Makan Petang Di Dataran Tanjung Emas
Assalamualaikum wbt
SETIAP kali ke Muar, Medan Selera Dataran Tanjung Emas merupakan destinasi JJCM yang wajib bagi Sk sekeluarga. Tak kisahlah sama ada sekadar singgah ketika melalui bandar Muo selepas balik dari Melaka, atau setiap kali bermalam di Muar, wajiblah ke sini makan Rojak Petis dan minum Ais Kacang. Cuma, kadang-kadang, walaupun dah ambil gambar tapi malas nak buat entri, hehehe. Lepas tu, delete jer gambar, hahaha.
Lepas dapat masuk bilik hotel (bab hotel nanti cerita), petang tu masing-masing melayan mata dan perut kenyang selepas makan di Asam Pedas Kilat. Sk sendiri sempatlah buat entri baharu sambil blogwalking. Tapi, peliklah, masa tu, ada blog kengkawan yang Sk tak dapat tinggalkan komen dan terpaksa tukar kepada website version barulah boleh meninggalkan komen. Tapi kali ni, bila buka di desktop (website version), dia jadi terbalik pulak, tak boleh nak taip komen. Ruang taip komen tu tak ada
Berbalik cerita JJCM di DTE, biasanya kami akan buat pesanan makanan yang ringkas sahaja seperti rojak dan Yong Taufu. Ada banyak gerai yang menjual rojak di sini dan jika di Johor ni, rojak petis antara yang popular. Rojak petis biasanya menggunakan sayur-sayuran dan dimasukkan tauhu. Kuahnya dibuat dari kicap, gula, garam dan otak udang (petis) serta cili. Kalau nak pedas, banyaklah cilinya atau ada juga yang pecahkan cili padi. Tu, kalau tergigit, ya ampunnnn. Antara sayuran yang digunakan adalah kangkung, taugeh, timun dan sengkuang serta sedikit potongan buah nanas. Hidangan rojak petis akan ditaburkan kacang tanah tumbuk, lagi banyak lagi mantap
Walaupun petang tu hujan, ABC atau Ais Kacang menjadi pilihan Sk dan Pak Inche. Iman pula pilih Laicikang sejuk. Ais kacangnya biasa-biasa aje, tak se-power ais kacang Kampung Melayu (Johor Bahru) atau Ais Kacang Bomba Larkin. Tapi, Sk lebih menggemari ais kacang di Padang Brown
Kali ni, terajin la pulak nak pesan sepinggan Mee Bandung. Tahulah kalau medan selera ni, kenalah menjelajah dari satu gerai ke satu gerai. Selalu memang tak rajin, semua pesanan, Pak Inche yang pergi buat. Pak Inche pulak, kat mana duduk, kat situlah dia pesan, jenis malas jugak. Ni sebab dah teringin, terpaksalah bangun pesan sendiri
Sebab nak makan sangat, kerana kecewa hari tu datang Muar, tak dapat makan Mee Bandung Muar. Jadi, kali ni, mesti nak makan. Sedapnya mee bandung dia. Sk suka mee bandung yang asli dan tidak melebih-lebih yang cuma dimasukkan hirisan daging serta telur sebiji. Sekarang ni, selalu ditularkan mee bandung yang ada macam-macam haiwan, hilang rasa asli kuah mee bandung tu. Tapi, ikutlah selera masing-masing, kan, janganlah pulak, orang lain yang masak, ko yang panas, Sk... hahahaha
Lepas makan, tak tahu nak ke mana, hujan kan.. hurmmm.. sambung lepak la kat hotel, hehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/05/makan-petang-di-dataran-tanjung-emas.html