Beli Emas 999 Serendah Rm5 Di Yapeim
Beli Emas Murah Serendah RM5 Di YaPEIM
Tahu tak korang boleh beli emas 999 dan 916 serendah harga RM5 sahaja? Ye ini bukan cubaan ini betul-betul korang boleh beli, sebab aku dah beli.
Sebelum ni aku pernah survey jenis-jenis investment yang berbaloi. Jadi, simpan dan melabur emas antara pilihan yang aku rasa bagus untuk jangka masa panjang.
Beli waktu emas murah dan jual pada masa hadapan dengan harga lebih tinggi. Tapi kalau korang suka simpan duit tunai boleh ikut cara simpan Duit Paling Mudah ni
Memandangkan aku pernah hilang cincin emas yang dihadiahkan suami waktu keluarga dia datang merisik, aku jadi ralat sangat dan cuba elak untuk beli barang emas untuk hiasan.
Dah namanya tiada rezeki dan cuai jadi aku bertukar kepada simpan emas dalam bentuk gold bar pula. Lagi mudah sekarang tak perlu pegang fizikal bar emas tu tapi boleh buka akaun simpanan emas.
Jadi dengan gembiranya aku nak kongsikan dekat mana korang boleh beli dan menyimpan emas dengan harga murah serendah RM5 sahaja.
Beli Emas Di YaPIEM Serendah RM5
Yelah kalau sebelum ni kita tahu emas memang mahal harga dia, sekarang dengan hanya RM5 dah boleh dapat.
Khas untuk korang yang tak tahu nak simpan dekat mana duit raya anak-anak boleh mulakan dengan buka Akaun Emas YaPEIM (SERY) dan beli emas dengan harga mampu milik.
Sejak tahun lepas YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah melancarkan dan menggalakkan orang ramai membuat simpanan emas menerusi akaun SERY.
Akaun SERY adalah satu bentuk simpanan emas yang boleh dibeli secara digital melalui platform digital YaPEIM DiYa dan boleh ditukar kepada emas fizikal bagi emas yang dibeli secara digital dengan caj berpatutan.
Selain tu boleh install Aplikasi DiYA di telefon bimbit dan pelanggan boleh mengakses semua produk dan servis yang ditawarkan oleh YaPEIM dan anak syarikat milik penuh YaPEIM.
Kelebihan Akaun Emas YaPEIM (SERY)
Pendaftaran yang mudah dan PERCUMA.Mudah nak beli iaitu secara online pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja secara atas talian dalam tempoh 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Syarikat mengamalkan perniagaan yang telus dan mengikut prinsip syariah. Pelanggan boleh membeli emas serendah RM5.Zakat dikirakan untuk pelabur emas. Tempat selamat untuk simpan emas.
Cara Beli & Mendaftar Akaun Emas YaPEIM (SERY)
Klik https://diya.yapeim.my/ & boleh tonton video Tatacara Pendaftaran Baru Akaun Emas YaPEIM.
Jangan lupa masukkan Introducer Id = 12416760
Oh ya syarat untuk mendaftar akaun SERY adalah individu mesti berumur 18 tahun ke atas dan hanya perlu membayar yuran RM10 sekali seumur hidup untuk pembukaan Akaun ASK.
Kalau korang ada soalan boleh tanya di ruangan komen nanti aku bantu jika mampu.
Personally aku suka Yapiem sebab ianya patuh syariah, dikirakan juga zakat emas dan harga emas dia tawarkan lebih murah berbanding pesaing dia.
Antara sebab lain aku mula menabung emas di dalam akaun adalah sebab aku serik bila kehilangan barang kemas yang aku pakai. Sedih betul.
Ceritanya bulan lepas aku hampir kehilangan aksesori gelang emas Pandora sewaktu nak masukkan baju ke dalam mesin basuh. Kecuaian berlaku disebabkan aku nak cepat dan masukkan baju secara membuta tuli.
Ditambah faktor mesin basuh aku jenis front loader. Bila tolak baju ke dalam mesin basuh, aku tak perasan salah satu baju tersangkut pada gelang dan akibatkan stopper gelang aku tercabut.
Masa duduk lipat baju baru aku perasan yang stopper tu hilang. Macam orang tak siuman aku mencari. Masih ada rezeki syukur terjumpa semula. Alhamdulillah.
Sejak kejadian itu aku nekad dan sedar aku bukanlah manusia yang sesuai pakai hiasan emas. Tidak bermakna aku kata hiasan emas tu tak bagus ya.
Kesimpulan
Aku cuma berkongsi pilihan lain untuk beli emas serendah RM5 dan jadikan ianya pelaburan jangka panjang. Rasanya kesedaran melabur dalam emas ni dah ramai yang tahu, cuma halangan terbesar disebabkan harga emas yang mahal. Tapi sekarang dah murah boleh la beli ikut kemampuan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2022/05/beli-emas-999-serendah-rm5-di-yapeim.html