Makan Di Uncle Chong S Local Delight Bukit Jalil Kuala Lumpur




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku dan kawan aku, Alin telah ke Restoran Uncle Chong's Local Delight yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami ada mencuba beberapa menu di sini seperti Kari Laksa, Asam Laksa dan juga Ayam Penyet. Untuk mengetahui bagaimana rasa dan rupa menu tersebut, anda boleh baca sehingga habis artikel ini ya

Restoran Uncle Chong's Local Delight



Uncle Chong's Local Delight merupakan sebuah restoran dengan makanan tempatan yang sangat unik serta menggunakan resepi keluarga turun-temurun. Sudah beroperasi lebih daripada 40 tahun, Uncle Chong's Local Delight mengetengahkan makanan tempatan dan sehingga kini resepinya tidak berubah.  Bermula dengan kopitiam di kawasan Petaling Street, Kuala Lumpur, Uncle Chong's Delight kini mempunyai dua cawangan di Bukit Jalil, iaitu di Endah Promenade dan juga Aked Esplanade Commercial Center.
Selain menawarkan pengalaman makan di restoran, Uncle Chong's Local Delight juga boleh dipesan melalui Foodpanda. Antara menu yang menjadi tarikan dan juga 'main signature' adalah Kari Laksa! Diiktiraf oleh akhbar China sebagai salah satu menu terbaik di dunia pada tahun 2006 dan sehingga kini resepinya tidak berubah.
Selain itu, Uncle Chong's Local Delight juga merupakan sebuah restoran yang 'pork free'. Untuk mereka yang risau tentang ISU HALAL dan sebagainya, pekerja di restoran ini terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Selain itu, 5 tahun sebelum ini, bahagian audit Halal Jakim telah datang dan memeriksa, dan diakui semuanya adalah halal lagi bersih.  Menu di restoran ini pula berasaskan ayam dan makanan laut (seafood) sahaja, dan pembekal bahan ini daripada pembekal yang Halal. Untuk aku, tiada keraguan di sini

MAKANAN 

Sudah tiba dibahagian paling dinanti-nantikan iaitu berkenaan makanan. Macam yang diceritakan diatas, semua menu di Uncle Chong's Local Delight berunsurkan menu tempatan ya! Ada banyak menu yang best sebenarnya, jadi kami memilih untuk makan menu yang paling popular, Mee Kari, juga Asam Laksa dan Ayam Penyet

SIGNATURE KARI LAKSA
HARGA : RM 8.90 (S) RM 11.90 (B)
Apa tanggapan anda bila lihat pada gambar? Okay, untuk pendapat aku, setelah merasa dan menghabiskan satu mangkuk mee kari ini, sememangnya rasanya sangat sedap dan berbeza daripada apa yang aku pernah makan sebelum ini. Kalau dilihat dari kuahnya, kelihatan seperti berlemak dan penuh dengan santan, tetapi tidak! Rasa dan kombinasi kari bersama dengan bahan-bahan pes di dalamnya sangat sedap. Tidak terlampau pedas. Untuk mereka yang nak lagi pedas boleh tambah pes. Tapi bagi aku rasanya sudah sedap sebegini. Ayamnya pula sangat lembut, kerangnya juga segar dan sedap

ASAM LAKSA

HARGA : RM 8.90
Menu seterusnya adalah Asam Laksa. Malu untuk aku bertahu bahawa ini kali pertama aku makan Asam Laksa. Kebiasaannya aku selalu makan Laksa Kedah sahaja. Jadi ini adalah pengalaman pertama aku makan Asam Laksa. Okay, untuk Asam Laksa di Uncle Chong's Local Delight ini, rasanya penuh dengan rasa masam, manis dan juga pedas. Selain itu, ikan yang digunakan iaitu Black Sardine juga sedap. Cuma kena berhati-hati dengan tulang ya. Rasa daripada buah nenas juga sangat kuat. Jadi anda akan bukan dapat rasa masam sahaja, tapi rasa manis dan juga pedas


AYAM PENYET
HARGA : RM 10.90
Menu terakhir adalah Ayam Penyet. Mungkin ada yang tertanya-tanya dan berfikir kenapa ayam penyet ni ada kuah, nampak macam rendang je? Ni mesti bukan ayam penyet! Ha! Anda salah! Kebanyakan pelanggan lain yang memesan ayam penyet juga selalu beranggapan ayam penyet yang mereka pesan tersalah order!
Sebenarnya inilah rupa ayam penyet di Uncle Chong's Local Delight. Merupakan resepi keluarga dan juga yang telah diolah mengikut citarasa yang lebih unik. Kuah dibahagian atas itu bukanlah rendang tetapi kuah istimewa yang rasanya sangat lain daripada rendang. Ayamnya juga sangat sedap. Tips yang aku nak bagi untuk sesiapa yang akan makan disini, kuahnya lebih sedap dicampurkan dengan sambal yang berada dibahagian tengah itu

