentang goreng ini. Menarik kan, kentang goreng pun ada duta
Alhamdulillah, tak sangka pula ada Lucky Draw untuk program kali ini. Sebenarnya di awal program aku hanya masukkan sahaja business kad aku ke dalam balang. Tak sangka pulak lucky draw dibuat dengan menggunakan balang itu. Alhamdulillah, kad aku terpilih. Aku menjadi antara 3 orang yang bertuah pada program tersebut
Apa hadiahnya? Hadiahnya adalah voucher untuk makan di restoran sebanyak RM450. Banyak tu! Alhamdulillah, syukur
Original Belgian Fries bersama dengan voucher yang diterima.
Baca Juga : [ Review Maggi Pedas Giler Perisa Ayam Bakar ]
GORENG ORIGINAL BELGIAN FRIES SENDIRI
Seterusnya aku nak kongsi pulak kisah aku goreng kentang goreng dari Belgium ini. Di perenggan atas aku ada tulis yang aku malas nak goreng, tapi sebab lapar sangat, pastu dekat rumah pulak macam tak ada makanan lain, mujur ada Original Belgian Fries yang aku dapatkan pada program tersebut. Jadi, aku pun gorenglah sendiri
Untuk pengetahuan anda, sebungkus seperti di dalam gambar itu adalah seberat 2.5 Kilogram. Banyak sangat, tapi untuk makan sendiri, aku hanya ambil sebahagian sahaja, kemudian minyak pun aku letakkan sedikit sahaja.
Tadaaaaa!
Kalau adik aku yang masak di rumah parent, kebiasaannya dia akan letak garam untuk memberi rasa pada kentang goreng tersebut, tapi aku rasa untuk kentang ini, ianya lebih sedap tanpa sebarang perasa tambahan. Hanya perlu goreng sehingga warna keemasan dan siap
Pendapat aku, rasanya berbeza dari segi tekstur. Untuk Belgian Fries, di luarnya rasa rangup manakala bahagian dalamnya sangat lembut. Satu lagi, tahap kerangupannya tahan lama! Berbanding dengan kentang goreng lain yang sudah lemau selepas beberapa minit
Kepada yang nak tahu lebih lanjut boleh ke www.originalfries.eu atau www.jamesbint.be .
Baca Juga : [ Makan di Chapayom Thai Premium Tea and Bites! ]
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/10/makan-original-belgian-fries-sedap-ke.html