Untuk pilihan nasi, anda boleh memilih sama ada untuk dimakan bersama dengan 'nasi ayam', nasi biasa atau 'nasi lemak'.
SENARAI MENU


SUASANA DI UNCLE CHONG'S LOCAL DELIGHT
Ruangan hadapan Uncle Chong's Local Delight
Di bahagian dalam restoran
Inilah pemilik Uncle Chong's Local Delight, iaitu Mr Vincent, anak kepada Uncle Chong

LOKASI


Alamat : Commercial Center, Aked Esplanade, No 3-G, Jalan Jalil Perkasa 13, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10 Pagi - 10 Malam, Tutup Pada Hari Ahad
Facebook  : https://www.facebook.com/unclechonglocaldelights/
Instagram : https://www.instagram.com/unclechongkitchen/

Sekian
Disclaimer : All the food in this article is sponsored by Uncle Chong's Local Delight

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/09/makan-di-uncle-chongs-local-delight.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Makanan Sedap

Luckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 782 hits
hai assalammualaikumLuckin Kopi Jalan Panggong Kuala Lumpur Rasa Kopi Kaw Dan Makanan Sedap Pertama kali rasa kopi yang betul betul KAW Tak manis rasa kopi tu memang asli Makanan pulak sedap dengan suasana yang santai Hah tu la kedai makana...
Teman Suami Ke Klinik Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur

Teman Suami Ke Klinik Neurosurgeri Hospital Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 472 hits
TEMAN SUAMI KE KLINIK NEUROSURGERI HOSPITAL KUALA LUMPUR Sudah menjadi rutin tuan suami selalunya menemani aku tiga kali seminggu untuk dialisis Aku hanya menemani at least 6 bulan sekali untuk appointment dia di Neurosurgeri Selebihnya fis...
Indonesia Dakwa Jerebu Di Kuala Lumpur Berasal Dari Sarawak

Indonesia Dakwa Jerebu Di Kuala Lumpur Berasal Dari Sarawak

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 383 hits
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya mendakwa bahawa jerebu yang menyelubungi Kuala Lumpur berasal dari Sarawak Ada informasi yang dia tidak buka Kerana sebetulnya asap yang masuk ke Malaysia ke Kuala Lumpur itu dari S...
Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 636 hits
Siapa pemnat tegar kopi atau mereka yang suka berkunjung ke warung kopi Tentu korang terfikir susahnya nak cari warung kopi yang padu dan halal di tengah bandar Kuala Lumpur ni Dari luar nampak macam santai dan memang style kampung Bila mel...
Ipu Catat Angka Meningkat Di Kuala Lumpur Tiga Buah Negeri

Ipu Catat Angka Meningkat Di Kuala Lumpur Tiga Buah Negeri

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 404 hits
IPU Catat Angka Tidak Sihat Di Kuala Lumpur Putrajaya Dan Dua Buah Negeri Lain Kita semua tahu sejak kebelakangan ini masalah jerebu yang serius berlaku di negeri Sarawak Menurut petikan berita Bernama semalam jika bacaan indek pencemaran u...
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 437 hits
Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Portal kerja kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan kepada yang berminat serta berkelayakan dipelawa untu...
Pameran Hutan Kita Menara Kuala Lumpur

Pameran Hutan Kita Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 417 hits
08 09 2019 AhadJalan jalan hujung minggu lalu ke Kuala Lumpur Dah lama rasanya tak ke KL semenjak saya berhenti menjual tudung yang di borong di Jalan TAR Jalan Masjid India Awal pagi lagi saya bersama suami dah bergerak dari rumah di Pajam...
Sekolah Di Selangor Pulau Pinang Putrajaya Kuala Lumpur Termasuk Tadika Ditutup 2 Hari Menteri

Sekolah Di Selangor Pulau Pinang Putrajaya Kuala Lumpur Termasuk Tadika Ditutup 2 Hari Menteri

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 345 hits
The ReporterKementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa semua sekolah di Selangor Pulau Pinang Putrajaya dan Kuala Lumpur ditutup selama dua hari berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk Dalam kenyataan i...
Selepas 56 Tahun Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tamatkan Operasi Ramai Gamit Kenangan Bersalin Dan Dilahirkan Di Situ

Selepas 56 Tahun Hospital Bersalin Kuala Lumpur Tamatkan Operasi Ramai Gamit Kenangan Bersalin Dan Dilahirkan Di Situ

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 489 hits
Bermula semalam tiada lagi bangunan Hospital Bersalin Kuala Lumpur selepas 56 tahun beroperasi Menurut laporan sebuah akhbar bangunan yang terletak dalam Hospital Kuala Lumpur itu menyimpan banyak nostalgia terutama bagi warga kota yang per...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025